Sunday, 23 December 2012

cantek punya malang - the return

ini satu lagi kisah yang baru gua teringat sebelum gua kena sesah dengan mana punya malaun kat trafik light poli tu.
sehari sebelum tu, gua beli benda ni kat giant shah alam.
untuk orang-orang yang jantan macam gua ni, benda ini merupakan satu rukun.
adalah tidak sah hidup seseorang lelaki itu sekiranya tidak memiliki benda ni.
apatah lagi melayaninya.

kondom? puiihhhh!!
bukan mainan gua tu! gua tak pernah pakai.

berbunga hati gua tatkala melangkah masuk ke bilik sambil menjinjing plastik yang berisikan benda tu.
gua cium sekali macam lagak cium duit, terus gua portkan elok-elok ke dalam rak tv gua.

haa satu lagi.
untuk melayan benda ni, memang amat-amatlah memerlukan satu ketenangan yang bukan sedikit punya hakiki.
baru la time tengah melayan nanti takde la gua nak mengamok-ngamok tak tentu hala.

maka untuk mencapai ketenangan tersebut, gua beli la dulu cerita 'istanbul aku datang' kat astro first tu. lepas 5 minit, dengan amannya gua layan lisa surhani dengan tomok kat tv.
seterusnya untuk mengetahui apa yang telah berlaku, ikutlah cerita entree yang menggunakan tajuk yang sama sebelum ni.
skill nak letak link ni gua belum khatam lagi.

saat gua up entree ni, benda jadah tu masih elok lagi port kat dalam rak tv gua.
plastiknya pun masih tak berusik lagi.
cilake!

nak layan kepala bana apanya, nak basuh berak pun sampai nak menitik air mata. inikan pula nak pegang joystick.
kalau sampai dah keluar siri 14 punya lepas ni tapi gua tak dapat nak main lagi, memang gua patah-patahkan yang siri 13 ni.


Thursday, 20 December 2012

kuasa super - episod kemuncak

gua perasan ekor mata famy mengiringi langkah gua ke arah meja pasangan tersebut.
"lu melayu ka?" sang lelaki memulakan kata sejurus gua menghampiri meja mereka. tak kuat sangat, tapi tidak juga perlahan sangat suara dia. cukup-cukup untuk didengari oleh member-member gua yang sedang menghirup teh tarik bersulam dengan sebatang dua rokok.
"ye. apahal?" gua yang pada mulanya ingat nak bagi mood mesra tiba-tiba bertukar nada. maunya tak, kenal tak, jumpa pun tak pernah, alih-alih main soal style-style racist gitu.
tapi tak sempat gua nak sambung buka mulut lagi, dia terus potong gua. mungkin dia perasan reaksi gua dah lain kot.
ataupun dia dah spot kat mata gua yang melilau ke arah gelas di atas mejanya itu. risau gelas makan tuan mungkin.
"err err jangan marah bro. ini saya punya isteri mau cakap sama lu."
gua tak menjawab. hanya mata gua terus dialihkan ke arah bini dia sahaja. bini dia senyum-senyum je kat gua.
'pehh cun jugak bini si cilake ni.' itu gua cakap dalam hati je.
"err you melayu kan? i ingat you kaukasian. sebab you hensem macam ada mix la." jujur bunyi statement bini dia tu. diluahkan tatkala tepat-tepat time gua duduk atas kerusi yang ditarik oleh suami dia.
gua terpana. cilake.
ptuuiihhh!!! kah kah kah.
keterpanaan gua yang baru sebentar tadi memang tak lama kerana ianya telah diragut oleh bunyi-bunyi seperti sound di atas tu. gua toleh belakang.
lagi cilake.
member-member gua dah siap gelak-gelak macam orang gila dah adanya.
yang si reza siap sampai berkecai tiga meja tu dihentak-hentaknya.
"lu punya bini manyak kuat tipu wooo.." reza menjerit macam dah kena sawan babun.
oleh kerana statement ikhlas yang telah dikeluarkan oleh bini cina tu, jadi gua rasa memang selayaknya stan lee panggil gua masuk dalam rancangan dia.
kuasa gua? malas gua nak cerita la.

Sunday, 16 December 2012

pagi

nak buat macam mana, gua memang dilahirkan dengan tiada sifat dendam.

Thursday, 13 December 2012

menengok masa depan

jam sekarang gua tengah melepak malas atas sofa solo kat bilik gua. sambil mata melayan tv.
astro dengan baik hati sedang mempertontonkan konsert akustik hujan kat channel 952.

walaupun jam baru menunjukkan pukul 5 petang, tapi suasana bilik gua terasa sangat gelap dan sorrow.
laksana pukul 10 malam layaknya.
mungkin disebabkan oleh hujan lebat yang dicurahkan dek awan mendung yang tebal. dan hitam.
sesekali guruh menjerit dari kejauhan untuk mengejutkan gua.
tapi haram gua tak terkejut pun.

berbalik kepada tv, sayu je hati gua tatkala melihat ag coco menggoreng gitarnya.

'hmmm makanan gua semua ni.' getus hati kecil gua. ya. setakat solo scale jazz itu macam, kalau pun tak penuh, paling koman pun 90% mesti gua boleh ikut punya. cuma chording dia je yang gua surrender.

gua mengalihkan pandangan ke arah sudut bilik gua.
bergilir-gilir tanpa berkelip satu persatu gitar-gitar yang tersusun gua jeling lemah.

gibson les paul custom yang volume knobnya dah tercabut. huh.

ibanez rg500 yang dah setahun dok ada 5 tali je. huh.

santa cruz yang dah berhabuk sangat. bertampal-tampal dengan bermacam-macam sticker. huh.

focus electric-accoustic yang tempat letak bateri 9v-nya dah entah ke mana perginya. huh.

gitar kapok murah tali nylon pemberian azmi saamah. huh.

boss gt-8 multi effect yang adaptornya rosak. huh. babi.

marshall amp mg series 10. yang ni gua tak tau apa masalah dia. kejap ok, kejap macam haram.

habis dengan semuanya, gua beralih pandangan ke arah tangan kiri gua.
masih beranduh. jari-jemari pun masih sakit lagi pabila nak diaktifkan.
tangan kanan gua seraya diletakkan ke bahu sambil mengusap-usapnya.
nah. jelas terasa bonjolan bekas tulang clavicle yang patah.

hmmmm gua mengeluh panjang.
rumah terbakar nampak asapnya.
hati terbakar tak siapa tahu.

Tuesday, 11 December 2012

kuasa super

sedang gua melepak kat petaling jaya dengan famy, reza dan nizam sambil mengutuk member-member yang tidak berada di tempat kejadian, seorang lelaki berbangsa cina melambai-lambai ke arah gua.
seolah-olah menggamit gua supaya datang ke arahnya.
lelaki cina tersebut duduk bersama isterinya yang juga berbangsa cina. isterinya tersenyum ke arah gua.
gua yang agak konfius itu jam kerana memang tak pernah tengok muka lelaki itu pun seraya menghalakan jari telunjuk ke arah dada gua sendiri.
sambil mengangguk, gua bertanya dalam hati - lu panggil gua ke?
dan seolah-olah dapat mendengar apa yang gua cakap dalam hati, lelaki itu mengangguk tiga kali.
gua faham bahasa tubuhnya - ya!
perlahan-lahan gua meninggalkan meja gua dan melangkah menuju ke arah pasangan tersebut.
ok. perbualan seterusnya antara gua dan pasangan tersebut berlaku dalam situasi bahasa inggeris yang broken.
sangat broken. gua tak tipu.
sebenarnya gua pakai english standard 1119 spm punya. tapi dah dorang start main broken english, gua pun dah start goyang la.
lu orang tau-tau sendiri la kan standard orang cina kalau cakap english macam mana bunyinya.
tak pikir panjang, gua terus buktikan kat dorang yang gua juga boleh buat broken english yang jauh lebih mantap lagi daripada dorang.
cilake bahu gua dah sengal ni. nampak jelas alur tulang yang patah tu.
nanti-nanti la gua sambung.
gua kena bersandar dulu.

Saturday, 8 December 2012

tiada

gua nak try main blog kat henset.
kali ni tampal gambar pulak. tengok apa jadi.


Friday, 7 December 2012

cantik punya malang

petang dalam pukul 6 lebih gua beli cerita 'istanbul aku datang' kat astro first.
baru tengok tak sampai suku, kutu-kutu ajak melepak mapley.
cergas.

malam on the way balik kena lanyak dengan mana punya jembalang entah kat trafik lite depan poli shah alam.
dua hari melepak kat hospital sungai buloh.

lepas dapat balik bilik, cuba nasib nak tengok astro first.
cilake astro memang tak patut.
tak prihatin langsung nasib yang menimpa gua.
jangan harap lagi lepas ni gua nak langgan astro first.

Monday, 3 December 2012

boleh je kalau gua nak

pergi jahanam sama romeo.

pergi jahanam sama itu shah jahan.

leonardo di caprio pun boleh ikut diaorang jugak.

kashah? boleh jalan laa.

gua boleh buat yang lebih baik daripada diaorang.

hanya kerana gua seorang melayu.

maka tun mahathir adalah betul mengenai gua.