"lu puasa tak ini hari beb?"
"puasa.."
lemah suara gua melayan pertanyaan halim tatkala sedap-sedap gua melepak bawah pokok yang gua kurang pasti jenisnya kat sebelah rumah gua. memang munasabah la kalau gua dah jadi lemah. sebab time tu dah pukul empat lebih dah. dah nak dekat asar pulak tu.
gua pun dah lupa itu jam ramadhan tahun bila. yang gua pasti, itu jam gua memang dah besar panjang, dah akil baligh. dan gua yakin dan mampu untuk untuk membuntingkan anak dara orang barang seorang dua.
"jom lepak lombong jap. sejuk sikit. sini panas la." halim test market.
memang gua akui petang tu dia punya panas tu lain macam sikit. tahap unta pun lari cari pokok nak berteduh. mungkin sumbangan faktor cuaca, ditambah pulak dengan tekak haus, perut lapar, gua tak cakap banyak.
"jom!"
perjalanan dengan menaiki motor honda cub petak halim tu takde la lama sangat. sebab lombong tu terletaknya hanya di teluk rubiah je. dulu time gua kecik-kecik memang biasa dengan kutu-kutu kampung kayuh basikal ke situ.
halim cari port yang redup ada pokok juga di tepi lombong. gua melompat turun gaya jackie chan ketika motor tu tak berhenti habis lagi pun. hero.
apabila motor tu betul-betul dah berhenti, halim tidaklah terus menongkat motornya. tetapi dia menyeluk poket seluarnya dulu. mengeluarkan sekotak rokok dunhill 7. cilake. dan apabila dia menyedut asap rokok yang pertama serentak dengan itu jugalah dia menongkat motornya. haram jadah jenis yang tak menyempat-nyempat nak hisap rokok.
"cilake halim. patut la ajak gua ke sini. nak cari port rupanya."
halim hanya sengih kerang je. tiada perkataan yang terluah daripada mulutnya. hanya asap yang berkepul sahaja yang berebut-rebut keluar dan hilang di celahan daun pokok. berbekalkan sedikit iman yang nipis, gua melemparkan pandangan ke tengah lombong. air yang sudah berwarna hijau sememangnya menunjukkan bahawa kedalaman lombong itu bukanlah kecik-kecik anak ikan punya tahap.
bila dah bosan gua menatap lombong dan airnya, gua toleh ke belakang. pancaindera cahaya gua terus menangkap kelibat halim yang masih steady duduk atas motor sambil melayan rokok.
"apa ada dalam poket lu tu?" gua tanya serius dan keras.
"err takde apa. cekelat hacks ada la.." halim menjawab separa kaget. mungkin dia tak menyangka yang gua tiba-tiba akan bertanya soalan sedangkan time tu gua sedang senyap melayan lombong.
"bak sini."
cilake. rapuh betul iman gua time tu. asar dah lepas pun tapi masih barai jugak puasa gua.
Wednesday, 31 July 2013
Monday, 8 July 2013
pra-ramadhan
esok lusa dah nak puasa dah. dan seperti tahun-tahun sebelum ni, gua akan menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia ini dengan bukan calang-calang punya persediaan.
tapi ini tahun gua letak ekstra benda pada persediaannya, merujuk kepada pengalaman berpuasa gua sebelum-sebelum ini juga. selain daripada melakukan persediaan mental, fizikal, emosi dan juga nafsu, benda yang bakal gua buat ini adalah sesuatu yang nekad.
sangat nekad.
gua kena pastikan bahawa segala hubungan gua dengan manusia-manusia durjana di sekeliling gua terputus.
kalau tak, barai semuanya. barai ramadhan gua.
bukannya tak pernah gua terjebak buka puasa pekena cekelat hacks je bawah pokok.
dah pukul 5 petang plak tu time tu.
cilake.
tapi ini tahun gua letak ekstra benda pada persediaannya, merujuk kepada pengalaman berpuasa gua sebelum-sebelum ini juga. selain daripada melakukan persediaan mental, fizikal, emosi dan juga nafsu, benda yang bakal gua buat ini adalah sesuatu yang nekad.
sangat nekad.
gua kena pastikan bahawa segala hubungan gua dengan manusia-manusia durjana di sekeliling gua terputus.
kalau tak, barai semuanya. barai ramadhan gua.
bukannya tak pernah gua terjebak buka puasa pekena cekelat hacks je bawah pokok.
dah pukul 5 petang plak tu time tu.
cilake.
Subscribe to:
Comments (Atom)
