Sunday, 10 March 2013

pasca-eksiden

"hah tengok ni tuan. nama tuan ada lagi ni. saya tanda. tuan dah buat hari selasa lepas. siap lulus cemerlang lagi." jurulatih jasmani memberikan hujahnya berserta bukti berupa sehelai kertas yang dipenuhi senarai nama apa entah.

kejadian tersebut berlaku tepat pada hari khamis minggu lepas.

"eh lu biar betul der. gua rasa gua tak buat lagi. jibauk mana pulak yang menyamar jadi gua ni?"

gua masih tak puas hati. sebab kalau masuk perihal melakukan ujian kecergasan jasmani ni, gua memang particular. biasalah bagi manusia-manusia yang fit macam gua ni.
begitu juga kepada anak-anak buah gua. sekiranya ada dikalangan mereka yang kantoi atau tak buat, memang tiga hari empat malam gua lanyak.

"betul la tuan. tuan dah buat. saya ada hari selasa tu. bukannya saya tak kenal tuan." jurulatih jasmani yang seorang lagi tampil mem-back-up member dia.

gua terus termenung sejenak. dahi gua berkerut-kerut cuba mengingati sesuatu.
perlahan-lahan gua melangkah ke arah motor sambil tangan kanan menyelok saku.
beberapa kemudian, rokok dah berasap.

gua tekad. ya. tekad.

gua bagi tempoh seminggu je. ok gua bagi diskaun, dua minggu.
gua bagi tempoh dua minggu je untuk hospital keluarkan result MRI gua apa kejadah semua tu.
sekiranya gagal, memang gua takkan berfikir dua atau tiga empat kali lagi.

gua terus report je kat tian chua.

Sunday, 3 March 2013

dah lama bersedia

'abang. aku kena hantar ke lahad datu. kau jangan bagitahu emak ye. akak pun jangan. aku bagitahu kau sorang je ni.'

ok. jangan main fesbuk banyak sangat. - gua reply


Thursday, 28 February 2013

siri bercakap dengan bola - jenin

petang tadi nama gua dah terpilih untuk masuk dalam team bola sepak base tudm subang.
cantek. naik setakuk lagi standard gua.

kung kang kung kang

dalam masa 4 atau 5 bulan lagi mungkin gua dah main untuk tudm.
sambil-sambil tu mesti gua dah start sibuk bertapa kat dalam gym.
makan gaji buta yang bakal naik saban tahun.

kung kang kung kang

itu jam sathianathan mesti ada pasang scout punya nak tengok tudm main dengan darat atau navy.
tak pun dia yang turun sendiri tengok.

kung kang kung kang

lagi setahun dua mungkin lu orang dah boleh tengok gua main untuk atm kat astro arena. bertukar-tukar hantaran dengan marlon ataupun hai-o.
kalau main live kat tv1, mesti lu orang boleh dengar hasbullah awang sebut nama gua sampai tersembur-sembur.

puii. angan-angan macam cilake.

Monday, 18 February 2013

kejadian

push-up bra.
satu ciptaan yang membuatkan seseorang menipu orang lain hidup-hidup.
memang gampang.

Tuesday, 12 February 2013

x-men

tiga hari selepas eksiden, masa nak keluar wad tu sempat juga gua bertanya kepada dokter. 
untuk kepastian.

"selalunya orang-orang yang normal memang tak lari daripada 5 atau 6 bulan la kalau nak sembuh betul-betul. dalam masa tu awak kena rilek-rilek je. jangan ganas-ganas sangat. kalau nak main bola tu boleh. tapi main dengan orang-orang OKU ke, kanak-kanak spastik ke."

serba ringkas penerangan daripada dokter setelah gua bertanyakan perihal berapa lama gua kena berlakon sebagai watak ulat dalam batu akibat kecederaan ini.

"nah kad ni, lagi 44 hari encik datang balik nak check up dengan dokter pakar." huh nasib baik. berderau jugak darah gua tadi.

gua tunggu je dia cakap 'lagi 44 hari encik boleh prepare baca tahlil'. itu jam baru gua ada point.
kerja-kerja bertumbuk ni pun memang dah lama dah gua tak aktif.
yang sakit tangan gua. tapi kaki gua ni masih boleh terajang orang lagi.

lompat ke 44 hari selepas tu, gua dah parking motor kat hospital sungai buloh dah.
empat jam menunggu, amik x-ray. tambah dua jam lagi baru nombor kena panggil untuk jumpa dokter.
kat situ saje je dah makan enam jam.
tapi nak buat macam mana, pasrah je la dengan situasi di hospital kerajaan.

"encik ada pergi berurut ke, jumpa pawang ke, bomoh patah ke?" soal dokter pakar yang sama meng-examine gua time nak keluar hospital dulu.

"takde. gua takut." jawab gua ringkas.

"hmmm ada buat rawatan lain ke? apa yang encik buat?"

"takde buat apa pun. gua lepak tengok astro je la kat bilik. eh tapi sabtu lepas gua ada pergi main bola kat UPM tu. siap score lagi."

"awak ni x-men ke?" sambil berkerut dahi dokter tu memerhatikan x-ray gua.

memandangkan rahsia gua dah pecah, sambil mengukir senyum jahat, gua mengeluarkan tiga bilah cakar besi dari celah-celah penumbuk gua. zassss. berkilat.

"wah wolverine!!" dokter tu pun ajak gua lepak kantin dan payung gua teh tarik.
gua minta roti canai sekali.
x-men pun lapar juga la woi.

_________________________________

cerita ni macam tak berapa nak sampai sebab gua dah tak tahan nak pegi berak. cilake.

Wednesday, 30 January 2013

uit!

hubungan antara gua dengan mat aji bukan lah calang-calang.
dari lumut membawa ke kuantan.
sambung pula ke labuan.

cerita penang antara gua dengan mat aji, itu malas gua nak petik. lagi mengarut.

senang cerita, bertumbuk mat aji, bertumbuk la gua.

Thursday, 17 January 2013

menengok masa depan

lepas sesi berjumpa dokter tadi, bersembang lebih kurang, gua diam.
gua lepak atas motor sambil cucuh rokok barang sebatang.

"rilek bro.. ini hanya initial findings je. esok lu datang lagi, kita buat further check up mana yang patut."

itu cakap dokter. dan gua harap dokter silap.
esok gua akan port lagi kat bilik MRI tu.

"haa satu lagi. jangan bawa pistol." dokter menokok.

esok gua harap dokter tukar statement. kalau tak, kesian kat siapa-siapa yang nak jadi bini gua.
yang dah terlepas, boleh menarik nafas lega.

Thursday, 3 January 2013

cahaya hati

makin lama gua rasa hati gua semakin gelap.
dan gua tau apa puncanya.
maka dikeheningan malam ini gua tekad mengatasinya.
di dua pertiga malam. waktu afdhal kata orang agama.

gua buka mulut seluas mampu, halakan lampu toshlait.
gua telan cahayanya sikit-sikit.
agar ia  masuk ke dalam dan bisa menerangi kegelapan di hati gua.

buurrrppp.
yang ni gua tipu. mana mungkin makan cahaya pun boleh burp.
gua makan cahaya, bukannya minum minyak tanah.

Sunday, 23 December 2012

cantek punya malang - the return

ini satu lagi kisah yang baru gua teringat sebelum gua kena sesah dengan mana punya malaun kat trafik light poli tu.
sehari sebelum tu, gua beli benda ni kat giant shah alam.
untuk orang-orang yang jantan macam gua ni, benda ini merupakan satu rukun.
adalah tidak sah hidup seseorang lelaki itu sekiranya tidak memiliki benda ni.
apatah lagi melayaninya.

kondom? puiihhhh!!
bukan mainan gua tu! gua tak pernah pakai.

berbunga hati gua tatkala melangkah masuk ke bilik sambil menjinjing plastik yang berisikan benda tu.
gua cium sekali macam lagak cium duit, terus gua portkan elok-elok ke dalam rak tv gua.

haa satu lagi.
untuk melayan benda ni, memang amat-amatlah memerlukan satu ketenangan yang bukan sedikit punya hakiki.
baru la time tengah melayan nanti takde la gua nak mengamok-ngamok tak tentu hala.

maka untuk mencapai ketenangan tersebut, gua beli la dulu cerita 'istanbul aku datang' kat astro first tu. lepas 5 minit, dengan amannya gua layan lisa surhani dengan tomok kat tv.
seterusnya untuk mengetahui apa yang telah berlaku, ikutlah cerita entree yang menggunakan tajuk yang sama sebelum ni.
skill nak letak link ni gua belum khatam lagi.

saat gua up entree ni, benda jadah tu masih elok lagi port kat dalam rak tv gua.
plastiknya pun masih tak berusik lagi.
cilake!

nak layan kepala bana apanya, nak basuh berak pun sampai nak menitik air mata. inikan pula nak pegang joystick.
kalau sampai dah keluar siri 14 punya lepas ni tapi gua tak dapat nak main lagi, memang gua patah-patahkan yang siri 13 ni.


Thursday, 20 December 2012

kuasa super - episod kemuncak

gua perasan ekor mata famy mengiringi langkah gua ke arah meja pasangan tersebut.
"lu melayu ka?" sang lelaki memulakan kata sejurus gua menghampiri meja mereka. tak kuat sangat, tapi tidak juga perlahan sangat suara dia. cukup-cukup untuk didengari oleh member-member gua yang sedang menghirup teh tarik bersulam dengan sebatang dua rokok.
"ye. apahal?" gua yang pada mulanya ingat nak bagi mood mesra tiba-tiba bertukar nada. maunya tak, kenal tak, jumpa pun tak pernah, alih-alih main soal style-style racist gitu.
tapi tak sempat gua nak sambung buka mulut lagi, dia terus potong gua. mungkin dia perasan reaksi gua dah lain kot.
ataupun dia dah spot kat mata gua yang melilau ke arah gelas di atas mejanya itu. risau gelas makan tuan mungkin.
"err err jangan marah bro. ini saya punya isteri mau cakap sama lu."
gua tak menjawab. hanya mata gua terus dialihkan ke arah bini dia sahaja. bini dia senyum-senyum je kat gua.
'pehh cun jugak bini si cilake ni.' itu gua cakap dalam hati je.
"err you melayu kan? i ingat you kaukasian. sebab you hensem macam ada mix la." jujur bunyi statement bini dia tu. diluahkan tatkala tepat-tepat time gua duduk atas kerusi yang ditarik oleh suami dia.
gua terpana. cilake.
ptuuiihhh!!! kah kah kah.
keterpanaan gua yang baru sebentar tadi memang tak lama kerana ianya telah diragut oleh bunyi-bunyi seperti sound di atas tu. gua toleh belakang.
lagi cilake.
member-member gua dah siap gelak-gelak macam orang gila dah adanya.
yang si reza siap sampai berkecai tiga meja tu dihentak-hentaknya.
"lu punya bini manyak kuat tipu wooo.." reza menjerit macam dah kena sawan babun.
oleh kerana statement ikhlas yang telah dikeluarkan oleh bini cina tu, jadi gua rasa memang selayaknya stan lee panggil gua masuk dalam rancangan dia.
kuasa gua? malas gua nak cerita la.

Sunday, 16 December 2012

pagi

nak buat macam mana, gua memang dilahirkan dengan tiada sifat dendam.

Thursday, 13 December 2012

menengok masa depan

jam sekarang gua tengah melepak malas atas sofa solo kat bilik gua. sambil mata melayan tv.
astro dengan baik hati sedang mempertontonkan konsert akustik hujan kat channel 952.

walaupun jam baru menunjukkan pukul 5 petang, tapi suasana bilik gua terasa sangat gelap dan sorrow.
laksana pukul 10 malam layaknya.
mungkin disebabkan oleh hujan lebat yang dicurahkan dek awan mendung yang tebal. dan hitam.
sesekali guruh menjerit dari kejauhan untuk mengejutkan gua.
tapi haram gua tak terkejut pun.

berbalik kepada tv, sayu je hati gua tatkala melihat ag coco menggoreng gitarnya.

'hmmm makanan gua semua ni.' getus hati kecil gua. ya. setakat solo scale jazz itu macam, kalau pun tak penuh, paling koman pun 90% mesti gua boleh ikut punya. cuma chording dia je yang gua surrender.

gua mengalihkan pandangan ke arah sudut bilik gua.
bergilir-gilir tanpa berkelip satu persatu gitar-gitar yang tersusun gua jeling lemah.

gibson les paul custom yang volume knobnya dah tercabut. huh.

ibanez rg500 yang dah setahun dok ada 5 tali je. huh.

santa cruz yang dah berhabuk sangat. bertampal-tampal dengan bermacam-macam sticker. huh.

focus electric-accoustic yang tempat letak bateri 9v-nya dah entah ke mana perginya. huh.

gitar kapok murah tali nylon pemberian azmi saamah. huh.

boss gt-8 multi effect yang adaptornya rosak. huh. babi.

marshall amp mg series 10. yang ni gua tak tau apa masalah dia. kejap ok, kejap macam haram.

habis dengan semuanya, gua beralih pandangan ke arah tangan kiri gua.
masih beranduh. jari-jemari pun masih sakit lagi pabila nak diaktifkan.
tangan kanan gua seraya diletakkan ke bahu sambil mengusap-usapnya.
nah. jelas terasa bonjolan bekas tulang clavicle yang patah.

hmmmm gua mengeluh panjang.
rumah terbakar nampak asapnya.
hati terbakar tak siapa tahu.

Tuesday, 11 December 2012

kuasa super

sedang gua melepak kat petaling jaya dengan famy, reza dan nizam sambil mengutuk member-member yang tidak berada di tempat kejadian, seorang lelaki berbangsa cina melambai-lambai ke arah gua.
seolah-olah menggamit gua supaya datang ke arahnya.
lelaki cina tersebut duduk bersama isterinya yang juga berbangsa cina. isterinya tersenyum ke arah gua.
gua yang agak konfius itu jam kerana memang tak pernah tengok muka lelaki itu pun seraya menghalakan jari telunjuk ke arah dada gua sendiri.
sambil mengangguk, gua bertanya dalam hati - lu panggil gua ke?
dan seolah-olah dapat mendengar apa yang gua cakap dalam hati, lelaki itu mengangguk tiga kali.
gua faham bahasa tubuhnya - ya!
perlahan-lahan gua meninggalkan meja gua dan melangkah menuju ke arah pasangan tersebut.
ok. perbualan seterusnya antara gua dan pasangan tersebut berlaku dalam situasi bahasa inggeris yang broken.
sangat broken. gua tak tipu.
sebenarnya gua pakai english standard 1119 spm punya. tapi dah dorang start main broken english, gua pun dah start goyang la.
lu orang tau-tau sendiri la kan standard orang cina kalau cakap english macam mana bunyinya.
tak pikir panjang, gua terus buktikan kat dorang yang gua juga boleh buat broken english yang jauh lebih mantap lagi daripada dorang.
cilake bahu gua dah sengal ni. nampak jelas alur tulang yang patah tu.
nanti-nanti la gua sambung.
gua kena bersandar dulu.

Saturday, 8 December 2012

tiada

gua nak try main blog kat henset.
kali ni tampal gambar pulak. tengok apa jadi.


Friday, 7 December 2012

cantik punya malang

petang dalam pukul 6 lebih gua beli cerita 'istanbul aku datang' kat astro first.
baru tengok tak sampai suku, kutu-kutu ajak melepak mapley.
cergas.

malam on the way balik kena lanyak dengan mana punya jembalang entah kat trafik lite depan poli shah alam.
dua hari melepak kat hospital sungai buloh.

lepas dapat balik bilik, cuba nasib nak tengok astro first.
cilake astro memang tak patut.
tak prihatin langsung nasib yang menimpa gua.
jangan harap lagi lepas ni gua nak langgan astro first.

Monday, 3 December 2012

boleh je kalau gua nak

pergi jahanam sama romeo.

pergi jahanam sama itu shah jahan.

leonardo di caprio pun boleh ikut diaorang jugak.

kashah? boleh jalan laa.

gua boleh buat yang lebih baik daripada diaorang.

hanya kerana gua seorang melayu.

maka tun mahathir adalah betul mengenai gua.

Wednesday, 21 November 2012

0120H

gua buat apa yang gua suka.
gua akan buat apa yang gua suka.
walaupun benda itu nampak payah di mata orang awam lain.

kalau gua kena berulang-alik setiap hari ke putrajaya tu pun gua tak kisah dan sanggup.
kerana itu benda yang gua suka.
Allah sahaja yang boleh menghalang gua.

oh satu lagi yang boleh menghalang.
perlawanan bola. puiihh.

Tuesday, 13 November 2012

belajar

time gua tengah menaip 'time' tu, gua tengah melepak berteduh kat caltex hiway elite.
on the way gua nak merempit ke putrajaya, hujan lebat pula kat tengah jalan.
gua cuba try ke tepi jalan, tapi hujan juga.
malas nak pikir panjang, gua singgah la kat caltex ni.

sambil berteduh boleh juga gua pekena milo dengan dunhill barang sebatang dua.
tempat-tempat mainstream macam caltex ni memang rare la kalau ada jual surya.

join gua berteduh kat sebelah ialah sorang brader naik moto kriss cabuk.
gua tak tipu. memang motor dia macam baru lepas keluar felda je gua tengok.
tapi gua saspek brader ni bukan calang-calang juga. sebab dia selamber je pekena megi-dalam-cawan.
cilake betol!
nasib baik gua sabar. kalau tak dengan gua-gua sekali terpengaruh join dia layan megi.

eh hujan dah berhenti la pula.
baik gua habiskan cepat cerita gua ni sebelum hujan mengamok balik.

sebenarnya gua sanggup ke putrajaya time-time musim tengkujuh ni adalah kerana gua dah belajar daripada kesilapan yang dulu.
kesilapan yang selalu gua buat time gua dengan scooby joo dulu.
memang silap gua.

sekarang ni walaupun gua sibuk, gua tetap kena cari masa.
sebab gua taknak apa yang berlaku time gua dengan scooby joo dulu berlaku lagi.

ok gua blah dulu. hujan dah berhenti cantek punya.
peehhh berjaya jugak gua main blog pakai henset ni.

Thursday, 1 November 2012

tuan haji blues

di majlis separa rasmi sempena perpisahan tuan haji department gua.
gua bertindak selaku juruacara majlis, tanpa mic.

'ok tuan-tuan dan puan-puan. sebelum kita menikmati hidangan yang telah tersedia, dan sempena meraikan beliau, dijemput tuan haji tampil ke hadapan untuk mengucap.'

'wooiiiii!!!!!' first time sepanjang hidup, gua dengar tuan haji menjerit.

'errrr sori tuan haji. berucap.. berucap..'





tiga hari gua tak putus-putus minta maaf kat tuan haji setiap kali terserempak.