Monday, 30 April 2012

esok 1 mei - edisi working class heroes

esok 1 mei.
memang la time tu semua pekerja kebanyakkannya akan cuti.
bangla, indon, vietnam yang kerja kontrak tu pun cuti melepak kat kompleks kotaraya tu.
inikan pula pekerja tempatan.

esok 1 mei.
tarikh genap gua tengah betarung dengan kamarul anuar.
main bola ps2 kat bilik gua.
pertaruhan bukan kecil-kecil anak bilis punya standard.
payung pizza tiga hari punya bet.
kalau kalah, ini macam tauke boleh demam.

esok 1 mei.
sedang gua berada di ambang kemenangan, henset gua berbunyi pendek.
bukan sebab ada mangkuk hayun miskol gua.
tapi sebab ada sms masuk.
standard la kalau sms tu ringtone dia pendek je.
apa kejadah nak buat ringtone panjang-panjang semata untuk sms alert je.
tapi ada jugak kutu yang gua kenal, habis satu lagu mariah carey dia main hanya untuk sms je.
itu gampang namanya.

esok 1 mei.
tengah-tengah kamarul anuar melakukan free kick, dan seakan-akan bola hampir pasti nak menerjah jaring, gua pause kejap gua punya main bola.
baca sms dulu. kamarul anuar gua tengok macam bengkek je dengan gua.
kah kah kah gua peduli apa.
dia pun selalu buat perangai macam tu apa.
kadang-kadang sampai tahap sadis, abandon match tu siap berlari keluar bilik sebab nak jawab tepon.
bini call katanya.
macam cibai!

esok 1 mei.
"saya dah buat solat istikharah... bla bla bla"
part istikharah tu je yang gua ingat. yang lain gua dah lupa.
"ok" 
gua reply lepas gua baca laju-laju.
pun begitu, gua paham apa mesej yang telah disampaikan sambil tu gua terus sambung main bola.

esok 1 mei.
cilake. 
lepas tu terus gua kena payung kamarul anuar melantak pizza sampai 3 hari.
dan untuk mengingati tragedi gua kena payung pizza tu, terimalah..



Friday, 20 April 2012

apa guna berani

satu benda kualiti yang gua pasti gua miliki ialah; 
berani.
untuk berani, kita tak perlu jadi kuat.
cukup sekadar kalau kita kena gegar, kita gegar balik. tengok apa macam orang yang gegar kita tu.

pernah gua berani bertumbuk dengan dua ekor kutu mabuk kat labuan tu.
walaupun last-last ada peluang, gua terus cabut.

pernah gua berani naik motor tengah-tengah malam buta, potong jalan sunyi kat puncak alam tu.
apa barang jalan tu?
lu orang tau tak itu jalan paling berpuaka sekali kat area shah alam ni.
port altantuya kena bom tu. nak mati?

pernah gua berani redah hutan malam-malam buta masa kat kaki gunung jerai dulu.
haa ini kes gua terpaksa berani.
sebab itu jam gua dah sesat terpecah daripada sindiket gua masa buat survival dulu.

pernah juga gua berani pergi medan kidd sorang-sorang jumpa pakwe ex gua.
walaupun gua tau itu ipoh bukan area gua.
bila-bila masa je gua boleh kena lanyak.

tapi ini satu benda je yang gua memang tak berani nak buat.
letak la pisau parang ke kat leher gua, memang gua sanggup kena sembelih lagi.
dulu makwe gua pernah try pujuk gua pun tetap tak jalan jugak.
gua memang tak berani.

kalau dah tahap makwe gua pujuk rayu pun tak hadam, lu orang pulak jangan cuba-cuba nak try suruh gua pergi cabut gigi.
memang sia-sia je la gua tempeleng muka lu orang.
cilake.
 

Wednesday, 18 April 2012

pagi ini untuk apa

pagi tadi gua sampai ke ofis dalam pukul 8.35 am.
bukannya isrul tak kejut gua, tapi saja je gua buat-buat malas nak bangun sebab gua tau line memang clear punya.
bos gua pagi tadi semacam biasa rutinnya, masuk briefing dengan komander.
jadi, gua guna gua punya smart, gua lepak kat bilik sambil skip briefing anak-anak bilis.

sambil gua bersiul mendendangkan irama lagu kerispatih, gua selamber je melangkah masuk ke dalam ofis.
konfiden.
namun belum sampai setengah langkah, gua punya darah terus berderau bila melihat kelibat boss gua dari pandangan belakang.
terus lagu kerispatih yang gua nyanyi tadi bunyi macam cd rosak.

"woi! jumaat malam ni, aku nak kau kumpulkan semua ATCO. kat bilik GDOC. aku nak jumpa. peduli apa aku kalau korang semua cuti ke, ada kenduri ke. aku nak jumpa semua. paham?!!"

pusing belakang je, dia terus jerkah gua macam tu. tak sempat gua nak bagi salam.
kalau sempat pun, gua tak fikir yang gua akan bagi salam kat dia.
itu jam kalau dia tengah marah, wish hepi besday pun gua belum tentu berani lagi.
lain macam dia punya marah pagi tadi.
kalau gua kata gua tak goyang itu jam, lu orang boleh terus lempang je gua atas alasan gua menipu.

"errr ok tuan.." lemah gua menjawab. itu bukan berlakon punya lemah, itu memang lemah betul tu. cilake.

semacam mana lemah je style gua menjawab, semacam itu la jugak lemahnya gua melangkah masuk menuju ofis gua.
dalam kepala gua, memang nak terus setel je hal tu.
terus roger budak-budak berkaitan arahan boss gua tadi tu.
bukan apa, takut nanti gua terlupa.
lain jadinya pulak nanti karang.

ketika gua baru nak search nama ayoi kat dalam henset gua, baru kepala otak gua teringat sesuatu.
rasa macam tak lengkap je arahan tu tadi.
maka, dalam keadaan berani-berani takut, gua gagahkan diri berjumpa boss gua tu balik.

"errr tuan. pukul ber..."

"apa pukul-pukul? korang nak pukul aku ke? korang ingat aku takut? korang yang buat kerja macam cilake, aku yang kena menjawab dengan komander. lepas tu korang berani nak pukul-pukul aku pulak?!"


sial! gua tak sempat nak habiskan ayat, terus kena serang style macam tu. terus pucat muka gua.


"err bukan tuan. saya cuma nak tanya, malam juamaat tu nanti, pukul berapa tuan nak jumpa kami?"

 

Monday, 2 April 2012

sepuluh tahun. sudah tentu.

perangai

haaa ni lagi satu cilake.
berlambak entri gua yang separuh jalan, tak juga gua habiskan.
last-last menjelma entri lain yang baru pulak.
nampak sangat lu orang boleh predict apa jenis perangai yang gua ada ni.
puuiihhh.

haa barang harus diingat, kerja nak menulis cerita ni memang bukan makanan gua.
sebab gua bukan penulis. 
nak menulis cerita pun kena ada time-time dia.

topi putih

itu hari, tarikh betul pun gua dah lupa. 
tapi ada la makan sampai 3 minggu kot.
entah apa yang gua buat kat laptop ni sampai gua ter-reset semua password untuk semua akaun gua yang ada kat laman maya ni.

gua punya style, macam biasa la.
segala jenis password gua save forever punya.
agak-agak kalau gua nak log in akaun, main tekan enter je pakai jari kelingking.

kecuali akaun maybank2u, cimb clicks dan fesbuk.
yang akaun-akaun bank tu, memang sah-sah la tak boleh nak save password dia.
kes cimb clicks tu gua rasa ada la dalam 4 kali gua kena talipon HQ dia pasal lupa password.
fesbuk tu kira kes lain la.
sebab banyak rahsia kat dalam tu.

maka nak jadi cerita, 3 minggu gua bazirkan semata-mata nak berusaha ingat password gua.
macam password blog ni la.
hah lagi satu style gua ni, lain akaun, lain password gua bubuh.

sehinggalah petang tadi, baru gua teringat yang diri gua ini ialah seorang bekas anggota hackers anonymous.
ini time geng-geng anonymous belum famous macam sekarang la.
yang hack web FBI tu, gua takde kena-mengena langsung.
sebab itu jam gua dah kena kick out pasal berbeza ideologi.

gua pun apa lagi lepas tu, terus hack akaun sendiri la.
huh tak sampai sejam, kesemua berbelas-belas akaun gua dah selamat gua hack.

sampai la gua tulis perkataan 'sampai' tu tadi, gua masih tak henti-henti memikirkan apa cibai la yang gua buat sampai 3 minggu lebih tu.
sia-sia je terbuang masa gua.
kalau la 3 minggu lepas, gua dah tersedar yang gua ni hacker, takde la gua nak menyesal macam bangang sekarang ni.

satu lagi, nasib baik la gua ni hacker kategori 'white hat'.
kalau 'grey hat' atau 'black hat', mampos lu orang sekor-sekor gua hack. cilake.

Thursday, 15 March 2012

lagu - isteri solehah versi brit rock

hah ni satu lagi lagu gua baru proses.
lagu melayu first yang gua buat.
lirik dia gua dengan irwan razali buat masa kadet dulu.
cilake itu dah 10 tahun lepas.

dengan berbekalkan satu kaset kosong yang irwan pow dari bilik depan, bersama-sama radio yang gua pinjam tanpa bagitau dari bilik arbok, kami terpaksa port bilik irwan sambil kunci pintu.
sebab sejam pertama masa nak record tu, macam-macam kutu masuk nak kacau.
yang nak mintak sumbangkan suara pun ada jugak.
last-last kami kunci pintu je. habis cerita.
itu pun ada cubaan daripada mana punya lahanat entah yang try nak buat kawad kebakaran.
hamjadah punya perangai.

ok macam biasa, lagu ada kat side bar tu.
gua ni bagitau benda tu kat sidebar tu bukan sebab gua nak bagi tau lu orang suruh dengar.
gua cuma takut nanti gua terlupa kat mana gua letak lagu tu.

Tuesday, 13 March 2012

lagu - nature

hah ni gua baru buat tadi.
main lebih kurang, pastu record cincai kira, terus post.
sebenarnya ada lagi lagu-lagu lain, tapi entah macam mana pulak gua boleh terlupa password.
kalau stakat password je lupa, kira boleh tahan lagi.
ni dengan username sekali gua terlupa.
cilake.
dah satu hal gua kena upload lain dan buat akaun baru.


liriknya jangan tanya gua ada kena-mengena ke tak.
sebab gua sebat je mana-mana member fesbuk gua punya notes terus buat melodi.


grammar? pegi tanya tuan punya note tu sendiri. gua tak ubah apa-apa pun.


pronunciation gua? jangan cakap banyak. gua kalau cakap english, memang ada bau accent russia sikit. hah yang ni bukan gua kata, tapi kamarul anuar yang kata.


lagu ada kat sidebar tu.
klik la mana yang patut.





Tuesday, 6 March 2012

megi perisa baru - persundalan sosial

balik je daripada survival, gua tengok badan sekor-sekor memang jelas nampak rangkanya.
mana yang dulu badan yang sedap-sedap ada isi pun, boleh nampak dia orang punya tulang rusuk dah.
badan gua tak payah cerita la. menten.
kurus je selalu.


tapi yang gua peliknya ada satu - kutu-kutu yang dah kawen, semuanya bawak cenderamata dari hutan.
tongkat ali.
tapi memang gua tak nafikan pun, area hutan yang kami port tu memang kaya dengan khazanah tongkat ali.
sebab kadang-kadang gua perhatikan masa dalam hutan, puak-puak tu bukannya nak pegi mencari makanan ke, buru rusa ke, babi ke.
tapi sibuk tebang pokok tongkat ali.
cibai punya perangai.


sampai je kat bilik, letak barang apa semua, dengan separuh bogel benda pertama yang gua sambar dulu adalah megi.
lapar punya pasal kena alas perut makan megi dulu.
sebelum keluar pekan melahap pizza ke, burger king ke, mcd ke, gulai kawah ke.


dengan berbekalkan dua bungkus megi perisa kari dan tomyam di tangan, gua melangkah laju menghala ke bilik depan.
sebab bilik depan je yang ada cerek nak buat air panas.
malas nak cari mangkuk punya pasal, on the way lalu pintu belakang tu gua singgah tandas ambil gayung.
basuh lebih kurang, gua bawa sekali gayung tu ke bilik depan.


kurang sepuluh langkah, sampai la gua ke tempat jibauk bilik depan portkan dia punya cerek.
gua goyang-goyangkan je cerek tu.


"huh berat ni. mesti penuh air. cukupla tu buat rendam megi segayung." malas gua nak buka penutup cerek tu.


gua terus tekan suis cerek tu. tunggu barang 5-6 minit untuk air tu mendidih.
sambil dua bungkus megi tu gua dah campur menjadi satu dalam gayung kaler hijau muda.


tik! bunyi suis cerek tu tendang balik menandakan bahawa air dah cukup mendidih.
eh lupa gua nak selit tadi. sementara menunggu air tu mendidih, gua pekena surya sebatang yang gua memang dah siap-siap selitkan kat celah telinga hehe.


tanpa cerita banyak, gua terus siram megi yang kat dalam gayung tu dengan air mendidih.
pedih mata sikit sebab asap berkepul naik ke atas.
tapi itu semua gua anggap dugaan time lapar.
lapar time bulan puasa punya dugaan pun takde hebat camni.


setel satu benda, mata gua pulak meliar mencari apa yang patut untuk dibuat petutup gayung tu.
cun!  dah jumpa. 
lahanat mana pulak yang berani letak buku undang-undang kat celah rak pinggan ni.
nasib la.


rokok surya gua masih bersisa dalam setengah inchi lagi.
gua plan nak lepak bilik member jap borak-borak sambil tunggu surya tu habis gua sedut. 
tapi yang palatnya gua tengok kutu-kutu lain semua dah macam mayat hidup. 
ada yang baring atas katil, ada yang tengah hisap dam sambil mengenang nasib, yang tertiarap atas lantai macam baru lepas kena langgar lori pun ada juga.


ok kembali ke port gua rendam megi tadi.
cun. megi pun dah sedap-sedap kembang, gua tak tunggu lama terus masukkan perncah kari + tomyam.
ini first time. gua pun tak tau macam mana rupa rasanya lagi.
kacau kasi sebati.
sambil tu gua usung bawa ke bilik gua.
kalau makan kat situ, alamat boleh dua sudu je la gua telan.
belen sah-sah la kena pow dengan mangkuk-mangkuk yang pemalas nak masak tapi rajin nak mencekik.


berhati-hati gua melangkah dengan senyap takut kantoi.
tapi gua dah buat bekap plan dah kalau kantoi.
sebab benda ada dalam gayung, gua boleh cakap yang gua tengah bawak air sabun buat nak basuh jamban ye tak? hehe brilliant.
sampai je kat bilik, gua tutup pintu slow-slow.
haron dengan arboq, roommate gua takde time tu. 
gua pun tak tahu ke mana dorang berdua pegi melingkup.
selamat.


cibai panjang pulak cerita gua.
ok gua pendek kan la.
tapi lain kali la gua pendekkan sebab gua pun dah tak tahan nak berak ni.



Wednesday, 29 February 2012

megi perisa baru

ini cerita time gua baru lepas habis survival.
wah cilake sebelas tahun yang lepas tu. time gua kadet.
lu orang tau kan survival tu apa?
jadi gua tak payah la nak tulis panjang lebar tentang makna survival tu.
penat lu orang tau tak buat kerja menaip ni.

dua minggu kami melepak dalam hutan dengan sekor-sekor tak pakai baju - untuk mana yang kena denda sebab buat benda-benda mengarut, pakaian akan dirampas satu persatu mengikut jumlah kesalahan.
jadi, akan ada sindiket yang pakai baju - sebab tak buat salah.
ada yang kena rampas baju je, sebab buat salah sedikit.

tapi ini sindiket gua, habis baju seluar semua kena rampas.
yang tinggal hanya parang dengan senapang je.
baru la rock beb.
nasib baik gua pekena seluar tight, so takde la gua rasa macam sakai sangat.
kutu-kutu lain ada ramai jugak yang pekena seluar tight.
yang pekena boxer gambar tokong cina pun ada jugak. 


tapi yang paling naya sekali ialah samseng la.
entah apa setan yang dah bersarang kat perut dia, dia boleh buat perangai pakai spender renoma yang pattern macam g-string tu ha.
babi punya perangai.

tapi nak tak nak gua dengan kutu-kutu lain terpaksa la jugak mengadap bontot dia hari-hari.
sampai nak makan pun takde selera.
tapi nak makan apa kejadahnya.
time survival apa makan je pun yang ada.
hah kunyah la kami semua apa yang ada di sekeliling.

makanan faveret konfem-konfem la daun-daun dan akar kayu.
nak makan babi biawak semua, sanggup kebulur beb.
nasib baik la port kami survival tu sebelah sungai.
boleh la buat-buat perangai tangkap ikan ke apa semua tu.

gua ingat lagi ada satu time tu, gua dapat tangkap ikan laga.
ikan laga ni kalau lu orang nak tau, manusia tangkap bukan untuk dimakan.
tapi untuk tujuan bertarung.
tapi gua takde nak peduli benda-benda tu semua.
dapat sekor, gua cucuk dengan kayu, kasi bakar, ikan tak sempat mati lagi, gua dan henjut masuk dalam mulut.
teringat lagi gua time nak masuk mulut tu, ikan tu bergerak-gerak lagi.

eh?
punya la panjang gua mengarang, mana cerita megi tadi?
babi hilang mood gua nak menaip lagi.
gua sambung lain kali la.
cilake.
 

Friday, 24 February 2012

nak makan pun susah

selalunya gua kalau nak keluar ke mana-mana, gua lebih layan naik motor lagi.
kalau setakat area-area dekat, macam nak pegi tapau nasik ke apa ke, memang gua tak pikir banyak, terus start motor je.
bahkan sampai ke bukit jalil atau nak ke KL ke tengok bola kat stadium, kereta memang gua tolak ke tepi.
leceh sikit kalau nak naik kereta ni.
lagipun jiwa rempit gua ni masih ada bersisa lagi di sanubari gua ni.

tapi dua hari lepas, perut gua lapar lain macam time pukul 4 petang.

nak ngadap megi, macam nak termuntah dah rasanya. 

nak pegi bilik azraeil cari barang makan, time tu la pulak dia nak buat perangai kunci pintu.
selalu tak pernah-pernah nak kunci pintu. musibat.


nak tak nak, gua kena jugak nekadkan diri pergi tapau apa yang patut kat mamak ttdi jaya tu. 
tapi nak keluar naik motor, gua tengok langit tu bukan calang-calang dia punya gelap.
gua saspek ni memang tak lama, kejap lagi kena simbah dengan hujan la tu.
hujan pulak tu sejak akhir-akhir ni bukan kecik-kecik anak dia punya main.
lebat nau'zubillah.


jadi, gua terpaksa la capai kunci kereta.
kalau gua keras nak layan motor jugak, ada gua join mat-mat motor berkampung kat bawah jambatan nanti karang.


lepas nyala rokok, gua terus pulas kunci kereta.
enjin bunyi sedap je. sambil mengusap-usap bonet kereta, gua bermonolog - haa macam ni la perangai binatang peliharaan. baik je.


gua masuk kereta, duduk, buka tingkap separuh, layan rokok dua pam lagi, masuk gear dan terus meluncur.


tak lama. memang tak lama.
sampai je depan masjid luar base tu, terus hujan turun macam disimbah-simbah dari langit.
jarak penglihatan pun memang haram tak nampak.


gua pun tak tunggu lama, menggelabah gua cuba naikkan tingkap guna tangan kanan.
sambil tangan kiri cuba main suis wiper.


cilake.
apa bangsat yang dah berlaku ni?
satu haram apa pun benda yang gua buat tadi langsung tak bagi respon.
tingkap tersekat, wiper pun haram tak bergerak.
dengan gelabahnya gua terus masuk kawasan masjid dan parking tak tentu hala.
kalau gua terus jugak, memang gua tak tau la binatang ke manusia yang akan gua bedal nanti sebab jalan memang haram tak nampak langsung.

penyudahnya, sejam setengah gua melepak kat masjid tu layan 12 batang rokok secara radikal. ptuiihh.
nasik ke mana, mamak pun hilang entah ke mana. 
yang gua dapat hanya lapar je. dahaga tak sangat sebab gua dah sesah air paip masjid tu. berkat sikit agaknya.

sial lu kereta. lepas ni gua takde nak buat perangai usap-usap bonet lu dah.
tahyul semua tu. khurafat!

 
 

Tuesday, 21 February 2012

fesbuk durjana

ada sekor kutu ni, member kelas dengan gua masa sekolah menengah dulu.
nak kata rapat tu, tak de la sangat.
tapi klik-klik main bola gua jugak la.
dan juga pernah 2-3 kali join gua ponteng sekolah.
tapi skema sebab tak hisap rokok.

dulu dia ni member dalam fesbuk gua.
tapi rasanya dah berbulan-bulan jugak gua unfren dia ni.
puncanya malas la gua nak panjang cerita.
yang pasti, gua memang takde selisih faham langsung dengan dia.
ye la, last jumpa pun masa tingkatan tiga dulu, apa lancau nak selisih-selisih faham semua ni kan.

termasuk yang pagi tadi punya cerita, gua rasa ada la dekat 5 atau 6 kali lahanat ni request fren kat fesbuk gua tu.
dan dengan bilangan angka yang sama jugak gua selamber ignore.

siapa-siapa yang kata tindakan gua tu tak patut, meh sini ramai-ramai beratur depan gua.
senang gua terajang sekor-sekor.

siapa suruh buat perangai dalam sehari, check-in foursquare sampai dua puluh empat (24) kali!
semak lu orang tau tak?!
semak!!

haa itu je obat nak ngajar perangai style-style macam tu.
cilake.

Friday, 10 February 2012

mesyuarat bangang

gua pun tak berapa nak ingat dah bila kejadian ni berlaku.
tapi apa yang gua pasti, ia berlaku time suatu pagi waktu gua tengah off shif.
sebab itu jam pukul 9 pagi, time gua sedap tido.

tido gua telah dilanggar oleh bunyi talipon gua yang memainkan lagu one buck short.
sambil gua meraba-raba mencari talipon yang gua port kat dalam kotak kasut, serentak itu la gua memaki hamun lahabau mana entah yang saje nak buat gua menyirap time-time pagi ni.
lantas apabila gua terlihat skrin talipon yang memaparkan nama bos gua, langsung gua berdiri tegak terpacak atas tilam.
segala maki hamun time tu automatik hilang, dan tanpa pikir panjang, gua terus tekan butang hijau.

"kau pegi masuk meeting pukul 10 ni kat HQ!"

haa nampak tak dia punya short and sharp tu.
kejadah meeting pasal apa pun gua tak tau.
itu je yang yang boss gua bagitau.
apa nak bawak masuk meeting, ada presentation ke, apa tajuk meeting, satu haram pun gua tak tau.
setelah mengambil kira gaya percakapan dan juga boss gua punya kelam-kabut, sumpah gua tak berani nak tepon balik.


setelah gua benar-benar pasti yang talian telah diputuskan secara proper, gua campak talipon gua tu ke dalam kotak kasut semula dan sambung gua punya maki-hamun.
ni bangsat apa yang dah berlaku sampai gua kena masuk meeting time gua off shif ni?
macam la takde pegawai lain kat ofis tu.


maki, maki jugak.
tapi ini bos punya arahan, bukan boleh dibawak bergurau.
bukan kecil-kecil anak bilis punya hal.
pantas jugak gua bersiap.


gua malas nak cerita panjang la.
kalau gua nak cerita jugak, mesti gua dah masukkan cerita yang gua masih tak habis maki lagi time gua terpaksa mengerah seluruh kudrat sampai basah-basah ketiak gua semata-mata nak start motor cabuk etong tu.
punya la seksa nauzubillah.


selepas lebih kurang 15 minit gua melepak dalam bilik mesyuarat tu, dengar geng-geng orang tua mengarut lebih kurang, baru la gua discover yang tajuk meeting tu ialah - bagaimana nak mengatasi masalah anak-anak yang melepak sampai jauh malam.


cilake!!
ni meeting bangsat jenis apa yang bos gua suruh masuk ni.
haram takde kaitan dengan gua langsung.
gua ni kawen pun belum lagi, apatah lagi nak beranak pinak.
kalau ikut jiwa muda rebel gua ni, masalah-masalah style gini, gua bubuh pelempang je dua tiga pam.
takde nak meeting-meeting apa ke bana semua ni.
ptuiihh!


tapi gua stay back jugak kat dalam meeting tu sampai habis.
bukan sebab gua ikut arahan boss gua, tapi sebab karipap dengan bihun dia sambil bilas denagan teh tarik kat dalam tu memang mengancam.

Thursday, 9 February 2012

scene muzik indie -

ok gua sambung balik kerja gua yang terbengkalai dulu.
nasib baik la gua bukan kerja arkitek.
kalau gua kerja arkitek, gua berani jamin la mesti banyak pelan yang gua lukis, sekali tengok macam gambar jamban je.

patah balik kepada sembilan belas tahun yang lampau, gua memang dah menjadi sessionist kepada salah sebuah band yang memang established baik punya kat kampong gua.
ya. itu jam baru darjah lima.
jangan buat-buat terkejut. ini cerita bukan main-main punya.
bukan kecik-kecik anak bilis punya hal.

setakat budak-budak sekolah menengah yang takde benda nak stadi lepas PMR lepas tu terkial-kial nak buat band, rentikan.
semua gua tapau habis.
jangan nak buat style berlagak kat gua.
lu orang baru nak bersepah belajar main gitar, gua dah ada band dah.

tapi jodoh gua dengan band tu tak panjang.
masalah paling perdana yang gua hadapi ialah, lagu-lagu yang band tu main, haram satu pun tak sesuai dengan jiwa muda memberontak gua ni.
last-last gua tarik diri.
tak sampai pun enam bulan.

haa lagi satu masalahnya, gua tak dapat nak hisap rokok masa tengah jamming.
kalau nak pekena rokok pun, kena time rehat.
itu pun main hisap curi-curi kat belakang tandas dewan.
lu orang nak mampos ke apa hisap rokok depan orang-orang tua.
kat situ juga kena tempeleng.

ini cerita serius betol punya tau.
lu orang jangan ingat gua temberang ke apa.
ingat budak darjah lima tak reti main kompang ke?
cilake.


 

Monday, 6 February 2012

scene muzik indie

mengimbau kembali zaman gua muda-muda dulu, sebenarnya gua dah into main alat muzik ni start dari sekolah rendah lagi.
gua siap join geng-geng otai sebaya ayah gua lagi tu.

gua diserapkan ke dalam band secara seawal umur gua 11 tahun time tu.
cilake!
gua tak boleh nak menaip dah.
otak tengah tepu.
baik gua berhenti dulu.

ini dinamakan skill berhenti menulis sebelum cerita menjadi cincai.
tata.

Friday, 3 February 2012

gempur wira sehelai

gua cilok dari MNFT fesbuk. nak harap gua buat benda-camni? jangan bergurau. main microsoft words pun gua tak lepas lagi.





selepas team perak, ini team yang gua layan.
permainan biasa-biasa je.
standard la style malaysia main.
maki hamun masa tengok tu memang dah jadi lauk-pauk dah.

tapi ada satu yang special pada team ATM ni - penyokong dia.
gua tak boleh nak sifatkan penyokong-penyokong ATM ni macam ultras.
sebab ultras pun kalau tengok penyokong ATM ni, silap-silap boleh terus insaf dibuatnya.


kalau ultras claim energetic, perhatikan penyokong ATM.
kalau ultras claim patriotik, perhatikan juga penyokong ATM.
kalau ultras nak lawan gendang, haa ni memang sah-sah rentikan la nak lawan penyokong ATM.
ni set-set siap bawak trumpet, saksofon semua.


ultras pun happening jugak.
tapi ini penyokong ATM akan bagi 2 atau 3 kali ganda dia punya happening.
mungkin boleh membawa kepada 12 juta kali ganda punya happening.


satu hari nanti nak je gua tengok ATM main piala apa-apa je la kat bukit jalil tu.
kalau budak-budak ultras tak melopong tengok style penyokong ATM ni, gua bagi lu orang lesen pukul gua ramai-ramai.


ok sekarang gua tengah tunggu raja datang nak take over duty gua.
tenang sikit gua nak ke stadium.

buat dosa

entah apa jin yang merasuk gua time-time macam ni gua layan la maharaja lawak.
menengok kepada minggu muzikal, power-power jugak lawak dorang.

tapi yang paling power gua rasa ialah amir.
kalau lu orang tak kenal dengan amir ni, memang sia-sia je la hidup lu orang bila gua bubuh penampar.


sebetulnya gua takde hal la sangat kalau malaun ni nyanyi bersepah atau ke laut mana sekali pun.
dah nama pun rancangan lawak kan.
kalau nak pandai nyanyi, join la akademi fantasia.
siap dapat pakej membangangkan diri sendiri lagi tu.


tapi yang haram jadahnya, melawak pun jahanam.
kepala bana apa?
kalau ada pun yang tergamak gelak, gua saspek yang gelak tu pun mungkin sedar mara dia je la kot.

Tuesday, 24 January 2012

motor kojek memang cilake

jumaat lepas, gua memang dah berkobar-kobar dah nak pegi stadium selayang sebab nak tengok ATM main bola.
liga premier.
jadi macam biasa, kenderaan rutin gua nak pergi stadium tentunya motosikal.
selalu kalau setakat ke bukit jalil, atau ke stadium shah alam tu, gua sesah motor etong je.
walaupun hanya sehelai motor kriss cabuk, tetapi tak pernah mengecewakan gua.
malahan selalu je gua sampai awal melebihi waktu yang terjangka.

tapi ini kali gua ingat nak lenjan motor kojek la pulak.
memandangkan dah lama jugak gua ushar motor dia kat parking tu cantek je lepaknya.
lebih-lebih lagi melihatkan kepada rupa fizikal dan data tekniknya yang gua rasa boleh membawa kepada tujuh atau lapan kali ganda lagi jahat dari motor etong tu.
memang nampak macam motor baru laa..

jadi dengan tak pikir panjang sangat, gua terus je sms mintak pinjam motor. 
sebab itu jam kojek dah on the way balik kuantan.
sms tu kira langkah susulan yang gua ambil setelah mesej yang gua hantar melalui fesbuk tidak mendapat respon.
padahal terang-terang kat situ gua nampak dia online.
cilake.

"takde hal tuan. kunci motor dalam laci meja. meja kat dalam bilik. kunci bilik kat dalam kasut adidas. kasut ada kat rak kasut. rak kasut ada kat dalam bilik." 

panjang pulak sms yang lahabau tu reply. berpinar jugak gua nak baca. walaupun sekali imbas. cilake ni jawab pendek-pendek cukup la. 
macam la gua ni bebal sangat tak boleh nak paham.

"ok cun!" haa nampak. gua demo sikit kat dia cara nak reply sms kasi sependek yang mungkin.

itu jam baru pukul 3 petang. game start pukul 4.45 petang.
so kung kang kung kang perjalanan tambah pakej sesat nak cari stadium lagi, pukul 4 petang baru gua rasa nak gerak.
gua takde nak goyang sangat sangat sebab gua tau motor kojek ni jenis motor laju jugak.
gua berani cakap la sebab gua penah tengok motor jenis motor kojek ni berlumba kat cub prix kat tv3 tu.


lebih sikit pukul 4 tu, sesudah gua siap nak keluar, gua singgah ke bilik kojek.
nak ambil kunci motor.
masa gua nak keluar bilik tu, sempat jugak gua melontarkan pandangan ke langit dan ke ufuk sebelah KL tu.
langit gelap je. memang nak hujan la tak lama lagi ni.


hujan-hujan la baru best nak merempit atau tengok bola. nama pun nak pergi tengok bola, kalau nak pergi berdating atau buat maksiat lain cerita la - monolog gua.


sampai je kat depan bilik dia, gua dah jadik konfius.
kepala bana apa mana pegi dia punya rak kasut?
kata kunci bilik ada kat dalam kasut.
kasut kat atas rak.
gua memang pasti yang gua takkan tersalah bilik punya.
nak salah kejadah apa kalau bilik kojek tu depan bila gua je.
makan dalam lapan langkah, sampai la ke bilik dia tu.


tak puas hati punya pasal, gua seluk kocek sambil gua rentap henset nak baca balik sms yang dia bagi tadi.
selepas khatam mebaca sms tu dalam tiga kali ulang, serentak itu jugalah gua terajang pintu bilik dia.


nakharam apasal la gua pun satu bebal jugak sebab cantek punya reply 'ok' kat dia.
cilake.



Sunday, 22 January 2012

test market II

lemigo

entah mana punya poem kat fesbuk gua sebat, jadik la benda ni.
sebutan pun gua pelat lagi.

Friday, 20 January 2012

test market

 u dun no mi


ni gua saja nak try benda alah camne nak letak lagu.
makan minggu jugak gua try ni.
last-last ini je hasilnya.

lagu pun tak siap habis lagi.
tapi lirik ni orang lain punya.
gua sebat dari mana punya fesbuk entah.