sejak akhir-akhir ni, gua sangat bermotivasi untuk datang kerja dengan kadar yang lebih awal.
gua pun tak tahu entah mana punya jin yang dah bersarang dalam badan gua.
sebab sepanjang gua berkelana selama kurang lebih dua tahun kat subang ni, memang haram time kerja pagi gua asyik kantoi je.
dan satu benda lagi yang gua perasan, produktivi hasil kerja gua - cemerlang.
kerja-kerja yang boss gua taichi, semua gua tapau selamber je takde kesian. semua gua setelkan secepat yang mungkin.
dan hasilnya - gua sudah ketagih main game kat komputer ofis gua.
game yang gua tengah layan ni bukan kecil-kecil anak punya game tau. ini game main tembak-tembak naik fighter jet punya.
gua bila tengah layan game ni, dia punya feel memang lain macam datangnya.
khusyuk dia sampai gua dah tak ingat jam dah pukul berapa ke, perut kenyang ke tak, atau pagi tu gua dah berak ke belum.
kena pulak time sekarang ni ada dua ekor kutu yang join gua gila main benda alah ni.
huh memang naik la tocang gua.
tapi memang sudah menjadi lumrah manusia, walaupun bendanya free, tapi kalau takde bet, memang tak datang feel dia tu.
selalunya benda-benda haram lagi terkutuk ni gua selalu buat dengan hafiz.
side bet.
kira lawan sape dapat markah paling tinggi dalam sesuatu tahap tu, dapat la kena belanja paling cikai pun lunch dengan orang yang kalah tadi.
satu benda yang gua perhatikan si hafiz ni, kalau kutu ni tengah main game, makam dia ni lagi dahsyat daripada gua.
jangan la buat-buat pasal nak tegur dia ke, atau tanya soalan kat dia. memang dia buat bangang je.
kalau bagi salam pun belum tentu dia jawab lagi.
khusyuk dia ni memang lain macam.
sampai la ada satu pagi, gua dengan hafiz bertarung seperti rutin sebelumnya.
tapi kali ni, nilai bet bukan calang-calang punya.
nasi arab setengah dulang tu! semangat taknak kalah.
habis je satu stage, gua dah tanamkan keyakinan yang gua bakal melahap nasi arab tengah hari tu.
bukan setakat rasa je, tapi gua sangat pasti yang itu adalah antara score yang paling tinggi yang pernah gua buat dalam sejarah penglibatan gua di arena main game tembak-tembak ni.
habis je gua patah-patahkan jari kasi bunyi sikit dan menggeliat mana yang patut, gua pergi jenguk ke ofis hafiz.
tengok daripada gaya muka dia yang berkerut-kerut sambil mulut tak lekang daripada maki hamun, sedikit sebanyak dah mendatangkan goyang ke atas gua.
cilake! lahanat ni tak habis lagi stage ni! tak meletup lagi ke kapal terbang dia ni?
ada harap gua kena sesah ni.
gua malas nak tegur dia. sebab gua tahu, kalau gua tegur pun, bukannya dia nak respons pun.
makanya slow-slow gua menapak ke arah hafiz, dengan niat untuk mengushar sikit berapa score yang dia dah dapat.
dan di kala mata gua tertancap tajam ke skrin komputer tu, gua tak cakap banyak dah.
berterabur monitor dia tu gua terajang. siap dengan CPU sekali gua hempas ke dinding.
bangsat punya lahabau!
tak penah lagi dalam sejarah hidup gua, tengok orang main solitaire sampai berkerut-kerut dahi apa bagai. siap maki hamun sumpah seranah segala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment