Tuesday, 29 November 2011

le tour d'aidilfitri - macam ni punya penghulu pun ada

raya baru-baru ni, gua balik kampong gua kat johor tu. sekali dengan mak dengan dua ekor adik gua.
sebenarnya takde plan pun nak balik sana, tapi sebab mak gua dah kena hasut dengan adik-beradik dia masa raya pertama tu, terus notis satu jam, henjut ke sana.

sampai je kat kampong gua tu pun dah tengah malam, makanya esok je la start jalan-jalan ke rumah sedara mara yang gua saspek gua sendiri pun belum tentu kenal lagi.

sehinggalah tiba di satu kampong parit apa entah gua tak ingat, memang sah. gua memang tak kenal dengan apa yang mak gua claim orang tu adalah sepupu gua.
kira adik beradik la dengan mak gua. ya memang.
siap tok penghulu kampong tu pun mak gua kenal sekali.

tapi apa yang best kat kampong tu ialah gua ushar persekitarannya cukup bersih. kalah area kampong sungai labu kat labuan tu.
rajin jugak orang-orang kampong sini ek. gua rasa la.

cilake la! apa gua ngarut ni?
mana cerita penghulunya?
lain kali la gua sambung! sial la talipon kat ofis tak habis-habis nak memekak.
potong betol gua nak menaip.

Wednesday, 23 November 2011

garuda di dada wak dollah

macam biasa, setiap dua minggu, gua akan ke meru, klang untuk berjumpa wak dollah.
adapun tujuan gua selalu mengadap wak dollah ini bukan la kerana gua nak menuntut ilmu batin ke apa.
jauh sekali untuk mengushar anak dara dia. sebab anak-anak dia semuanya jantan. ada tiga orang semuanya.
dah tu pulak muka sekor-sekor memang tak tumpah macam pengangkut sawit. lu orang pandai-pandai la bayangkan sendiri. malas gua nak cerita lebih.
maklum je la, wak dollah ni seorang migran indonesia. datang ke malaysia dah berpuluh tahun buat kerja bagai-bagai.

selain daripada membuat kerja kampong yang berbagai-bagai tu, satu lagi appointment tak rasmi wak dollah ini adalah tukang urut kaki gua.
lebih tepatnya di bahagian lutut.
sebab sejak gua abis semua sesi fisio ACL gua, lutut ni masih lagi tak recover sepenuhnya.


jadi untuk melengkapkan rutin jadual dua minggu sekali gua tu, semalam gua bertandang ke rumah wak dollah macam biasa.
usai gua parking motor, gua nampak wak dollah tengah melepak depan rumah tengah melayan gudang garam.
macam biasa, attire rasminya ialah kain batik jawa mana entah dengan tak berbaju.


tapi kali ni riak muka dia lain daripada biasa. tak senyum sambil angkat tangan kat gua macam selalu.
gua saspek ni mesti tak lain, kes emosi tak stabil la ni.
nak kata bergaduh dengan bini, mustahil.
sebab dia bagitau bini dia dah tujuh tahun lari ikut mat bangla.

"apa cerita ni wak? muka macam tempe je." sapaan gua yang pertama. gua memang boleh sembang lebih kurang je dengan wak ni walaupun dia ada la 40 tahun lebih tua dari gua.


"kamu nonton nggak laga sepak bola kelmarin?" soalan gua tak berjawab, dia boleh tanya gua balik pulak tu. ini sudah cilake!


belum sempat gua menghentikan langkah, gua terus buat u-turn, naik motor balik dah terus start enjin.
sebelum gua tekan gear satu, sempat gua menjerit kat orang tua tu;


"babi la wak! gua datang balik lagi dua tahun la! lepas habis sukan sea yang satu lagi tu. ptuihh!!"

Thursday, 10 November 2011

le tour d'aidilfitri

pada penghujung syawal yang lepas baru-baru ni, gua kena pergi kuantan. buat currency.
alang-alang dah nak ke kuantan tu, gua belok sekejap ke temerloh.
singgah rumah member gua.
lagipun raya pun belum abis time tu. raya kan sebulan.
pegi lantak la kalau puasa cukup sebulan ke tak, tapi raya tetap nak sebulan jugak.

sampai je rumah member gua tu, memang dah ready dah dengan juadah-juadah yang standard dihidangkan masa raya.
standard dalam konteks pengertian gua di sini ialah selain daripada kuih yang dalam balang tu, paling senang nak buat ialah nasi himpit dengan kuah kacang.
dan benda itulah yang gua hadap.

lepas je selesai salam dengan mak dia, gua tengok muka mak dia macam berkerut-kerut persis sedang mengingati sesuatu.
sambil mata tepat ke muka gua.

"hmm muka anak ni macam biasa makcik tengok latapi makcik lupa dah kat mana." sambil tak habis berkerut lagi muka makcik tu melemparkan soalan.

huh cilake!
buat cemas gua je makcik ni. tak pasal-pasal gua tengok member gua yang kat sebelah tu pun join cemas sekali.


memang gua tak silap, inilah kali pertama gua jumpa mak member gua ni. tapi termasuk kali ini, baru dua kali gua datang temerloh.
pertama kali, itu lebih kurang dua tahun lepas.


ok gua ngaku, masa pertama kali jejak temerloh ni, ada jugak gua layan karok dengan kutu-kutu berahak area sini.
tapi seingat gua, itu jam takde pulak stok-stok makcik yang datang hinggap kat bilik tu.


setelah lebih kurang dua minit makcik tu bergelut nak mengingatkan kat mana dia penah tengok muka gua, maka dia pun surrender.

fedap punya pasal, makcik tu pun gerak berundur ke dapur. buat apa yang patut.
gua dengan member gua pun selamber melantak nasi himpit sambil borak-borak najis.


belum pun sampai separuh pinggan nasi himpit tu gua telan, mak member gua tu keluar dari dapur langsung menuju ke arah gua.


"haaa makcik dah ingat dah kat mana makcik penah tengok kamu.."


cilake!
biar betul makcik ni. nak termuntah nasi himpit yang gua baru telan tadi.
cemas yang gua rasa tadi pun belum habis hilang lagi, makcik ni dah bagi gua cemas balik.

"haaa makcik dah ingat dah. kamu ni yang pernah keluar kat tv masuk program imam muda tu kan..?" sambung makcik tu dengan wajah yang beria-ia sambil jari telunjuk tepat menghala ke arah gua.

dari raut mukanya, orang tua ni memang bukan buat lawak tak tentu hala ni. ni dia cakap ikhlas punya ni.


kali ni memang betul-betul gua muntahkan nasi himpit tu.
hehehe sambil tersenyum, gua bangun slow-slow seraya menuju ke bilik air.
hajat di hati nak pekena wudhu' barang seround dua. kasi lagi cerah nur yang ada kat muka gua ni.

tak sampai tiga langkah, gua patah balik. kembali duduk bersila elok-elok. kepala hotak apa nak amik wudhu' time gua mandi wajib pun belum lepas lagi ni.

gua capai balik pinggan nasik himpit gua yang ada baki separuh lagi tu.
sebelum gua masukkan dalam mulut, sempat gua buat satu penipuan besar;

"hehehe saya la tu, makcik. tapi tersingkir kat minggu keempat. hehehe."







Tuesday, 8 November 2011

tribute to irwan razali a.k.a samseng - Ep 1

lahabau ni merupakan skot gua kadet dulu. satu rumah dengan gua lagi.
disebabkan cilake ni nak kawen dalam sebelas haribulan sebelas ni, gua up satu entri untuk dia.
umur dah tiga puluh satu dah gua rasa.
kenapa dia umur tiga puluh satu baru nak kawen?
haa itu nanti gua up satu kali lagi.
lepas gua balik dari kenduri dia kat mersing.
lajak sikit ke tioman masa tu.


haa malaun yang kat depan sekali cekak pinggang tu dia la tu. itu bukan saja-saja posing macam tu, tapi tu baru lepas makan pelempang kidal gua. tu yang separuh berpusing tu.

 

raya aji

haaa sekarang baru boleh wish.
jemaah dah siap melakukan semua rukun-rukun haji dah.
gua rasa la.
mengikut perkiraan dan research yang gua buat sendiri berdasarkan falaq, tarikh, hari, masa, jumlah rukun yang sempurna tanpa kantoi kena dam.

gua walaupun lambat lagi nak naik haji, tapi gua tetap dah stadi start dari sekarang tau.
pergi anfield dulu, baru pegi mekah.

dam yang gua maksudkan kat atas tadi, bukan la benda haram jadah ni. ni dam mana entah pakai tutup botol heineken. cilake!

Monday, 7 November 2011

sonata musim haji

pabila gua hanya dapat menatap muka baby dia, gua tahu dia sedang bahagia.

tatkala gua secara otomatik tersenyum ikhlas, gua tahu yang gua juga bahagia jikalau melihat dia bahagia.

langsung apabila gua kembali ke tetingkap halaman fesbuk gua, gua juga tahu yang perasaan gua ke dia belum ada surutnya lagi.

dan tatkala akhirnya gua tutup laptop gua, dengan tuala, seraya melakukan terjun tiruk sehingga menjerit katil gua, gua kembali ke alam realiti dan merasakan yang diri gua ini tak ubah seperti seekor pungguk. ptuiihh!!