macam biasa, setiap dua minggu, gua akan ke meru, klang untuk berjumpa wak dollah.
adapun tujuan gua selalu mengadap wak dollah ini bukan la kerana gua nak menuntut ilmu batin ke apa.
jauh sekali untuk mengushar anak dara dia. sebab anak-anak dia semuanya jantan. ada tiga orang semuanya.
dah tu pulak muka sekor-sekor memang tak tumpah macam pengangkut sawit. lu orang pandai-pandai la bayangkan sendiri. malas gua nak cerita lebih.
maklum je la, wak dollah ni seorang migran indonesia. datang ke malaysia dah berpuluh tahun buat kerja bagai-bagai.
selain daripada membuat kerja kampong yang berbagai-bagai tu, satu lagi appointment tak rasmi wak dollah ini adalah tukang urut kaki gua.
lebih tepatnya di bahagian lutut.
sebab sejak gua abis semua sesi fisio ACL gua, lutut ni masih lagi tak recover sepenuhnya.
jadi untuk melengkapkan rutin jadual dua minggu sekali gua tu, semalam gua bertandang ke rumah wak dollah macam biasa.
usai gua parking motor, gua nampak wak dollah tengah melepak depan rumah tengah melayan gudang garam.
macam biasa, attire rasminya ialah kain batik jawa mana entah dengan tak berbaju.
tapi kali ni riak muka dia lain daripada biasa. tak senyum sambil angkat tangan kat gua macam selalu.
gua saspek ni mesti tak lain, kes emosi tak stabil la ni.
nak kata bergaduh dengan bini, mustahil.
sebab dia bagitau bini dia dah tujuh tahun lari ikut mat bangla.
"apa cerita ni wak? muka macam tempe je." sapaan gua yang pertama. gua memang boleh sembang lebih kurang je dengan wak ni walaupun dia ada la 40 tahun lebih tua dari gua.
"kamu nonton nggak laga sepak bola kelmarin?" soalan gua tak berjawab, dia boleh tanya gua balik pulak tu. ini sudah cilake!
belum sempat gua menghentikan langkah, gua terus buat u-turn, naik motor balik dah terus start enjin.
sebelum gua tekan gear satu, sempat gua menjerit kat orang tua tu;
"babi la wak! gua datang balik lagi dua tahun la! lepas habis sukan sea yang satu lagi tu. ptuihh!!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment