ok gua sambung balik cerita gua yang tertangguh tadi.
pagi pertama nak masuk sekolah, gua memang dah ready apa yang patut. beg sekolah memang gua tak bawa pun.
jadah apa nak bawa beg sekolah hari pertama time orang sibuk-sibuk nak daftar la apa bagai.
buku-buku paling busuk pun akan dapat dalam esok lusa.
walaupun ayah gua tak hantar gua ke sekolah, tapi beliau memang awal-awal dah brief gua apa nak buat semua.
siap teman gua masa nak tunggu bas sekolah.
"ok bang. nanti bila dah naik bas, kau rilek je. jangan turun sampai bas tu tiba kat sekolah tau. sampai kat sekolah, masuk je kelas mana-mana. nanti ayah sampai, ayah carik kau."
gua mengangguk tanda paham serba sikit arahan yang ayah gua lemparkan tu.
tanpa mengeluarkan sebarang suara, dalam hati gua, eleh arahan simple macam tu takkan la gua selaku hero ni tak boleh nak ikut kan?
hal kecik je semua tu.
"salah masuk kelas tu biasa la time mula-mula sekolah ni" sambung ayah gua.
bila bas datang, gua daki tangga bas tu sambil menghafal arahan yang gua bagi tadi.
gua port kat sebelah siapa entah gua pun dah tak ingat.
bas meluncur sehinggalah ayah gua hilang daripada pandangan.
setel satu hal.
sepanjang perjalanan dalam bas tu, gua buat-buat rilek sambil pandang sekeliling budak-budak dalam bas.
gua saspek yang sebaya gua ada la dalam dua tiga ekor kot.
yang lain semuanya brader-brader yang mungkin akan menjadi senior gua.
sampai je bas tu kat sekolah, gua ikut arahan ayah gua tu satu persatu.
ikut orang turun bas, lepas tu main langgar je nak duduk kat kelas mana.
sekolah tu pun takde la besar mana sangat, so konfem-konfem ayah gua memang tak akan ada masalah la kalau nak carik gua nanti.
gua saspek paling koman pun kalau ayah gua sesat, dalam dua jam mesti dah boleh jumpa gua dah.
sambil-sambil gua menunggu, gua tengok kiri kanan.
kali ni baru dapat tengok gelagat budak-budak sebaya gua dalam kelas tu.
macam-macam punya perangai ada.
yang gelak ketawa sebab dapat satu kelas dengan geng kampung pun ada, yang melalak teriak usah cerita la. lagi ramai.
siap ada yang peluk kaki mak bapak sebab nak balik tu.
gua pun tak paham apa la masalah dorang ni.
suruh duduk kat sekolah je pun, bukannya kena penjara nak teriak bagai.
bosan gua menunggu, gua tegur member sebelah. bukan niat nak buat kawan, tapi nak tanya masa sebab gua nampak dia pakai jam kaler merah.
pehhh kecik-kecik dah pakai jam. entah tau ke tak baca jam tu.
gua try tanya pukul berapa, dia tak jawab.
hanya sekadar menyuakan tangan untuk gua tengok sendiri jam pukul berapa.
huh! sah memang bangang budak ni tak reti baca jam.
mak aaiii ni dah makan 4 jam dah ni gua duduk lepak bangang je dalam kelas tu.
mana pulak pegi ayah gua ni?
ok gua bagi sampai setengah jam lagi, kalau ayah gua tak muncul jugak, gua nekad balik rumah jalan kaki.
lagipun gua sempat buat kira-kira masa dalam bas tadi, laluannya agak familiar dan jarak sekolah tu takde la jauh sangat.
tak sampai sepuluh minit, ayah gua muncul di muka pintu kelas.
tanpa melangkah masuk ke dalam kelas, beliau hanya melambai dari situ dan memberi isyarat seakan-akan 'kau keluar sekarang!'.
"jom!" sepatah sahaja perkataan yang ayah gua paculkan sambil menarik tangan gua.
"nak ke mana, ayah? gua salah kelas ke?" gua berani nak tanya balik sebab awal-awal lagi ayah gua dah sound kalau setakat kes-kes salah masuk kelas time hari pertama ni, memang biasa dah orang buat.
"saper suruh kau turun kat sekolah ni? kau ni bukan setakat salah kelas, ni dah tahap sekolah pun kau salah masuk ni tau tak."
"hehehe mana la gua tau. gua ikut arahan ayah je tadi. ayah tak bagi tau pun yang bas ni pergi sekolah lain dulu sebelum pergi ke sekolah gua. gua tengok orang turun, gua pun selamber la turun."
ayah gua diam je buat-buat tak dengar. tapi gua pasti yang dia tak dengar la sebab gua cakap dalam hati je time tu.
itu hari merasa jugak gua naik motor mana entah yang ayah gua pinjam.
pukul dua petang baru daftar sekolah.
amacam? tak cukup indie lagi ke macam tu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment