balik je daripada survival, gua tengok badan sekor-sekor memang jelas nampak rangkanya.
mana yang dulu badan yang sedap-sedap ada isi pun, boleh nampak dia orang punya tulang rusuk dah.
badan gua tak payah cerita la. menten.
kurus je selalu.
tapi yang gua peliknya ada satu - kutu-kutu yang dah kawen, semuanya bawak cenderamata dari hutan.
tongkat ali.
tapi memang gua tak nafikan pun, area hutan yang kami port tu memang kaya dengan khazanah tongkat ali.
sebab kadang-kadang gua perhatikan masa dalam hutan, puak-puak tu bukannya nak pegi mencari makanan ke, buru rusa ke, babi ke.
tapi sibuk tebang pokok tongkat ali.
cibai punya perangai.
sampai je kat bilik, letak barang apa semua, dengan separuh bogel benda pertama yang gua sambar dulu adalah megi.
lapar punya pasal kena alas perut makan megi dulu.
sebelum keluar pekan melahap pizza ke, burger king ke, mcd ke, gulai kawah ke.
dengan berbekalkan dua bungkus megi perisa kari dan tomyam di tangan, gua melangkah laju menghala ke bilik depan.
sebab bilik depan je yang ada cerek nak buat air panas.
malas nak cari mangkuk punya pasal, on the way lalu pintu belakang tu gua singgah tandas ambil gayung.
basuh lebih kurang, gua bawa sekali gayung tu ke bilik depan.
kurang sepuluh langkah, sampai la gua ke tempat jibauk bilik depan portkan dia punya cerek.
gua goyang-goyangkan je cerek tu.
"huh berat ni. mesti penuh air. cukupla tu buat rendam megi segayung." malas gua nak buka penutup cerek tu.
gua terus tekan suis cerek tu. tunggu barang 5-6 minit untuk air tu mendidih.
sambil dua bungkus megi tu gua dah campur menjadi satu dalam gayung kaler hijau muda.
tik! bunyi suis cerek tu tendang balik menandakan bahawa air dah cukup mendidih.
eh lupa gua nak selit tadi. sementara menunggu air tu mendidih, gua pekena surya sebatang yang gua memang dah siap-siap selitkan kat celah telinga hehe.
tanpa cerita banyak, gua terus siram megi yang kat dalam gayung tu dengan air mendidih.
pedih mata sikit sebab asap berkepul naik ke atas.
tapi itu semua gua anggap dugaan time lapar.
lapar time bulan puasa punya dugaan pun takde hebat camni.
setel satu benda, mata gua pulak meliar mencari apa yang patut untuk dibuat petutup gayung tu.
cun! dah jumpa.
lahanat mana pulak yang berani letak buku undang-undang kat celah rak pinggan ni.
nasib la.
rokok surya gua masih bersisa dalam setengah inchi lagi.
gua plan nak lepak bilik member jap borak-borak sambil tunggu surya tu habis gua sedut.
tapi yang palatnya gua tengok kutu-kutu lain semua dah macam mayat hidup.
ada yang baring atas katil, ada yang tengah hisap dam sambil mengenang nasib, yang tertiarap atas lantai macam baru lepas kena langgar lori pun ada juga.
ok kembali ke port gua rendam megi tadi.
cun. megi pun dah sedap-sedap kembang, gua tak tunggu lama terus masukkan perncah kari + tomyam.
ini first time. gua pun tak tau macam mana rupa rasanya lagi.
kacau kasi sebati.
sambil tu gua usung bawa ke bilik gua.
kalau makan kat situ, alamat boleh dua sudu je la gua telan.
belen sah-sah la kena pow dengan mangkuk-mangkuk yang pemalas nak masak tapi rajin nak mencekik.
berhati-hati gua melangkah dengan senyap takut kantoi.
tapi gua dah buat bekap plan dah kalau kantoi.
sebab benda ada dalam gayung, gua boleh cakap yang gua tengah bawak air sabun buat nak basuh jamban ye tak? hehe brilliant.
sampai je kat bilik, gua tutup pintu slow-slow.
haron dengan arboq, roommate gua takde time tu.
gua pun tak tahu ke mana dorang berdua pegi melingkup.
selamat.
cibai panjang pulak cerita gua.
ok gua pendek kan la.
tapi lain kali la gua pendekkan sebab gua pun dah tak tahan nak berak ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment