Wednesday, 25 July 2012

taip-taip ramadhan - sedekah

petang tadi gua ada majlis berbuka puasa kat masjid.
masjid depan pangkalan ni je.
kalau ikut jadual, gua memang kena datang awal.
sebab tugas gua kena set up meja-meja vip.

balik kerja tadi dalam pukul 4 petang.
macam biasa, gua masuk bilik benda pertama yang gua capai dulu bukan la remote tv seperti selalu.
11 bulan dalam setahun ni kalau gua balik kerja je mesti capai remote tv dulu, ini kali dalam sebulan je apa salahnya kalau gua bagi keutamaan sikit pada remote aircond ye tak?
bukan selalu pun.

kira ok la tu gua capai remote aircond dulu.
kalau gua capai pintu peti ais dulu, itu dah jadi lain cerita dah.
ok itu tahun lepas punya cerita.
tahun ni, kita buka buku baru. macam tahun-tahun sudah.

lepas asar je, gua terus bantai membuta.
padahal itu jam baru pukul 5 petang.
sampai gua tengah menaip 'sampai' ni, gua masih lagi tak henti berfikir macam mana gua boleh nyenyak tido macam tengah pukul 5 pagi.

gua sedar-sedar je buka mata dah pukul 7.05 petang.
itu pun sebab miskol yang ke 14 kalau gua tak silap.
daripada macam-macam nombor. yang sempat gua hadam ialah nombor etong, azreen dan juga gua punya bilik operasi je. 
nombor-nombor lain, gua tengok sekali imbas.
dan ini memang tak lain la tujuannya, mesti tengah kelam-kabut sebab gua tak muncul-muncul lagi ni.

cerita dari pukul 5 hingga ke pukul 7.05 petang tu gua skip la.
tapi kalau gua nak cerita pun, apa benda jadah yang gua nak cerita?
time tu sah-sah la gua tengah sedap membuta.
mimpi pun takde yang singgah.

tahap menggelabah gua lepas bangun tido tu tak payah sembang la.
tau-tau pukul 7.20 je gua dah terpacak kat masjid.
itu baru masuk pagar masjid, belum menapak ke khemah makan lagi tu.
nasib baik gua merempit naik motor.
kalau naik kereta, time nak parking tu je sempat jadi kosong pahala puasa gua dek kerana maki-hamun.

oleh kerana lambat, dan waktu buka puasa pun dah tak berapa nak lama lagi, jadi gua pun memang takde masa nak cari port lepak makan dengan geng-geng.
gua terus port je tempat duduk mana yang sempat.
gua toleh kiri kanan. haram sekor pun takde muka yang gua kenal.
ah lantak la. gua datang nak buka puasa. bukan nak bertumbuk.
buat apa nak ada geng-geng ni.

tak sampai penat gua hilang lepas melabuhkan bontot gua, azan pun berkumandang.
menandakan waktu... aahh lu orang tau-tau sendiri la waktu apa time tu.

lepas je gua selesaikan dua gelas air bandung, sebiji kurma celup gula dan sebiji karipap pusing encik pi'e, gua terus meraba-raba poket gua untuk melakukan satu rutin harian gua selepas makan.
ah cilake!
poket gua kosong! ni mesti pasal gua kelam-kabut la ni tadi.
yang ada berisi pun cuma poket kanan je. itu pun benda yang tak berfaedah seperti henset.

terus hati gua tak tentu arah.
nak solat maghrib macam mana kalau hati tak keruan macam ni. memang tak khusyuk la penangannya.
gua pandang keliling sekali lagi.
dan memang sah!
takde sekor kutu pun yang gua kenal kat situ.
gua nekad. gua memang kena lakukan sesuatu ni.

"dalam bulan puasa ni.." seraya memalingkan muka gua ke arah brader yang duduk di sebelah kiri, gua membuka bicara.

"kita memang digalakkan bersedekah." gua menyambung. brader tadi membalas pandangan gua dengan muka yang separuh berkerut. mungkin dia ingat gua ni orang tak cukup akal agaknya.

"sebab ada satu hadis sahih dari Nabi SAW tentang kelebihan bersedekah di bulan yang mulia ini." gua tambah lagi.

"err errr ye.. ok.." brader tu mula cuak. mungkin masih tak paham lagi akan situasi yang sedang gua tanggung di kala itu.

"ok. jadi apa kata lu bawak-bawak la sedekahkan gua barang sebatang dua rokok. amacam? boleh?" gua berani mintak walaupun dia belum hisap rokok lagi time tu.
sebab gua ada perasan dan mengintai poket baju melayu dia belah atas, ada kotak rokok dunhill.

maghrib tu gua solat dengan tenang.

Monday, 23 July 2012

taip-taip ramadhan - kung fu

bila gua perhati balik dan renungkan ke arah diri gua sendiri, kadang-kadang gua rasa yang gua ni bukan la daripada golongan yang bersyukur.
gua macam tak bersyukur pula dengan apa yang Allah beri kat gua.
tapi itu kadang-kadang la.

bila tengok cerita x-men, mula la gua berangan nak jadi x-men.
tengok profesor x tu power, gua rasa macam nak jadi dia.
bila tengok magneto tu lagi power, gua rasa macam nak jadi magneto pulak.
lagi bila gua tengok wolverine tu lagi power, start la gua berangan nak jadi wolverine pulak.
pendek kata kalau gua dapat jadi mutant, mesti best.

pulak malam ni time gua tengah sedap layan cerita kung fu kat tv 3 tu, boleh pulak gua berangan nak jadi hero dia yang terer kung fu tu.
boleh terbang sana-sini, lompat sana-sini, tikam orang sana-sini.
dapat makwe cun sana-sini.

tapi macam sundal la pulak bila gua tengok time makwe masing-masing mati ke, kena tikam ke, sekor-sekor nangis macam beruk.
terus potong mood gua nak jadi hero.
cilake.

baik gua jadi mandingo. rilek je hepi. mana-mana pergi pun semua orang suka. tapi pompuan la. lelaki konfem jeles.

fuuhh cepat-cepat gua insaf bila pikir-pikir balik.

 

Wednesday, 4 July 2012

siapa bapak lu?

ok macam ni la. gua nak letakkan diri gua pada 10 atau 15 tahun atau mungkin 20 tahun yang future.
itu jam mungkin gua dah beranak pinak la.

gua ada seorang anak. tinggal bersama-sama gua. duduk dalam rumah gua.
memang dah menjadi tanggungjawab gua la perlu sediakan segala keperluan asas kepada anak gua.
bukan setakat keperluan asas je, tapi mungkin akan membawa kepada keperluan-keperluan bonus la sekali pakej dia datang.
itu dah menjadi tanggungjawab gua.

tapi ceritanya sekarang, anak gua ni sepanjang hidup sejak mengenal dunia, kerjanya asyik nak melawan gua je.
sekali dengan pakej memburuk-burukkan gua.
takde kerja lain.
apa yang gua cakap, semua dia nak bangkang.
apa yang kawan-kawan dia cakap, semua dia main sokong je.
 mana-mana kawan dia yang menyokong gua sikit, terus dia buang.
terus dia taknak kawan terus.

satu lagi asyik nak mencari salah gua.
gua ni pun bukannya malaikat sehingga tak pernah melakukan kesalahan.
gua pun buat benda-benda lagha dan tak baik jugak. (ini contoh, lu orang jangan percaya pulak. sial la ini contoh tau tak!)
tapi segala keperluan anak gua tak pernah gua nak abaikan.
walaupun dia selalu memburuk-burukkan gua.

siap kata gua kafir lagi sebab kawan dengan orang bukan islam.
tapi sekarang ni gua tengok bukan main ramai lagi kawan bukan islam dia tu.
siap boleh join duduk semeja lagi layan k-pop.

kalau lu orang la kat tempat gua, lu orang rasa lu orang puas hati tak.
nak minta sesuatu kat gua, tapi tak reti nak ambil hati gua.
tak ambil banyak, ambil sikit pun jadi la.
ini tak, haram langsung taknak ambil.

bila gua try nak sedekah ke, bagi duit kat saper-saper ke tanda penghargaan, cepat je cakap duit gua tu duit haram.
haram, haram jugak. tapi kalau gua hulur, tak cerita banyak terus ambil je.

ish banyak la kalau gua nak cerita kat sini tapi gua malas je.
kalau ajak bersembang gua rajin la. tak penat tangan nak menaip-naip ni.
kalau ajak berborak, tak sempat mulut penat gua dah sulam dengan teh tarik dah.

ni satu lagi yang terbaru dia nak minta paip air pulak.
dan-dan cakap tanggungjawab gua.
gua tau la tanggungjawab gua. tapi kalau dah hari-hari kerjanya nak menghentam gua je, lama-lama gua pun fedap nak bagi.
itu hari lu boleh minta derma, hah sekarang pergi la minta derma lagi.

cilake tak pasal-pasal gua terbuka cerita politik.
apa yang gua observe kat sekeliling ni, orang ramai sokong kerajaan bukannya sebab kerajaan ni bagus sangat.
dah nama pun politik, mesti sampah semuanya.
orang sokong kerajaan sebab pembangkang ni mengarut sangat.
tak kira la parti agama ke, atau parti liberal.
gua sokong agong je.

cerita ni gua start tulis dari pukul 9 pagi tadi.
tapi sebab kena buat kerja lain, terus terbengkalai cerita ni.
nak menyambung balik, huh memang bukan perangai gua la.
malas.