Wednesday, 25 July 2012

taip-taip ramadhan - sedekah

petang tadi gua ada majlis berbuka puasa kat masjid.
masjid depan pangkalan ni je.
kalau ikut jadual, gua memang kena datang awal.
sebab tugas gua kena set up meja-meja vip.

balik kerja tadi dalam pukul 4 petang.
macam biasa, gua masuk bilik benda pertama yang gua capai dulu bukan la remote tv seperti selalu.
11 bulan dalam setahun ni kalau gua balik kerja je mesti capai remote tv dulu, ini kali dalam sebulan je apa salahnya kalau gua bagi keutamaan sikit pada remote aircond ye tak?
bukan selalu pun.

kira ok la tu gua capai remote aircond dulu.
kalau gua capai pintu peti ais dulu, itu dah jadi lain cerita dah.
ok itu tahun lepas punya cerita.
tahun ni, kita buka buku baru. macam tahun-tahun sudah.

lepas asar je, gua terus bantai membuta.
padahal itu jam baru pukul 5 petang.
sampai gua tengah menaip 'sampai' ni, gua masih lagi tak henti berfikir macam mana gua boleh nyenyak tido macam tengah pukul 5 pagi.

gua sedar-sedar je buka mata dah pukul 7.05 petang.
itu pun sebab miskol yang ke 14 kalau gua tak silap.
daripada macam-macam nombor. yang sempat gua hadam ialah nombor etong, azreen dan juga gua punya bilik operasi je. 
nombor-nombor lain, gua tengok sekali imbas.
dan ini memang tak lain la tujuannya, mesti tengah kelam-kabut sebab gua tak muncul-muncul lagi ni.

cerita dari pukul 5 hingga ke pukul 7.05 petang tu gua skip la.
tapi kalau gua nak cerita pun, apa benda jadah yang gua nak cerita?
time tu sah-sah la gua tengah sedap membuta.
mimpi pun takde yang singgah.

tahap menggelabah gua lepas bangun tido tu tak payah sembang la.
tau-tau pukul 7.20 je gua dah terpacak kat masjid.
itu baru masuk pagar masjid, belum menapak ke khemah makan lagi tu.
nasib baik gua merempit naik motor.
kalau naik kereta, time nak parking tu je sempat jadi kosong pahala puasa gua dek kerana maki-hamun.

oleh kerana lambat, dan waktu buka puasa pun dah tak berapa nak lama lagi, jadi gua pun memang takde masa nak cari port lepak makan dengan geng-geng.
gua terus port je tempat duduk mana yang sempat.
gua toleh kiri kanan. haram sekor pun takde muka yang gua kenal.
ah lantak la. gua datang nak buka puasa. bukan nak bertumbuk.
buat apa nak ada geng-geng ni.

tak sampai penat gua hilang lepas melabuhkan bontot gua, azan pun berkumandang.
menandakan waktu... aahh lu orang tau-tau sendiri la waktu apa time tu.

lepas je gua selesaikan dua gelas air bandung, sebiji kurma celup gula dan sebiji karipap pusing encik pi'e, gua terus meraba-raba poket gua untuk melakukan satu rutin harian gua selepas makan.
ah cilake!
poket gua kosong! ni mesti pasal gua kelam-kabut la ni tadi.
yang ada berisi pun cuma poket kanan je. itu pun benda yang tak berfaedah seperti henset.

terus hati gua tak tentu arah.
nak solat maghrib macam mana kalau hati tak keruan macam ni. memang tak khusyuk la penangannya.
gua pandang keliling sekali lagi.
dan memang sah!
takde sekor kutu pun yang gua kenal kat situ.
gua nekad. gua memang kena lakukan sesuatu ni.

"dalam bulan puasa ni.." seraya memalingkan muka gua ke arah brader yang duduk di sebelah kiri, gua membuka bicara.

"kita memang digalakkan bersedekah." gua menyambung. brader tadi membalas pandangan gua dengan muka yang separuh berkerut. mungkin dia ingat gua ni orang tak cukup akal agaknya.

"sebab ada satu hadis sahih dari Nabi SAW tentang kelebihan bersedekah di bulan yang mulia ini." gua tambah lagi.

"err errr ye.. ok.." brader tu mula cuak. mungkin masih tak paham lagi akan situasi yang sedang gua tanggung di kala itu.

"ok. jadi apa kata lu bawak-bawak la sedekahkan gua barang sebatang dua rokok. amacam? boleh?" gua berani mintak walaupun dia belum hisap rokok lagi time tu.
sebab gua ada perasan dan mengintai poket baju melayu dia belah atas, ada kotak rokok dunhill.

maghrib tu gua solat dengan tenang.

No comments:

Post a Comment