Thursday, 30 August 2012

nasib baik gua bukan

atas bawah atas bawah gua scroll blog gua ni.
berhenti sejenak lantas berfikir.

rasa macam poyo pulak bila ada blog ni.
dulu masa gua mula-mula buat blog macam ni time tahun 2002 dulu, rasa macam biasa-biasa je.
sebab itu jam kat dalam malaysia ni, gua pun tak tahu, tapi boleh dibilang dengan jari kaki je la berapa ekor je kutu yang ada blog ni.

eh ini cerita betol tau. gua tak kencing punya.
time tu gua kat labuan.
lebih tepat lagi time tu gua dah habis orientasi kat mes.
lepak kat tower je la siang malam sebab baru kenal internet.
mirc, chatting, pondok puteri, laman porno itu semua gua cerita lain kali.
sebab gua tak nak lari daripada cerita blog gua.

format blog dan isi kandungan lebih kurang sama macam sekarang ni la.
cuma itu jam gua bercerita pasal hari-hari neraka gua masa orientasi.
dengan menyebut secara direct nama-nama orang yang bangsat kat situ.

(gua sebenarnya nak berhenti setakat di sini. tapi gua paksakan diri jugak. selepas perenggan ini, gua akan menerapkan skill penulisan yang dinamakan 'karangan cincai kira'.)

tak sampai 10 entree(gua rasa), blog gua terhenti sebab kena pergi kuantan.
lepas tu terus terhenti sampai ke sudah.
dan terus dilupakan.

sehinggalah 10 tahun berlalu, gua kembali.
jangan suruh gua cari blog lama punya adress.
sebab gua memang dah lupa habis.
yang gua ingat sikit-sikit pun ada perkataan 'falsafah' kat tajuk tu.

kalau nak google, memang ada berjuta-juta result la.
paling top pun keluar falsafah pendidikan negara.
apa kejadah gua nak buat dengan benda tu.
maka, gua pun buat la blog baru ni.

gua scroll up down up down lagi.
gua comparekan dengan berjuta-juta blog yang dah tumbuh kat negara ni.
alhamdulillah.
gua masih macam dulu lagi.
tak berubah langsung.
masih tak mainstream langsung.
itu yang gua nak.

walaupun ada juga mana punya malaun-malaun yang request jadi follower gua, gua persetankan semua itu.
gua pun jenis taknak follow blog orang, apa jadah gua nak orang follow blog gua pulak.

ingat. gua underground.
nak baca, baca. nak follow, meh sini gua bagi penerajang sedas.

Tuesday, 14 August 2012

taip-taip romadhon - belum lailatul qadar

semua sedia maklum bahawa kejohanan sukan olimpik di london berlangsung tatkala umat islam di seluruh dunia, atau mungkin hamba-hamba Allah yang menghuni seluruh planet-planet yang berada di bima sakti ini sedang menjalani ibadah puasa.
ok itu cerita lain.

cerita yang lain pula, time tu jugak la kalau pun tak 28 juta, mungkin berjuta-juta rakyat malaysia sedang menghadap tv melihat pertarungan penentuan pingat emas antara lee chong wei dengan seteru utamanya.
apa dia? tak tahu siapa yang lee chong wei lawan?
meh sini beratur depan gua sekor-sekor.
senang gua nak lempang bergilir-gilir.

nak cerita pasal tak pegi teraweh, baik tak payah la.
gua tidak berada dalam posisi itu.
sebab gua punya teraweh sendiri pun barai.
padahal gua dah siap set up kopiah dgn kain pelekat apa segala.
disebabkan nak singgah beli rokok kat mamak makbul tu je terus gua melekat sampai ke sudah.

masuk pulak cerita yang lain, gua dah tau dah sebab apa lee chong wei tak boleh nak menang.
walaupun semua rakyat malaysia bersatu hati dan berdoa agar beliau diberikan kemenangan.
itu malam doa belum cukup mustajab lagi.

sebab puasa belum masuk sepuluh (10) malam terakhir.
  

Sunday, 12 August 2012

ini bukan cerita raya

tiga atau empat tahun lepas, gua ingat tahun tu adalah tahun terakhir gua beraya sebagai orang bujang.

kadang-kadang bila gua tengok cerekarama aidilfitri yang stok sedih-sedih punya, ternampak macam:

mak gua tu dah macam pegang watak fauziah nawi.

gua pula macam biasa la, rosyam nor. hero kecundang.

haa yang watak umie aida tu gua dah tak ingat dah berapa ramai dah yang pegang watak tu.

tengok la tahun ni macam mana. ada lagi ke tak watak umie aida tu.

apa cilake pulak gua buat perangai up entree time-time nak asar ni. 
ini bukan sifat sejati gua ni.
gua saspek mungkin sebab penangan astro tayang cerita 'ombak laut china selatan' ni.
fauziah nawi main. lu orang mesti boleh agak macam mana jalan cerita dia.

Wednesday, 8 August 2012

azam kecundang

dua tahun dulu, atau mungkin beberapa tahun dulu, gua memang pernah berazam secara hardcore.
azam gua tu pun bukannya susah sangat.
dan takdelah besar sangat pun.

gua berazam nak bangun awal pagi-pagi, dan pergi kerja awal pagi-pagi jugak.

tapi, macam biasa, sampai la ke hari ni, gua boleh kira dengan jari kaki je berapa kali gua berjaya penuhi azam gua tu.
memang barai.
kalau gua berjaya pergi kerja awal pun, atas sebab-sebab yang takutkan.
seperti ada mesyuarat misalnya.
 
sehinggalah ke saat pagi tadi.
apabila berlambak kerja-kerja gua yang dah terbengkalai, tahap kesabaran boss gua sudah mencecah ke kemuncaknya.

"mana kau pergi semalam? sikit punya susah nak tengok muka kau pagi-pagi." boss gua menghamburkan kata-kata awal separa marah, separa tak marah. gua pun tak pasti samada beliau benar-benar serius atau sekadar berjenaka.

tapi untuk mengambil langkah selamat, gua anggap beliau serius je la. 
belum sempat gua nak mengambil nafas lega, beliau terus menambah;

"sia-sia je aku bagi kau perkhidmatan cemerlang tahun lepas kalau macam ni persembahan kau."

daripada gua baru je nak menghela nafas lega tadi, terus gua tahan je nafas gua.
memang tak boleh jadi ni. kena perlu menjawab balik ni.
kalau tidak, selama-lamanya gua akan ditindas dan disalaherti.
gua perlu jelaskan.

"err tuan.. yang tuan bagi perkhidmatan cemerlang tu, tahun lepas. sebab saya cemerlang tahun lepas. tahun ni saya tak cemerlang hehe. kalau nak bagi lagi, bagi la tahun depan pulak, baru saya cemerlang balik hehe.." rilek je gua balas.

tapi itu semua gua balas dalam hati la.
boss gua tak dengar. so beliau tak tahu la.
keh keh keh 
melainkan kalau beliau baca gua punya blog ni la hehe
 

Wednesday, 1 August 2012

jikalau mengikut nafsu - reloaded

ok sekarang gua punya demam dah kebah.

berkat dua bijik panadol berserta dengan selawat dan juga penyerahan yang penuh tawaddu' terhadap Yang Maha Kuasa.

berdoa time-time bulan puasa ni dia feeling tu memang datang lain macam.
tahap nak makan tengah hari pun siap baca doa buka puasa dengan penuh khusyu'.

kali ni gua punya entree pendek je.
sebab ada sekor kutu baru je sms gua.
macam biasa la aktiviti malam-malam bulan puasa ni.
melepak kat mapley janggut.

masing-masing konfem siap berkain pelekat pakej sekali dengan kopiah.
bukan songkok tau, tapi kopiah.
senang nak lipat katanya.

ini kes memang gua bukan saspek lagi dah, tapi gua memang yakin sangat-sangat la yang kutu-kutu ni menipu bini masing-masing.
ni semua teraweh taik kucing semua ni. 
 
nasib baik gua takde bini lagi.
kalau ada, konfem-konfem la gua akan berperangai macam dorang jugak.
cilake.

jikalau mengikut nafsu

kalau nak diikutkan sangat kehendak nafsu gua ni, memang berlambak benda-benda yang gua nak tarok dalam blog.
idea nak menaip tu memang selalu datang.
tak kira la cerita pasal apa pun.

tapi yang cilakenya, idea-idea tu selalu datang time gua tengah melepak merata-rata hala.
tak penahnya benda tu datang time gua tengah melepak depan laptop ni ha.

kalaupun gua cuba ingat pastu nak masukkan ke dalam blog, tiba-tiba tanpa aral melintang, benda tu lupa balik dan terus gua tak ingat apa-apa bila duduk je depan laptop.

pernah juga gua cuba nak try letak kesimpulan cerita gua tu dalam update status fesbuk.
tapi bila gua pikir-pikir balik, adalah menjadi satu benda yang tak masuk akal bila gua kejap-kejap update status, kejap-kejap update status.

sebab gua ni tercukup la menyampah tak agak bila refresh je fesbuk "10 minutes ago, 30 minutes ago, 1 hour ago, 2 hours ago", semuanya daripada orang yang sama.
kadang-kadang gua cuba jugak menyelami jiwa kutu-kutu yang kaki update status ni.
tapi hampa. gua tak cukup in.

gua yang hanya mem-view sahaja ni pun rasa macam nak termuntah, dorang yang meng-update tu takde rasa ke macam apa yang gua rasa.
muntah.

eh cilake gua sebenarnya nak cerita pasal gua demam hari ni.
pasal macam mana la si demam ni boleh jenguk gua time-time asar ni.
cuba la buat perangai datang ziarah gua time-time sebelum zohor ke, pukul 11 pagi tadi ke.
senang sikit kerja gua.
gua pun dah lama sangat tak gunakan ayat "macha! nasik puasa satu, teh ais ikat penuh satu. kasi bungkus."

haa nampak tak?
merujuk semula kepada 3 perenggan terawal kat atas tu, daripada gua nak menaip pasal demam, tak pasal-pasal pulak keluar cerita tentang kutu-kutu fesbuk.
inilah natijahnya kalau main taip up jadik je.