Wednesday, 8 August 2012

azam kecundang

dua tahun dulu, atau mungkin beberapa tahun dulu, gua memang pernah berazam secara hardcore.
azam gua tu pun bukannya susah sangat.
dan takdelah besar sangat pun.

gua berazam nak bangun awal pagi-pagi, dan pergi kerja awal pagi-pagi jugak.

tapi, macam biasa, sampai la ke hari ni, gua boleh kira dengan jari kaki je berapa kali gua berjaya penuhi azam gua tu.
memang barai.
kalau gua berjaya pergi kerja awal pun, atas sebab-sebab yang takutkan.
seperti ada mesyuarat misalnya.
 
sehinggalah ke saat pagi tadi.
apabila berlambak kerja-kerja gua yang dah terbengkalai, tahap kesabaran boss gua sudah mencecah ke kemuncaknya.

"mana kau pergi semalam? sikit punya susah nak tengok muka kau pagi-pagi." boss gua menghamburkan kata-kata awal separa marah, separa tak marah. gua pun tak pasti samada beliau benar-benar serius atau sekadar berjenaka.

tapi untuk mengambil langkah selamat, gua anggap beliau serius je la. 
belum sempat gua nak mengambil nafas lega, beliau terus menambah;

"sia-sia je aku bagi kau perkhidmatan cemerlang tahun lepas kalau macam ni persembahan kau."

daripada gua baru je nak menghela nafas lega tadi, terus gua tahan je nafas gua.
memang tak boleh jadi ni. kena perlu menjawab balik ni.
kalau tidak, selama-lamanya gua akan ditindas dan disalaherti.
gua perlu jelaskan.

"err tuan.. yang tuan bagi perkhidmatan cemerlang tu, tahun lepas. sebab saya cemerlang tahun lepas. tahun ni saya tak cemerlang hehe. kalau nak bagi lagi, bagi la tahun depan pulak, baru saya cemerlang balik hehe.." rilek je gua balas.

tapi itu semua gua balas dalam hati la.
boss gua tak dengar. so beliau tak tahu la.
keh keh keh 
melainkan kalau beliau baca gua punya blog ni la hehe
 

No comments:

Post a Comment