Sunday, 30 September 2012

nasihat nenek

gua ingat lagi masa gua sekolah rendah dulu, gua pernah kantoi ponteng sekolah.
mungkin time tu darjah tiga atau empat kot.

teruk gua kena cubit dengan emak gua.
teruk-teruk tu pun kira nasib baik jugak la sebab itu jam ayah gua takde kat rumah. pergi kerja. 
kalau ayah ada, huh konfem-konfem la emak dengan ayah buat tag-team balun gua.

satu lagi yang gua ingat, time tu nenek gua pun ada kat rumah.
tapi nenek buat tak tahu je.
rilek je nenek biarkan gua kena sesah.
gua meraung-raung pun nenek gua buat tak reti je.

dah puas emak sesah gua, itu jam baru nenek slow-slow datang kat gua.
peluk-peluk gua. pujuk la tu konon.
too late grandma. too late. gua getus dalam hati.
satu badan gua dah pedih-pedih kena cubit baru nak datang.

"kenapa tak pergi sekolah?" nenek gua cuba slowtalk. 

time tu gua dah lupa apa gua jawab. memori gua yang dok ada sekarang ni hanya ingat yang time tu gua masih lagi layan menangis.
walaupun dah takde la tahap meraung-raung lagi.
emak pula gua tak pasti ada kat mana. mungkin tengah belah perut ikan kot kat dapur.
tak pun tengah kukur kelapa.

pesan nenek gua, kalau kita takde ilmu hidup kat dunia ni, kerja kita susah.
orang yang berilmu semua kerja senang-senang.
dulu-dulu kalau takde ilmu, macam-macam kerja susah kena buat.
cabut pokok la, ambil upah tebas hutan la, kerja jaga ladang orang kaya-kaya la dan bermacam-macam lagi kerja susah dan berat.

sedang orang yang berilmu duduk melepak kat rumah goyang kaki je.
kadang-kadang boring lepak kat rumah, sambung lepak kat kedai kopi pula layan dam aji.
duit pula makin banyak sebab tak payah keluar belanja dok upah orang buat kerja.

pagi jenguk ladang kejap, tengah hari lepak kedai kopi, malam balik rumah tido, esok pagi bangun pergi ladang balik semua kerja dah siap.

kalau ada ilmu membela hantu raya, semua kerja akan jadi mudah. pesan nenek.

Thursday, 27 September 2012

oh laut biruku..


lagu yang gua letak kat atas ni takde apa signifikan pada gua pun.
gua letak sebab time-time macam ni gua teringat kat lagu ni.

sebab dia punya kord gitar dsn progression memang macam haram jadah.
punya la susah tahap gua sendiri nak cerita pun susah.
nak cerita pun susah, apatah lagi nak main.

ok gua tipu.
lagu ni sebenarnya absurdly waima strongly reminds gua kat dia.

scooby-joo.

**************************************************

cilake.
ini yang gua malas nak masuk kerja shif ni.
bila datang turn gua kena shif malam je, time gua tak boleh nak tido, macam-macam datang.
sampai tahap kedai converse kat kuala terengganu tu pun masuk dalam otak gua.


Wednesday, 26 September 2012

gua buat lebih




standard la gua ni bukan la jenis suka masuk campur time-time benda tengah kecoh.
nampak sangat poyonya tu.
gua lebih suka lepak-lepak je time tengah panas, atau time orang tengah berjaga-jaga.
isu dah setel dah pun. saja je gua nak up entree.
takde la nampak yang gua ni ketinggalan sangat kan.

hah ok.
apa benda gambar-gambar kat atas ni? apa benda semua ni?
pijak? kurang ajar? biadap? 
sekali lagi, apa benda ni?

gua ni bukan la nak menyokong benda-benda ni, tapi di sisi yang lain, gua tak suka juga kalau orang buat benda-benda ni.
walaupun orang yang kat dalam sehelai gambar tu takde pun kena-mengena dengan salasilah keluarga gua.

apa la salah orang kat dalam gambar tu terhadap orang yang main pijak-pijak tu.
lagi la part budak yang siap londeh seluar tu. dah la umur berhingus lagi, masih belajar lagi pulak tu.
ptptn, baucer buku apa kejadah semua tu konfem-konfem la dia sebat.
apa la lagi salah najib kat dia.

tapi setakat pijak gambar, tayang bontot pun sampai nak kena buru dengan polis.
siap mak bapak kena mintak maaf lagi.
dah pulak tak pasal-pasal mak bapak terlibat semangkuk.



hah yang lagi dua ni apahal pulak? apa kena-mengena dalam ini kes?
dan kalau la betul bahawa memang wajar la perihal meminta maaf tu, gua pun dah tak terkira dah berapa kali gua kena minta maaf kat neelofa tu.
selalu sangat gambar dia gua kasi bukakke.

post-accident fasa

ye.
satu bulan yang lepas gua eksiden.
senang cerita, time-time raya tu.
kecederaan takde la teruk sangat walaupun bagi insan-insan marhaein yang biasa kalau tengok semua siap 'peehhh.. peehhh.. peehhh..' lagi.
setakat bocor kepala dengan sebelah tangan kena simen tu, gua rasa boleh handle lagi.
memang. patut doktor suruh simenkan tangan tu.
tapi gua yang degil taknak.

kalau merujuk kepada perkara tajuk, bukan itu yang gua nak cerita kat sini.
gua nak cerita pasal respon-respon yang gua terima lepas eksiden tu.
kat sini, gua akan sembang tentang ada beberapa jenis golongan member-member yang telah memberikan respon yang pelbagai.

- member-member biasa/fesbuk.

standard la, soalan acap yang selalu dilontarkan ialah 'apa citer?', 'camne boleh jadik', 'lu teruk ke'.
tapi yang paling gampang sekali ialah soalan 'camne boleh jadi? cer citer..'.
boleh dikatakan hampir sebahagian besar yang tanya macam tu.
dan yang tanya tu pulak, kutu-kutu fesbuk. dapat tahu cerita pun pakai fesbuk.
dan gua memang haram la nak cerita. bukannya gua ni nak rahsia, tapi dah terang-terang gua dah cerita satu-persatu kat fesbuk gua tu. baca je la.
tapi kalau yang tanya tu gua sms, haa yang tu gua akan layan.
tapi gua akan layan dengan 'lu rujuk kat fesbuk gua'.

-member-member sekeliling.

mereka adalah datangnya daripada golongan member-member yang selalu gua jumpa.
macam member duduk kat mes ke, member setempat kerja ke, member teammates bola ke, mahupun member-member yang selalu berpeleseran dengan gua kat mapley.
haa yang ni gua akan layan cerita la kalau setiap kali tanya.
apa la sangat kalau nak setakat nak bercerita satu-satu tu.
takdela penat sangat kalau nak dibandingkan dengan menaip satu-satu.
eh baru gua teringat. kenapa gua tak save je cerita gua dalam format word document ke, atau pdf hah?
mesti senang-senang je gua boleh buat style kopipes.
puuuiiihhh.
tapi kalau gua buat style macam tu, konfem la cerita kat perenggan atas tu takkan wujud.
tapi dalam ramai-ramai tu, ada jugak kutu yang perangai macam haram akan tanya 'kereta lu amacam? teruk ke?'
hah yang ini memang cilake!
gua yang kat depan mata ni tak pulak ditanya.
kereta gua yang entah kat mana-mana tu pulak yang disibukkannya.
motif? gua tak tahu.

- senior-senior.

hah yang ini paling evil sekali. dan mungkin juga boleh gua anggap sebagai dah sampai tahap devil dah.
senior yang gua nak cerita ni bukan la tahap-tahap senior satu, dua atau tiga empat batch atas gua.
itu semua gua dah anggap macam member-member je. dia orang pun anggap gua ni takde la macam junior sangat.
golongan dia orang boleh dikategorikan kat point second kat atas tu.
tapi senior-senior yang gua nak cerita ni memang tahap otai-oatai punya senior.
jauh sangat nombor dia orang kalau nak dibandingkan dengan gua.
tahap senior-senior yang lanyak gua time-time basic dengan leftenan muda dulu.

'aku dengar kau eksiden? apasal hidup lagi?'

bukan seorang dua senior yang tanya style macam tu. ada la dalam empat orang kalau gua tak salah.
perangai sama je sekor-sekor.

agak-agak kalau lu orang kena dengan soalan style-style macam ni, apa lu orang buat?
paling tidak pun apa lu orang rasa?
gua?
hahaha gua takde rasa apa pun. sebab gua tau, walau macam mana bengis, cengai dan serius pun dia orang cuba buat muka, tapi gua tau dia orang melawak je tu.
habis kuat pun gua akan menjawab balik 'tuan la pergi mati'.

kalau tak boleh nak melawak style kasar kat dalam askar ni, baik lu orang berhenti kerja, pegi kerja kat jabatan agama.
gua jenis yang takde hal kalau bab-bab melawak kasar ni. sebab gua pun memang jenis macam tu.

***********************

hmmm macam tak berapa nak sampai je cerita ni.
mungkin sebab gua ambil masa dalam tiga jam kot nak siapkan satu entree ni.
lepas ni taubat gua takkan main blog pagi-pagi time kerja lagi.


Monday, 24 September 2012

pasca-antisipasi - LFC

yang bersorak macam beruk semalam tentu-tentunya adalah datang daripada golongan budak-budak manure yang berhingus.
yang hanya tau menang saja.
main bola? tak tau. paling busuk pun pandai main ps dengan futsal je la.
tengok permainan? haram tak tau.
gameplay/taktics? hah yang ni lagi jahanam.
kalau ada pun yang pandai, hanya orang-orang lama je. dan juga pemain-pemain bola sepak padang.
teammates gua pun bersepah jugak yang sokong manu ni.
tapi takde la perangai macam beruk.

sekali lagi.
dia orang hanya tahu menang je. yang lain, jangan tanya.

untuk gua, yang kalah tetap kalah. walaupun gua hampir tak boleh menerima cara kekalahan tersebut.
empat matches sebelum ni, liverpool dua kali kalah.
apa ada hal.
takde pun orang bercerita.
sebab rata-rata penyokong tau time tu memang liverpool main macam lahanat.
apa mau bising.

tapi ini kali lain macam sikit dia punya kalah.
untuk yang biasa tengok bola, termasuk gua, mungkin tak pelik sangat kalau encounter dengan team manu ni.
team yang kuat kalau lawan manu ni, memang perlu menempuh azab sengsara dulu kalau nak menang.
nak menang cara senang, memang rare sangat la.
team yang lemah pula kalau lawan manu ni, tak usah cerita banyak la.
memang senang-senang je kalah.

setelah gua berjalan-jalan ke seluruh pelosok dunia menggunakan internet, rata-rata mereka memberikan salute ke atas liverpool.
langsung dalam pada masa yang sama, mengeji ferguson dan juga referee.

jangan salah anggap dengan gua, gua tak sebut pun team manu ni.
peminat bola sepak seluruh dunia amnya menyampah dengan manu ni bukan la kerana team manu itu sendiri.
tapi kerana referee.
juga alex ferguson.
dan sebab yang paling utama team manu ni disampahkan ialah kerana penyokong mereka sendiri.
jauh sekali nak berdengki sebab team manu tu kuat.
kepala bana kuat apa?
meh sini tunjuk kat gua tang mana kuatnya manu ni.

ok gua boleh tunjuk kat mana kuatnya manu ni.
kat dalam BPL je la kuatnya.
keluar sikit, jadi taik.
perlindungan tahap luar biasa daripada FA dan juga referee yang telah menyebabkan manu ni nampak kuat.

ishh menyampah pulak gua nak cerita pasal benda-benda macam ni.
terus hangin satu badan gua ni.
pada sesiapa yang bukan hanya menonton bola, tapi menganalisanya sekali, pasti tau apa yang gua fikirkan.
nak buka cerita satu-satu pasal hubungan bak aur dengan tebing antara FA, referee dan juga manu ni pun dah tak sanggup dah.

untuk malam ni, gua sajikan dua keping gambar je.
khas untuk match malam semalam (waktu malaysia) punya.
kalau nak yang lebih lagi, dan melibatkan team-team lain, lu orang pergi cari kat fesbuk tu.
bersepah page anti-manu kat situ.
pilih je satu. atau dua. atau pilih je kesemua sekali yang ada. senang cerita.


kat atas tu, cilake mana yang buat two-footed challenge? lepas tu cilake mana pulak yang kena kad merah? cilake baju hitam tu elok je posisi depan tu. takkan tak nampak kot. memang ciake la.


hah ni lagi satu cilake. malas gua nak cerita.

nak sangat bagi manu menang. buat bias call.
nampak macam tak boleh nak menang je. - buang seorang.
masih nampak macam susah nak menang. siap cemas sebab liverpool controll possession dan score sebijik lagi. - malas nak pikir panjang, bagi penalti je terus.

puuiii.

Sunday, 23 September 2012

antisipasi - LFC



semenjak gua hidup ni, gua yakin inilah satu-satunya perlawanan membabitkan liverpool yang sangat gua anticipate.
liverpool masuk final champions league pun gua takde rasa ini macam punya.

satu - mungkin sebab dah lepas empat perlawanan liga, liverpool haram pun takde menang. naik bernanah dah telinga ni gua tahan bahan-bahan daripada taik-taik manu.
jadi, gua takkan miss nak tengok match ni.
tak kisah la apa yang bakal terjadi ke atas liverpool.
harap-harap tiga mata pertama datangnya daripada lubuk taik ni.

dua - setelah sekian lama provokasi taik-taik manure ke atas liverpool menggunakan sentimen hillsborough, ini adalah merupakan perlawanan pertama yang liverpool lalui selepas kenyataan dan permohonan maaf daripada cilake-cilake yang berkaitan dalam memutar-belitkan fakta tentang tragedi tersebut.
setelah lebih 23 tahun, keadilan telah tertegak.
gua nak tengok beruk-beruk manure tu masih chanting lagi ke tak pasal hillsborough tu.
salute gua sikit pada alex ferguson yang telah mengeluarkan satu surat kepada beruk-beruk tu.

'kita perlu bersabar. yakin pada janji dan pertolongan Allah SWT untuk menegakkan daulah islamiyyah. lihat liverpool, sekian lama mereka bersabar, akhirnya terbalas jua kesabaran dengan keadilan. justice for the 96.' - respon seorang liverpudlian yang juga merupakan salah seorang penyokong kuat nik aziz. nama gua rahsiakan.


gua tak kenal pun sekor-sekor yang dalam gambar kat atas ni.
lagi pulak gua takde kat tempat kejadian waktu ia berlaku.
senang cerita, logiknya mestila gua tak boleh nak ada perasaan tentang apa yang dah berlaku kan.
tapi lu orang silap.

tidak ada satu artikel pun yang dikeluarkan pasal hillsborough ni terlepas tanpa gua membacanya.
segala macam bentuk buku pasal benda ni gua baca.
seolah-olah gua dapat menyelami perasaan mereka.
bukan google ok. tapi buku.
sebab otak gua ni tak boleh nak hadam benda-benda daripada internet aatau wikipedia ni.

dalam auto-bio gerrard pun ada sentuh sikit.
sepupu dia pun ada dalam salah satu gambar yang ramai-ramai tu.

sial la buku pasal perjuangan palestine pun gua baca jugak.
ingat gua ni jahil sangat ke.
so gua ni memang adil dan seimbang la.
ihya' ulumiddin pun gua ada simpan satu.
puuiiiii.

tiga - gua nak tengok apa yang akan terjadi antara suarez dan evra. itu pun kalau evra main la.
kalau evra kena sidelined, kejadah apa nak tengok.
suarez konfem-konfem la main.
itu baru jantan.



asap

sedap-sedap gua tengah layan membuta kat bilik, gua diganggu dengan jeritan talipon gua.
menandakan yang ada mana punya lahanat talipon gua pagi-pagi buta tu. 
sebelum gua capai talipon yang memang gua portkan dia kat dalam kotak remote dan rokok, sempat gua menjeling ke arah dinding yang ada jam.

"cehh!! baru pukul 8 suku. apa la yang dorang nak talipon gua time-time camni." getus gua malas-malasan.

nasib baik la gua kat dalam bilik tengah baring.
kalau gua kat dalam ofis tengah berdiri, memang konfem-konfem gua akan jerit kat sekor-sekor.
taknak pikir panjang nak tulis apa, gua capai talipon.
malas-malasan jugak.

sebelum gua slide butang hijau, gua baca dulu nombor yang tertera kat skrin tu.
'bomba'.
gua tak kaget sangat bila baca 'bomba' tu.
sebab gua memang time tu ambil tugas etong sebagai pegawai bomba.
itu jam etong tengah kursus apa entah.
kat mana pun gua dah lupa.
yang gua ingat, dia takde ada la dalam dua minggu.

"tuan. komander nak jumpa tuan. ada asap katanya." suara yang melalui corong speaker talipon menerjah ke dalam lubang telinga gua bergetar.
tanda panik, mungkin.
biasala budak-budak kalau talipon gua, jarang ada yang tenang.
panik memanjang.
maklum la dah ramai yang makan maki-hamun gua.
lagi la kalau talipon time-time yang dorang yakin bahawa gua masih melingkar kat atas katil macam tu.

"ada asap? bila? kat mana dia nak jumpa gua?" lepas dua saat baru gua start bersuara.
sebab dua saat yang gua ambil itu gua gunakan untuk ejas suara gua bagi sedap-sedap aktif.
taknak la budak tu tau yang gua baru bangun tido.
atau pun gua tak bangun tido lagi.

"sekarang. kat hq tuan.'"

"ok."

sambil gua tekan 'end call', sambil tu jugak la gua cuba nak berdiri.
macam biasa la - malas-malasan.

eleh ada asap je pun. bukannya hal besar. ingatkan terbakar ke, meletup ke, kapal terbang terhempas ke.
paling busuk kalau orang talipon bomba pun mesti pasal orang tersangkut dalam lif. tak pun ada orang terjatuh bangunan.
tapi dua perkara terakhir tu memang tak mungkin la.
sebab mana ada kena-mengena dengan asap pun. puuuiii.

oleh sebab gua konfem bahawa hal yang komander nak jumpa gua tu tak berapa penting, makanya gua buat la rukun biasa gua selepas bangun tido.
cucuh rokok. tutup aircond. buka tv. buka sliding door.
rilek je.
lepas dah lengkap rukun-rukun tu gua laksanakan secara tertib, baru la gua sudahi dengan mandi.

kung kang kung kang.

gua habis mandi pun dah pukul 9.
sambil-sambil tu gua tengok talipon gua dulu.
mak aiii!! empat miscall masa gua tengah braaa braaa braaaa mandi tadi.
semuanya dari bomba.

"something wrong ni." gua buat kesimpulan sendiri.

tapi itu semua tak dapat nak menghentikan gua daripada merilek-rilek pakai baju bersiap apa semua.
sambil bersiul-siul anak je gua buat benda tu.

selesai je semua perkara, gua cucuh rokok barang sebatang lagi selepas gua start moto.
untuk bekalan merempit sepanjang perjalanan gua ke hq tu nanti.

trrr trrrr trrrr.
chot-chot je rokok gua habis sebatang tatkala gua tongkat motor port kat parking kereta faizal safaron.
gua takde hal punya parking motor kat situ sebab gua tau jibauk tu memang pergi kerja naik motor jugak.

on the way gua nak naik ke pejabat komander tu, sempat jugak la gua singgah kat pejabat nabila kat tingkat bawah hq.
lepas menggatal lebih kurang, baru la gua naik.

"hah! mana hang pergi? sejam setengah aku tunggu hang. bila aku cakap ASAP tu, maknanya sekarang la!"

tak sempat gua habiskan salam gua, terus gua buangkan senyum gua tu jauh-jauh bila komander serbu gua dengan ayat-ayat yang lu orang baca kat atas tu tadi.

"errr... errrr.. errr.." itu je yang mampu gua zahirkan daripada hati melalui mulut gua.

"sekarang tu adalah satu setengah jam yang lepas! bukan sekarang yang ini!" sambil mengetuk-ngetuk jam dia menggunakan jari telunjuk, serangan beliau ke atas gua belum menampakkan tanda-tanda akan berhenti.

cibai!
habis je setengah jam gua bazirkan masa kena berleter dengan komander, gua terus sambung rempit motor menghala ke bomba.
on the way turun tu gua dah takde nafsu nak singgah ke pejabat nabila dah.

ooo komander cakap asap ye. siap lu orang gua kerjakan nanti.
pagi tu, lebih satu jam gua kurung dua ekor malaun kat dalam rumah asap.
sambil gua suruh dorang jerit 'as soon as possible' tak henti-henti.
sampai gua habis makan nasi lemak.

Wednesday, 19 September 2012

debat cakna

seronok sebenarnya kalau main debat dengan orang-orang yang extreme ni.
tak kira la dia tu extreme pasal apa pun.
pasal politik ke, pasal agama ke, pasal bola ke, atau pasal apa-apa je la pun.
sebab bagi gua kutu-kutu ni banyak yang bangang-bangang.
kalau ada yang cerdik pun, sekor dua je.

macam dulu gua pernah debat dengan ada sekor mangkuk hayun mana entah, pasal ptptn.
pasal ptptn je pun.
bukannya hal yang besar-besar macam hal akidah ke, murtad ke.
bila dah kalah dan tak boleh nak jawab, last-last maki hamun yang gua dapat.
itu nasib baik la main debat kat fesbuk.
kalau main depan-depan, gua berani jamin la.
konfem-konfem gua dah kena tumbuk.

tapi ini kali gua nak cerita pasal debat gua dengan sekor kutu yang extreme terhadap satu parti politik agama ni.
bila gua petik parti politik agama ni, tak payah la lu orang nak buat-buat tanya parti politik agama kristian ke, agama yahudi ke, agama shinto ke, atau agama aum kusanagi kyo ke apa jadah semua tu.
sah-sah la lu orang semua tau parti politik agama apa tu.

kalau bersembang, peehhhh seolah-olah dia la yang paling islamik daripada orang lain.
tatacara sembang gua dengan kutu ni lebih kepada serang dan bertahan.
gua serang dia, dia bertahan.
dia tak boleh nak serang gua balik la sebab gua tak berpihak pada mana-mana parti politik.

kah kah kah. amacam? smart tak gua?

kalau time dia petik pasal kebobrokan umno pun, gua apa peduli.
gua iyakan aje. sebab gua memang tak memihak pada umno sekalipun.
dua-dua gua bantai kalau buat lahanat.

senjata-senjata yang gua pakai untuk menyerang dia ialah dengan membangkitkan benda-benda mengarut yang telah dilakukan oleh parti dia.
termasuk la pakej fatwa-fatwa yang kalau orang dayak dengar pun boleh kata benda tu mengarut jugak.

"Allah bersama dengan orang-orang yang sabar." - ini ada dalam Quran. sahih.

"janji Allah adalah benar."  - ok ini pun ada juga dalam Quran. sahih.

dua potong ayat yang kat atas ni adalah antara benda yang dia bagi kat gua masa berdebat.
amacam? islamik tak?

tapi gua pun bukan datang daripada spesis bangang macam dia jugak.
ada benda yang gua bagi untuk bantai dia balik tanpa meyimpang daripada isi kandungan debat.
selari dengan persoalan pengaplikasian dua potong ayat ke atas apa yang diaorang sebut sebagai perjuangan.

ok itu nanti gua akan ceritakan.
sebab gua pun tengah buat benda-benda lagha dan maslahat ni.
tak manis pulak rasanya. 






Monday, 17 September 2012

musibat petang

"helo! helo! hoi kau kat mana?"

serangan daripada gua sejurus selepas gua mendail satu nama di talipon.
tak lama kejadian tu, baru lepas petang tadi je.
keadaan ketika itu agak genting juga la kerana gua baru je menerima satu panggilan talipon dari komander gua.
isi perbualan antara kami tak perlu rasanya gua cerita banyak.
cukup la sekadar gua menerima satu arahan yang berkadar urgent.

"helo! mana kau?"

gua sambung lagi serangan gua memandangkan orang yang dalam talipon tu senyap je.

"helo.. helo.."

haa menjawab pun orang kat dalam talipon tu.
walaupun gua rasa suara orang tu macam lain je, tapi itu jam gua belum perasan lagi.
mungkin sebab tahap gelabah lepas terima arahan dari komander gua tu agak naik sikit.

"woi cilake! kau kat mana? dah balik rumah ke, etong?"

gua tak cakap banyak terus serang etong. 
sebab arahan yang gua dapat dari komander tu memang tahap urgent untuk gua relay kat etong.

"helo.. helo.."

orang kat dalam talipon tu masih berhelo-helo dengan gua lagi.
gua saspek mungkin dia tak dengar apa gua cakap ataupun ada network problem la kot.

"lu helo-helo apa? lu dengar ke tak ni? gua terajang lu karang!" gua dah mula naikkan tona suara gua dah. time-time orang ada hal penting ni la talipon ni buat hal.

"hoi zuhairul. hang nak terajang sapa dia? hang tau dak dengan sapa hang bercakap ni?"

berderau darah gua bila orang kat dalam talipon tu habiskan ayat dia.
seraya itu gua terus tengok kat skrin talipon gua.
cilake! komander!

"errr tuan.. tuan.. minta maaf tuan.. err saya.." gagap gua tu memang bukan dibuat-buat.
itu jam gua rasa memang gua nak campak je talipon tu ke dinding.
biar dia off sendiri.
sebab gua rasa kalau gua nak tekan butang off tu memang tak sempat punya.

"hang nak buat cengai-cengai dengan aku pasai apa? aku terajang hang sat lagi!!"

"maaf tuan.. errr saya nak talipon pegawai bomba tadi. err tak tau err macam mana boleh terdail nombor tuan.. maaf tuan."

kecekak! itu bunyi gua picit butang 'end call' cepat-cepat.
nada gua yang seawal mula tadi keras, terus bertukar menjadi bapok.

esok kalau gua kena terajang dengan komander, gua tadah je la. 
nak cakap apa lagi.

Sunday, 9 September 2012

lagu yang gua ban until further notice


gua pun tak tahu apa masalah kat lagu ni.
memang macam cilake.
dengar time tengah hari panas terik pun boleh sedih dibuatnya.
itu belum lagi dengar time-time tengah malam atau pun time hujan lebat.

*******************************

'until further notice' di perkara tajuk adalah merujuk kepada sampai bila Allah nak campakkan apa-apa perasaan kat hati gua.