Sunday, 23 September 2012

asap

sedap-sedap gua tengah layan membuta kat bilik, gua diganggu dengan jeritan talipon gua.
menandakan yang ada mana punya lahanat talipon gua pagi-pagi buta tu. 
sebelum gua capai talipon yang memang gua portkan dia kat dalam kotak remote dan rokok, sempat gua menjeling ke arah dinding yang ada jam.

"cehh!! baru pukul 8 suku. apa la yang dorang nak talipon gua time-time camni." getus gua malas-malasan.

nasib baik la gua kat dalam bilik tengah baring.
kalau gua kat dalam ofis tengah berdiri, memang konfem-konfem gua akan jerit kat sekor-sekor.
taknak pikir panjang nak tulis apa, gua capai talipon.
malas-malasan jugak.

sebelum gua slide butang hijau, gua baca dulu nombor yang tertera kat skrin tu.
'bomba'.
gua tak kaget sangat bila baca 'bomba' tu.
sebab gua memang time tu ambil tugas etong sebagai pegawai bomba.
itu jam etong tengah kursus apa entah.
kat mana pun gua dah lupa.
yang gua ingat, dia takde ada la dalam dua minggu.

"tuan. komander nak jumpa tuan. ada asap katanya." suara yang melalui corong speaker talipon menerjah ke dalam lubang telinga gua bergetar.
tanda panik, mungkin.
biasala budak-budak kalau talipon gua, jarang ada yang tenang.
panik memanjang.
maklum la dah ramai yang makan maki-hamun gua.
lagi la kalau talipon time-time yang dorang yakin bahawa gua masih melingkar kat atas katil macam tu.

"ada asap? bila? kat mana dia nak jumpa gua?" lepas dua saat baru gua start bersuara.
sebab dua saat yang gua ambil itu gua gunakan untuk ejas suara gua bagi sedap-sedap aktif.
taknak la budak tu tau yang gua baru bangun tido.
atau pun gua tak bangun tido lagi.

"sekarang. kat hq tuan.'"

"ok."

sambil gua tekan 'end call', sambil tu jugak la gua cuba nak berdiri.
macam biasa la - malas-malasan.

eleh ada asap je pun. bukannya hal besar. ingatkan terbakar ke, meletup ke, kapal terbang terhempas ke.
paling busuk kalau orang talipon bomba pun mesti pasal orang tersangkut dalam lif. tak pun ada orang terjatuh bangunan.
tapi dua perkara terakhir tu memang tak mungkin la.
sebab mana ada kena-mengena dengan asap pun. puuuiii.

oleh sebab gua konfem bahawa hal yang komander nak jumpa gua tu tak berapa penting, makanya gua buat la rukun biasa gua selepas bangun tido.
cucuh rokok. tutup aircond. buka tv. buka sliding door.
rilek je.
lepas dah lengkap rukun-rukun tu gua laksanakan secara tertib, baru la gua sudahi dengan mandi.

kung kang kung kang.

gua habis mandi pun dah pukul 9.
sambil-sambil tu gua tengok talipon gua dulu.
mak aiii!! empat miscall masa gua tengah braaa braaa braaaa mandi tadi.
semuanya dari bomba.

"something wrong ni." gua buat kesimpulan sendiri.

tapi itu semua tak dapat nak menghentikan gua daripada merilek-rilek pakai baju bersiap apa semua.
sambil bersiul-siul anak je gua buat benda tu.

selesai je semua perkara, gua cucuh rokok barang sebatang lagi selepas gua start moto.
untuk bekalan merempit sepanjang perjalanan gua ke hq tu nanti.

trrr trrrr trrrr.
chot-chot je rokok gua habis sebatang tatkala gua tongkat motor port kat parking kereta faizal safaron.
gua takde hal punya parking motor kat situ sebab gua tau jibauk tu memang pergi kerja naik motor jugak.

on the way gua nak naik ke pejabat komander tu, sempat jugak la gua singgah kat pejabat nabila kat tingkat bawah hq.
lepas menggatal lebih kurang, baru la gua naik.

"hah! mana hang pergi? sejam setengah aku tunggu hang. bila aku cakap ASAP tu, maknanya sekarang la!"

tak sempat gua habiskan salam gua, terus gua buangkan senyum gua tu jauh-jauh bila komander serbu gua dengan ayat-ayat yang lu orang baca kat atas tu tadi.

"errr... errrr.. errr.." itu je yang mampu gua zahirkan daripada hati melalui mulut gua.

"sekarang tu adalah satu setengah jam yang lepas! bukan sekarang yang ini!" sambil mengetuk-ngetuk jam dia menggunakan jari telunjuk, serangan beliau ke atas gua belum menampakkan tanda-tanda akan berhenti.

cibai!
habis je setengah jam gua bazirkan masa kena berleter dengan komander, gua terus sambung rempit motor menghala ke bomba.
on the way turun tu gua dah takde nafsu nak singgah ke pejabat nabila dah.

ooo komander cakap asap ye. siap lu orang gua kerjakan nanti.
pagi tu, lebih satu jam gua kurung dua ekor malaun kat dalam rumah asap.
sambil gua suruh dorang jerit 'as soon as possible' tak henti-henti.
sampai gua habis makan nasi lemak.

No comments:

Post a Comment