Friday, 4 October 2013

bahana instagram

"lu tau kan apa nak buat nanti lepas bini lu bersalin?"

gua gegar ba'a yang tak tentu arah mundar-mandir macam mat pit tak lepas gian.
lokasi hospital gua terpaksa rahsiakan atas sebab-sebab yang gua sendiri pun tak tau.

ba'a seperti tersentak. terus menoleh ke arah gua.
tapi jelas raut mukanya masih tak dapat lagi nak sembunyikan riak cuak.
tiada lagi lagak-lagak tenang seperti yang gua tengok sebelum ini.

gua cuba nak faham perasaan tentang seseorang lelaki kental yang bakal menerima kehadiran cahayamata pertama ni.
tapi gua pun tak boleh nak cakap banyak apa la kan. sebab gua tak pernah lagi mengalami benda-benda yang semacam ini.
dan gua pun tak berani nak cakap bila gua akan mengalaminya.

dalam nada yang tersekat bercampur excited, ba'a membalas soalan gua.

"err tau.. tau.. kamera video pun gua dah standby dah bateri dia dari semalam. lepas ambil gambar apa yang patut, gua nak post kat instagram fesbuk apa jadah semua tu." ba'a tersengih-sengih sambil menyeka peluh di dahi.

gua geleng kepala.

"astaghfirullah al azim.. azan la bangang. azaaaannnn!" 

Thursday, 29 August 2013

miracle in cell no 7

waahh macam cilake gua punya first time tulis dalam bahasa orang putih.


gua baru habis tengok cerita ni semalam. tak pasal-pasal je astro merasa duit gua sepuluh ringgit.
sebab gua tengok preview cerita ni macam lawak-lawak je. kat dalam penjara pulak tu.
gua memang minat betul dengan cerita-cerita lawak korea ni. kalah chow sin chi.

tapi rupa-rupanya gua kena kencing hidup-hidup. part lawaknya tu ada la dalam 43%. 
selebihnya dia punya sedih memang tak boleh difikir dek akal.
gua ingat kalau fauziah nawi tengok cerita ni memang surrender tak melawan punya.

habis je cerita ni, gua tutup kipas terus. ambil vacuum.
cilake habuk kat kipas ni dah tebal rupanya.
dah tu suka pulak dia masuk ke mata gua.

sebelum gua shoot entree ni, gua baru juga habiskan cerita ini untuk kali kedua. 
penyudahnya gua vacuum satu bilik.
gua pelik dari mana lagi datangnya habuk yang suka masuk ke mata gua.

Saturday, 24 August 2013

bertingkat-tingkat assholenya the return

baru sekejap tadi, sedang gua sedap-sedap melayan video amai liu kat laptop, henfon gua menjerit.

'malapetaka! malapetaka! malapetaka!'

itu bukan bunyi gua mencarut, tapi itulah bunyi ringtone henfon gua.
seiring dengan bunyi ringtone henfon gua, serasa itu jugalah gua rasa bila tengok nama yang terpapar di skrin henfon.

boss!

'hello assala....'

'baik kau postingkan ayoi sebelum aku cas dia sekali lagi!'

semburan padu yang berebut-rebut menyumbatkan diri mereka ke dalam telinga gua sebelum sempat gua menghabiskan salam.

'errr nape tu...'

'ni dah pukul berapa dah ni? kapal dah nak turun tapi tasf dengan klas haram dia tak coordinate lagi!'

sekali lagi semburan tersebut berasak-asak ke dalam rongga telinga kiri gua yang terbuka.
dan sekali lagi itu jugalah gua gagal untuk menghabiskan frasa gua.

'baik tuan. saya akan ta....'

kelekak! 

boss gua putuskan talian.
choiii!! tak sempat lagi gua nak habiskan cakap.

gua geleng perlahan. sambil jari gua bingkas dan cekap memicit-micit skrin henfon.
memang gua akan sms je ayoi ni.
sebab kalau gua terus call dia, meninggal pulak dia kena hamun dengan gua.

bertingkat-tingkat assholenya

'makbut. bagi tiket sat.'

pendek dan tajam sms gua kepada coach bola gua.

'ok sat..'

dalam masa kurang 30 saat, lagi berganda pendek dan tajamnya balasan sms makbut ke gua.

gua dongak semula. sambung tengok panggung sabtu.

'mana woi!'

gua gegar makbut setelah lebih kurang 20 minit tanpa respon daripada lahanat tu.

'sat la boss. tengah ejas dengan adam ni. dia tak reply sms saya lagi.'

adam? separa bulat mata gua bila habis je baca sms makbut tu.
gua kenal adam ni. ah cilake. rasanya gua tau apa yang makbut tengah cuba lakukan tu.

'oi samdol. gua minta tiket candy crush la. bukan tiket bola malam ni. puii!'

pling pling!!

tak sampai pun 30 saat selepas.
itu bunyi notification kat fesbuk.
gua buka, ada lambang candy crush.

Tuesday, 20 August 2013

pertama shawal ini 2

'mak.. abang janji lepas ni abang akan selalu talipon mak..'

emak gua tak menjawab. hanya tubuhnya saja yang bergetar ketika membalas pelukan gua.
tapi gua faham maksud getaran itu.
emak gua sedang tabah menahan esak tangis ketika sesi bermaafan di pagi aidilfitri sejurus selepas pulang daripada menziarahi pusara ayah.

ini semua salah fauziah nawi.
astro juga harus dipersalahkan kerana menayangkan drama fauziah nawi time-time macam ni.

_____________________________

sekarang ni gua rasa macam dah nak dekat dua minggu shawal dah ni.
last gua talipon emak time sehari sebelum raya. tu pun pasal nak pesan barang sebab time tu emak gua pegi tesco.
langsung janji gua mungkir.

pertama shawal ini

aidilfitri ni, gua rasa ini pertama kali kesemua tujuh adik beradik gua dapat berkumpul paling koman pun sedari two minus d-day shawal.
gua ulangi, sebab ini benda-benda serius - kesemua tujuh beradik.
tujuh itu bukanlah satu angka yang kecil.
sebab daripada apa yang gua amati, ada member-member gua, adik beradik ada dua tiga orang je pun, tapi ke timur barat selatan utara berpecah.

aidilfitri ni juga, sesekali gua tengok emak gua berwajah sayu.
mungkin beliau merasakan jikalau arwah gua masih ada, tentu perfect.

cilake.
penangan drama fauziah nawi la ni tak pasal-pasal gua sayu teringat kat emak gua.
padahal time ni dah shawal yang ke-18.

______________________________

gua takkan lupakan peranan fauziah nawi yang dimainkan oleh emak apabila emak menalipon gua balik menyatakan bahawa pinangan gua ditolak.

Wednesday, 31 July 2013

barai de mubarak

"lu puasa tak ini hari beb?"

"puasa.." 

lemah suara gua melayan pertanyaan halim tatkala sedap-sedap gua melepak bawah pokok yang gua kurang pasti jenisnya kat sebelah rumah gua.  memang munasabah la kalau gua dah jadi lemah.  sebab time tu dah pukul empat lebih dah.  dah nak dekat asar pulak tu.  

gua pun dah lupa itu jam ramadhan tahun bila.  yang gua pasti, itu jam gua memang dah besar panjang, dah akil baligh.  dan gua yakin dan mampu untuk untuk membuntingkan anak dara orang barang seorang dua.

"jom lepak lombong jap.  sejuk sikit.  sini panas la."  halim test market.

memang gua akui petang tu dia punya panas tu lain macam sikit.  tahap unta pun lari cari pokok nak berteduh.  mungkin sumbangan faktor cuaca, ditambah pulak dengan tekak haus, perut lapar, gua tak cakap banyak.

"jom!"

perjalanan dengan menaiki motor honda cub petak halim tu takde la lama sangat.  sebab lombong tu terletaknya hanya di teluk rubiah je.  dulu time gua kecik-kecik memang biasa dengan kutu-kutu kampung kayuh basikal ke situ.  

halim cari port yang redup ada pokok juga di tepi lombong.  gua melompat turun gaya jackie chan ketika motor tu tak berhenti habis lagi pun. hero.

apabila motor tu betul-betul dah berhenti, halim tidaklah terus menongkat motornya.  tetapi dia menyeluk poket seluarnya dulu.  mengeluarkan sekotak rokok dunhill 7.  cilake.  dan apabila dia menyedut asap rokok yang pertama serentak dengan itu jugalah dia menongkat motornya.  haram jadah jenis yang tak menyempat-nyempat nak hisap rokok.

"cilake halim. patut la ajak gua ke sini. nak cari port rupanya."

halim hanya sengih kerang je. tiada perkataan yang terluah daripada mulutnya. hanya asap yang berkepul sahaja yang berebut-rebut keluar dan hilang di celahan daun pokok. berbekalkan sedikit iman yang nipis, gua melemparkan pandangan ke tengah lombong. air yang sudah berwarna hijau sememangnya menunjukkan bahawa kedalaman lombong itu bukanlah kecik-kecik anak ikan punya tahap. 

bila dah bosan gua menatap lombong dan airnya, gua toleh ke belakang. pancaindera cahaya gua terus menangkap kelibat halim yang masih steady duduk atas motor sambil melayan rokok.

"apa ada dalam poket lu tu?"  gua tanya serius dan keras.

"err takde apa. cekelat hacks ada la.." halim menjawab separa kaget. mungkin dia tak menyangka yang gua tiba-tiba akan bertanya soalan sedangkan time tu gua sedang senyap melayan lombong.

"bak sini."

cilake. rapuh betul iman gua time tu. asar dah lepas pun tapi masih barai jugak puasa gua.





Monday, 8 July 2013

pra-ramadhan

esok lusa dah nak puasa dah. dan seperti tahun-tahun sebelum ni, gua akan menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia ini dengan bukan calang-calang punya persediaan.

tapi ini tahun gua letak ekstra benda pada persediaannya, merujuk kepada pengalaman berpuasa gua sebelum-sebelum ini juga. selain daripada melakukan persediaan mental, fizikal, emosi dan juga nafsu, benda yang bakal gua buat ini adalah sesuatu yang nekad.
sangat nekad.

gua kena pastikan bahawa segala hubungan gua dengan manusia-manusia durjana di sekeliling gua terputus.
kalau tak, barai semuanya. barai ramadhan gua.

bukannya tak pernah gua terjebak buka puasa pekena cekelat hacks je bawah pokok.
dah pukul 5 petang plak tu time tu.
cilake.

Tuesday, 4 June 2013

4.6. - ep 2

'lang. petang ni kau masuk meeting fleet ganti aku.'

'ok tuan. eh tuan tapi hari ni saya tak datang keja.'

'kepala hotak kau. kau ingat kau agong ke? suka-suka tak datang keja time birthday kau!'

'err ok tuan. saya masuk. saya masuk. hehe.'

4.6.

terima kasih

Friday, 24 May 2013

astro awani

gua di sini.

satu benda yang sampai sekarang gua suka pasal ipoh.
semua orang kenal gua.

bouncer kat SOS ni macam mana boleh kenal gua, gua pun tak tau.

Tuesday, 14 May 2013

lagha al akbar

gua baru bangun. ya. gua bangun time-time sekarang ni la. jam 5.50 pagi.
malas gua nak cerita apa gua buat time ni. bimbang mendatangkan riak.
hah! bunga-bunga riak dah berputik tu.

truutt truuutt!!
tiba-tiba henset pintar gua berbunyi. gua abaikan. sebab gua tau bunyi itu gua assign untuk notification fesbuk je.
selamber gua laksanakan apa yang gua niatkan.

selesai semuanya, gua kembali mencapai henset.

cilake!
lahanat mana yang sanggup bangun pagi-pagi buta sebelum subuh semata-mata nak minta nyawa candy crush ni!

Saturday, 11 May 2013

angkuh bertempat

rasa macam nak buat itikharah je time petang-petang sabtu ni.

nak main dengan team bukit jelutong ke.

nak main dengan team sungai way ke.

nak tengok atm main kat stadium mbpj ke.

cibai semuanya nak buat petang ni.

hehehe angkuh betul gua kali ni.

Monday, 1 April 2013

kerana tiada pilihan lain

dalam hidup ni, gua selalu sahaja membuat pilihan yang silap.
kadang-kadang, silap yang sama gua buat berulang kali.
bila datang time untuk gua membuat pilihan, kesilapan selalu sahaja menjadi makanan gua.

cilake.
benci bila gua selalu je tersilap pilih.
time gua naik motor je, haram jalan lengang je kat federal.
walaupun dah pukul 6 petang.
tapi bila time gua rasa nak naik kereta, pukul 12 tengah malam pun federal hiway tak habis jem lagi.

Saturday, 23 March 2013

bebal

truuutt!!

bunyi sms masuk. dari makbot.

'boss. selasa ni pi langkawi x tgk LIMA?'

standard la ejaan sms. tapi nasib baik dalam lingkungan kefahaman gua lagi.

'berapa kali gua nak cakap gua tak pegi. ni pun gua baru abis makan nasik ni.' gua reply fedap.

********************

'klu dh nk ber- ajk gua sex'.
gua pernah dapat sms style-style gampang punya shortform macam ni.
empat orang gua tanya baru boleh hadam maksud dia.

muhasabah

gua bangun dari pembaringan sebenarnya pukul 4 pagi tadi.
sebenarnya juga gua dah banyak kali dah buat kerja-kerja bangun tidur time dua pertiga malam ni.
tapi bergantung pada team mana yang main la.
kalau sedap, gua bangun la.

pagi tadi sebelum nak tengok sepak mula, terdetik pula kat hati kecil gua ni untuk bermuhasabah diri.
gua buka sliding door selepas gua matikan suis ekon.
lepak kat beranda sambil pekena rokok.

segar rasanya angin yang lalu di celah-celah hidung gua.
tenang. damai.
suasana persekitaran juga sunyi.
mat aji pun entah apa perangainya ini malam tidur tak berdengkur pun.
menambahkan lagi point-point dalam graf skala sunyi.

habis sebatang rokok, gua masuk kembali ke dalam bilik. 
menuju ke arah cermin di almari. ready untuk bermuhasabah.

gua melihat seluruh diri atas dan bawah dibias cermin.

'huh siap la lu orang. perut gua dah menjelmakan 4 pack dah sejak training bola ni. paling koman pun lepas tournament bulan depan, mesti pack ke 5 dan 6 akan muncul. baru la tak malu nak balik kampong.'

selepas mengesat air liur basi dan mengukir senyum, gua teruskan menonton sepanyol lawan finland.

Thursday, 21 March 2013

selamat hari result spm

nasib baik la ada fesbuk. kalau tak mesti sampai ke tua gua tak tau bila result spm keluar.

sebenarnya pada pemerhatian gua, hari result spm ini adalah satu hari yang sangat legend.
kalau kita merayau dalam fesbuk atau pun dalam blog, memang tak lari la cerita-cerita pasal pasal hari result spm.
daripada budak hingusan yang belum pun lepas upsr, sehinggalah tuan haji yang baru je lepas merasa duit pencen memperkatakan tentangnya.
kalau setakat hari nak keluar result pmr atau result final exam kat universiti tu memang tak boleh lawan la dengan hari result spm punya hype.

dah macam nak dekat hari raya pun ada jugak gayanya.
lebih-lebih lagi kalau dah sampai kat sehari sebelum nak keluar result tu.
laksana 30 ramadhan je.
ok yang perenggan ni gua kencing. hari raya lagi meriah.

menyorot kembali beberapa belas tahun yang lepas (gua malas nak kira berapa tahun sebenarnya, lama sangat), time gua sedang nak menghadapi hari result spm.
ada sekor kutu ni, zaki, gua tengok teresak-esak macam bapok kat belakang bangunan makmal kimia.
boleh terserempak dengan zaki ni sebab itu jam gua dengan 4-5 ekor lagi lahabau tengah nak cari port hisap rokok.

walaupun itu jam dah rasa macam besar sangat sebab dah boleh hisap rokok, tapi tetap tak boleh sedut rokok bersepah-sepah.
biasa la kawasan sekolah.
plus kami pun baru lepas tengok peristiwa si azrul dengan fendi kena lepuk kepala dengan cikgu ajiz komando gara-gara buat perangai bangang hisap rokok kat tangga kelas 5 awam hujung.

"apahal dengan lu ni zaki? teruk sangat ke result lu?" gua lupa dah siapa yang start tegur zaki dengan ayat tersebut.

mungkin kerana perasan yang ada suara menegur, zaki mengangkat kepala lemah. tapi tidak menjawab langsung.
gua seluk poket baju bengkel gua yang kaler coklat. keluarkan sekotak kecil dunhill 7. itu jam dunhill 7 ni ada lagi. sekarang memang tak jumpa la. dah pupus.

sambil menyuakan sebatang rokok kepada saiful, sempat gua mengerling ke arah zaki.
merah sangat matanya. berair juga. macam sampah masyarakat yang baru lepas pekena bong.

"dah la tu zaki. ni result spm je pun. bukan ada apa sangat. kalau result barai, lu angkat la nanti julai paper ke september ke. repair la result tu." sani cuba berlagak sebagai fadilah kamsah. padahal muka tak tumpah macam reban ayam.

"gua pun result barai gak. tapi gua rilek je. esok-esok nanti gua stadi la lain. ejai tu pun amik spm dua kali." azizi membuat sedikit penambahan.

gua malas nak layan. adalah lebih baik kalau gua menikmati sepenuhnya moment-moment terakhir gua nak hisap rokok kat bangunan sekolah ni. lepas ni konfem la tak tau bila lagi boleh hisap rokok dalam sekolah.
kalau takdir gua dah tertulis kerjaya gua sebagai tukang kebun sekolah, itu cerita lain.

"bak sini result spm lu, gua nak tengok apa yang barai sangat tu." sambil tangan kiri memegang bahu zaki, azizi membuat dua kerja dalam satu masa. kerja satu lagi tak lain tak bukan ialah menyedut-hembus asap rokok.

dalam masa kurang daripada 5 saat, sebatang rokok dah berasap dan tersepit di celahan bibir zaki. 

"gua mana amik result lagi." terketar-ketar suara zaki tatkala dia cuba meluahkan suara, disulam bersama-sama kepulan asap yang tebal. ketika asap mula menipis di dalam mulut, zaki menyambung "babi. babi. ina nak break up dengan gua. dia kata dia sekarang couple dengan izat."

"haram jadah!" 

laju je ayat pertama yang keluar daripada mulut busuk azizi. tanpa memakan masa yang banyak, pelbagai jenis kata makian telah dihamburkan serentak oleh kami berlima. gua pun turut tidak berkecuali.
dan selaju itulah juga tangan kiri azizi yang memegang bahu zaki berubah posisi.
kali ini menunjal-nunjal kepala zaki.

time gua dan saiful baru nak start motor nak balik, gua dengar ada kecoh kat belakang dewan.
dengar cerita lebam biji mata izat makan dek penumbuk zaki.

result barai selamber je macam takde benda.
tapi time kena tinggal dengan makwe terus perangai macam kena sampuk jin.
cilake zaki.

Thursday, 14 March 2013

fedap

gua ingat time dulu je gua terkekang untuk melakukan benda yang gua suka buat.
rupanya time itu masih belum tamat lagi sumpahannya.
berlanjutan sehingga kini.

babi! babi! babi!

gua hanya nak main bola je pun.
bukannya nak pegi rogol anak dara orang!

pagi ni lagi cilake.
baru tiga jam je gua turun training.
enam belas (16) miskol, tiga (3) sms, empat (4) watsap, dua (2) kat fesbuk notification. termasuk mana punya jibauk entah yang add fren.
ni kalau ikot falsafah stephen chow ni, dah lama gua kena terajang.
main bola tak sepenuh hati.

babi! babi! babi!

ok last sebelum gua blah. babi!

Sunday, 10 March 2013

pasca-eksiden

"hah tengok ni tuan. nama tuan ada lagi ni. saya tanda. tuan dah buat hari selasa lepas. siap lulus cemerlang lagi." jurulatih jasmani memberikan hujahnya berserta bukti berupa sehelai kertas yang dipenuhi senarai nama apa entah.

kejadian tersebut berlaku tepat pada hari khamis minggu lepas.

"eh lu biar betul der. gua rasa gua tak buat lagi. jibauk mana pulak yang menyamar jadi gua ni?"

gua masih tak puas hati. sebab kalau masuk perihal melakukan ujian kecergasan jasmani ni, gua memang particular. biasalah bagi manusia-manusia yang fit macam gua ni.
begitu juga kepada anak-anak buah gua. sekiranya ada dikalangan mereka yang kantoi atau tak buat, memang tiga hari empat malam gua lanyak.

"betul la tuan. tuan dah buat. saya ada hari selasa tu. bukannya saya tak kenal tuan." jurulatih jasmani yang seorang lagi tampil mem-back-up member dia.

gua terus termenung sejenak. dahi gua berkerut-kerut cuba mengingati sesuatu.
perlahan-lahan gua melangkah ke arah motor sambil tangan kanan menyelok saku.
beberapa kemudian, rokok dah berasap.

gua tekad. ya. tekad.

gua bagi tempoh seminggu je. ok gua bagi diskaun, dua minggu.
gua bagi tempoh dua minggu je untuk hospital keluarkan result MRI gua apa kejadah semua tu.
sekiranya gagal, memang gua takkan berfikir dua atau tiga empat kali lagi.

gua terus report je kat tian chua.

Sunday, 3 March 2013

dah lama bersedia

'abang. aku kena hantar ke lahad datu. kau jangan bagitahu emak ye. akak pun jangan. aku bagitahu kau sorang je ni.'

ok. jangan main fesbuk banyak sangat. - gua reply


Thursday, 28 February 2013

siri bercakap dengan bola - jenin

petang tadi nama gua dah terpilih untuk masuk dalam team bola sepak base tudm subang.
cantek. naik setakuk lagi standard gua.

kung kang kung kang

dalam masa 4 atau 5 bulan lagi mungkin gua dah main untuk tudm.
sambil-sambil tu mesti gua dah start sibuk bertapa kat dalam gym.
makan gaji buta yang bakal naik saban tahun.

kung kang kung kang

itu jam sathianathan mesti ada pasang scout punya nak tengok tudm main dengan darat atau navy.
tak pun dia yang turun sendiri tengok.

kung kang kung kang

lagi setahun dua mungkin lu orang dah boleh tengok gua main untuk atm kat astro arena. bertukar-tukar hantaran dengan marlon ataupun hai-o.
kalau main live kat tv1, mesti lu orang boleh dengar hasbullah awang sebut nama gua sampai tersembur-sembur.

puii. angan-angan macam cilake.

Monday, 18 February 2013

kejadian

push-up bra.
satu ciptaan yang membuatkan seseorang menipu orang lain hidup-hidup.
memang gampang.

Tuesday, 12 February 2013

x-men

tiga hari selepas eksiden, masa nak keluar wad tu sempat juga gua bertanya kepada dokter. 
untuk kepastian.

"selalunya orang-orang yang normal memang tak lari daripada 5 atau 6 bulan la kalau nak sembuh betul-betul. dalam masa tu awak kena rilek-rilek je. jangan ganas-ganas sangat. kalau nak main bola tu boleh. tapi main dengan orang-orang OKU ke, kanak-kanak spastik ke."

serba ringkas penerangan daripada dokter setelah gua bertanyakan perihal berapa lama gua kena berlakon sebagai watak ulat dalam batu akibat kecederaan ini.

"nah kad ni, lagi 44 hari encik datang balik nak check up dengan dokter pakar." huh nasib baik. berderau jugak darah gua tadi.

gua tunggu je dia cakap 'lagi 44 hari encik boleh prepare baca tahlil'. itu jam baru gua ada point.
kerja-kerja bertumbuk ni pun memang dah lama dah gua tak aktif.
yang sakit tangan gua. tapi kaki gua ni masih boleh terajang orang lagi.

lompat ke 44 hari selepas tu, gua dah parking motor kat hospital sungai buloh dah.
empat jam menunggu, amik x-ray. tambah dua jam lagi baru nombor kena panggil untuk jumpa dokter.
kat situ saje je dah makan enam jam.
tapi nak buat macam mana, pasrah je la dengan situasi di hospital kerajaan.

"encik ada pergi berurut ke, jumpa pawang ke, bomoh patah ke?" soal dokter pakar yang sama meng-examine gua time nak keluar hospital dulu.

"takde. gua takut." jawab gua ringkas.

"hmmm ada buat rawatan lain ke? apa yang encik buat?"

"takde buat apa pun. gua lepak tengok astro je la kat bilik. eh tapi sabtu lepas gua ada pergi main bola kat UPM tu. siap score lagi."

"awak ni x-men ke?" sambil berkerut dahi dokter tu memerhatikan x-ray gua.

memandangkan rahsia gua dah pecah, sambil mengukir senyum jahat, gua mengeluarkan tiga bilah cakar besi dari celah-celah penumbuk gua. zassss. berkilat.

"wah wolverine!!" dokter tu pun ajak gua lepak kantin dan payung gua teh tarik.
gua minta roti canai sekali.
x-men pun lapar juga la woi.

_________________________________

cerita ni macam tak berapa nak sampai sebab gua dah tak tahan nak pegi berak. cilake.

Wednesday, 30 January 2013

uit!

hubungan antara gua dengan mat aji bukan lah calang-calang.
dari lumut membawa ke kuantan.
sambung pula ke labuan.

cerita penang antara gua dengan mat aji, itu malas gua nak petik. lagi mengarut.

senang cerita, bertumbuk mat aji, bertumbuk la gua.

Thursday, 17 January 2013

menengok masa depan

lepas sesi berjumpa dokter tadi, bersembang lebih kurang, gua diam.
gua lepak atas motor sambil cucuh rokok barang sebatang.

"rilek bro.. ini hanya initial findings je. esok lu datang lagi, kita buat further check up mana yang patut."

itu cakap dokter. dan gua harap dokter silap.
esok gua akan port lagi kat bilik MRI tu.

"haa satu lagi. jangan bawa pistol." dokter menokok.

esok gua harap dokter tukar statement. kalau tak, kesian kat siapa-siapa yang nak jadi bini gua.
yang dah terlepas, boleh menarik nafas lega.

Thursday, 3 January 2013

cahaya hati

makin lama gua rasa hati gua semakin gelap.
dan gua tau apa puncanya.
maka dikeheningan malam ini gua tekad mengatasinya.
di dua pertiga malam. waktu afdhal kata orang agama.

gua buka mulut seluas mampu, halakan lampu toshlait.
gua telan cahayanya sikit-sikit.
agar ia  masuk ke dalam dan bisa menerangi kegelapan di hati gua.

buurrrppp.
yang ni gua tipu. mana mungkin makan cahaya pun boleh burp.
gua makan cahaya, bukannya minum minyak tanah.