nasib baik la ada fesbuk. kalau tak mesti sampai ke tua gua tak tau bila result spm keluar.
sebenarnya pada pemerhatian gua, hari result spm ini adalah satu hari yang sangat legend.
kalau kita merayau dalam fesbuk atau pun dalam blog, memang tak lari la cerita-cerita pasal pasal hari result spm.
daripada budak hingusan yang belum pun lepas upsr, sehinggalah tuan haji yang baru je lepas merasa duit pencen memperkatakan tentangnya.
kalau setakat hari nak keluar result pmr atau result final exam kat universiti tu memang tak boleh lawan la dengan hari result spm punya hype.
dah macam nak dekat hari raya pun ada jugak gayanya.
lebih-lebih lagi kalau dah sampai kat sehari sebelum nak keluar result tu.
laksana 30 ramadhan je.
ok yang perenggan ni gua kencing. hari raya lagi meriah.
menyorot kembali beberapa belas tahun yang lepas (gua malas nak kira berapa tahun sebenarnya, lama sangat), time gua sedang nak menghadapi hari result spm.
ada sekor kutu ni, zaki, gua tengok teresak-esak macam bapok kat belakang bangunan makmal kimia.
boleh terserempak dengan zaki ni sebab itu jam gua dengan 4-5 ekor lagi lahabau tengah nak cari port hisap rokok.
walaupun itu jam dah rasa macam besar sangat sebab dah boleh hisap rokok, tapi tetap tak boleh sedut rokok bersepah-sepah.
biasa la kawasan sekolah.
plus kami pun baru lepas tengok peristiwa si azrul dengan fendi kena lepuk kepala dengan cikgu ajiz komando gara-gara buat perangai bangang hisap rokok kat tangga kelas 5 awam hujung.
"apahal dengan lu ni zaki? teruk sangat ke result lu?" gua lupa dah siapa yang start tegur zaki dengan ayat tersebut.
mungkin kerana perasan yang ada suara menegur, zaki mengangkat kepala lemah. tapi tidak menjawab langsung.
gua seluk poket baju bengkel gua yang kaler coklat. keluarkan sekotak kecil dunhill 7. itu jam dunhill 7 ni ada lagi. sekarang memang tak jumpa la. dah pupus.
sambil menyuakan sebatang rokok kepada saiful, sempat gua mengerling ke arah zaki.
merah sangat matanya. berair juga. macam sampah masyarakat yang baru lepas pekena bong.
"dah la tu zaki. ni result spm je pun. bukan ada apa sangat. kalau result barai, lu angkat la nanti julai paper ke september ke. repair la result tu." sani cuba berlagak sebagai fadilah kamsah. padahal muka tak tumpah macam reban ayam.
"gua pun result barai gak. tapi gua rilek je. esok-esok nanti gua stadi la lain. ejai tu pun amik spm dua kali." azizi membuat sedikit penambahan.
gua malas nak layan. adalah lebih baik kalau gua menikmati sepenuhnya moment-moment terakhir gua nak hisap rokok kat bangunan sekolah ni. lepas ni konfem la tak tau bila lagi boleh hisap rokok dalam sekolah.
kalau takdir gua dah tertulis kerjaya gua sebagai tukang kebun sekolah, itu cerita lain.
"bak sini result spm lu, gua nak tengok apa yang barai sangat tu." sambil tangan kiri memegang bahu zaki, azizi membuat dua kerja dalam satu masa. kerja satu lagi tak lain tak bukan ialah menyedut-hembus asap rokok.
dalam masa kurang daripada 5 saat, sebatang rokok dah berasap dan tersepit di celahan bibir zaki.
"gua mana amik result lagi." terketar-ketar suara zaki tatkala dia cuba meluahkan suara, disulam bersama-sama kepulan asap yang tebal. ketika asap mula menipis di dalam mulut, zaki menyambung "babi. babi. ina nak break up dengan gua. dia kata dia sekarang couple dengan izat."
"haram jadah!"
laju je ayat pertama yang keluar daripada mulut busuk azizi. tanpa memakan masa yang banyak, pelbagai jenis kata makian telah dihamburkan serentak oleh kami berlima. gua pun turut tidak berkecuali.
dan selaju itulah juga tangan kiri azizi yang memegang bahu zaki berubah posisi.
kali ini menunjal-nunjal kepala zaki.
time gua dan saiful baru nak start motor nak balik, gua dengar ada kecoh kat belakang dewan.
dengar cerita lebam biji mata izat makan dek penumbuk zaki.
result barai selamber je macam takde benda.
tapi time kena tinggal dengan makwe terus perangai macam kena sampuk jin.
cilake zaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment