Tuesday, 24 January 2012

motor kojek memang cilake

jumaat lepas, gua memang dah berkobar-kobar dah nak pegi stadium selayang sebab nak tengok ATM main bola.
liga premier.
jadi macam biasa, kenderaan rutin gua nak pergi stadium tentunya motosikal.
selalu kalau setakat ke bukit jalil, atau ke stadium shah alam tu, gua sesah motor etong je.
walaupun hanya sehelai motor kriss cabuk, tetapi tak pernah mengecewakan gua.
malahan selalu je gua sampai awal melebihi waktu yang terjangka.

tapi ini kali gua ingat nak lenjan motor kojek la pulak.
memandangkan dah lama jugak gua ushar motor dia kat parking tu cantek je lepaknya.
lebih-lebih lagi melihatkan kepada rupa fizikal dan data tekniknya yang gua rasa boleh membawa kepada tujuh atau lapan kali ganda lagi jahat dari motor etong tu.
memang nampak macam motor baru laa..

jadi dengan tak pikir panjang sangat, gua terus je sms mintak pinjam motor. 
sebab itu jam kojek dah on the way balik kuantan.
sms tu kira langkah susulan yang gua ambil setelah mesej yang gua hantar melalui fesbuk tidak mendapat respon.
padahal terang-terang kat situ gua nampak dia online.
cilake.

"takde hal tuan. kunci motor dalam laci meja. meja kat dalam bilik. kunci bilik kat dalam kasut adidas. kasut ada kat rak kasut. rak kasut ada kat dalam bilik." 

panjang pulak sms yang lahabau tu reply. berpinar jugak gua nak baca. walaupun sekali imbas. cilake ni jawab pendek-pendek cukup la. 
macam la gua ni bebal sangat tak boleh nak paham.

"ok cun!" haa nampak. gua demo sikit kat dia cara nak reply sms kasi sependek yang mungkin.

itu jam baru pukul 3 petang. game start pukul 4.45 petang.
so kung kang kung kang perjalanan tambah pakej sesat nak cari stadium lagi, pukul 4 petang baru gua rasa nak gerak.
gua takde nak goyang sangat sangat sebab gua tau motor kojek ni jenis motor laju jugak.
gua berani cakap la sebab gua penah tengok motor jenis motor kojek ni berlumba kat cub prix kat tv3 tu.


lebih sikit pukul 4 tu, sesudah gua siap nak keluar, gua singgah ke bilik kojek.
nak ambil kunci motor.
masa gua nak keluar bilik tu, sempat jugak gua melontarkan pandangan ke langit dan ke ufuk sebelah KL tu.
langit gelap je. memang nak hujan la tak lama lagi ni.


hujan-hujan la baru best nak merempit atau tengok bola. nama pun nak pergi tengok bola, kalau nak pergi berdating atau buat maksiat lain cerita la - monolog gua.


sampai je kat depan bilik dia, gua dah jadik konfius.
kepala bana apa mana pegi dia punya rak kasut?
kata kunci bilik ada kat dalam kasut.
kasut kat atas rak.
gua memang pasti yang gua takkan tersalah bilik punya.
nak salah kejadah apa kalau bilik kojek tu depan bila gua je.
makan dalam lapan langkah, sampai la ke bilik dia tu.


tak puas hati punya pasal, gua seluk kocek sambil gua rentap henset nak baca balik sms yang dia bagi tadi.
selepas khatam mebaca sms tu dalam tiga kali ulang, serentak itu jugalah gua terajang pintu bilik dia.


nakharam apasal la gua pun satu bebal jugak sebab cantek punya reply 'ok' kat dia.
cilake.



Sunday, 22 January 2012

test market II

lemigo

entah mana punya poem kat fesbuk gua sebat, jadik la benda ni.
sebutan pun gua pelat lagi.

Friday, 20 January 2012

test market

 u dun no mi


ni gua saja nak try benda alah camne nak letak lagu.
makan minggu jugak gua try ni.
last-last ini je hasilnya.

lagu pun tak siap habis lagi.
tapi lirik ni orang lain punya.
gua sebat dari mana punya fesbuk entah.

Monday, 16 January 2012

mari mewarna rambut

"ke belakang pusing! ke belakang pusing!"

arahan yang simple dan lembut tapi tegas dijatuhkan ke atas diri gua tatkala mengadap pegawai memerintah(CO) gua untuk mintak sign cuti time dekat-dekat nak raya kat labuan dulu.
gua akur sambil menelan air liur yang terasa pahit.
macam rasa nak nangis pun ada jugak time tu.


"mampos gua. mampos. ada yang kena raya kat kampung air je ni kang." getus gua lemah. tapi dalam hati je la.


"eh itu hari bukan saya dah sound awak direct sekali ke? awak ingat saya tak kenal muka awak. muka awak kat labuan ni ada satu je tau."


walaupun dia tak bagi tau lagi apa salah gua, tapi sah-sah la gua dah tau apa yang dia tengah bebelkan tu.
sebab memang betol, time dia datang buat lawatan kerja kat ofis gua dua hari lepas, dia sound gua direct je.
depan bos gua pulak tu. gua nak buat apa lagi, kena sound gua senyum je la yang mampu.
takkan la gua nak buat perangai menjawab pulak kan.
itu jam kalau gua bagi alasan petik nama emak gua, mesti tak cakap banyak punya gua kena tempeleng kat situ jugak.


"sekarang ni, awak berambus dari ofis saya. pegi gunting rambut. lepas tu baru jumpa saya balik. time tu baru saya pikirkan nak sign ke tak cuti awak tu. hilang sekarang!"


gua bila dengar dia sound macam tu pun apa lagi, dengan pantas gua ambil balik borang cuti gua yang kat atas meja dia tu.
sekelip mata gua berdesup keluar dari ofis dia.
kalau ditunggu lebih lama lagi, lain pulak nanti jadinya karang.
silap gaya ada harap cuti gua kena gantung sampai 2-3 tahun pulak karang.

gua start motor langsung menuju ke kedai gunting rambut.
sambil gua mengepam asap rokok, benak gua mengimbau kembali kejadian 3 hari sebelumnya di mana perbualan tercetus antara gua dan emak gua melalui talipon ketika bagitau emak gua yang 'mak, tahun ni gua balik raya'.


"bang, nanti kalau kau balik kampong tu, buat la style-style bela rambut kasi panjang sikit. rambut kau tu dari sekolah asyik potong botak je. mak nak jugak tengok kau rambut panjang sikit buat-buat style ronaldinho ke, amirulhadi zainal ke.."


ok. itu amanat emak gua.
tapi macam mana nak jawab dengan CO gua yang emak gua yang suruh bela rambut?
itu jam kalau gua petik nama libatkan emak gua, letak pisau kat tengkuk gua ni pun sampai mati CO gua tak percaya cakap gua.


cilake.
sia-sia je gua beraya time tu dengan rambut botak macam biasa.







Friday, 13 January 2012

silverstate indipendiente

kredit : sokernet.blogspot

mengimbau kembali zaman-zaman gua terjebak dengan stadium ni sebenarnya bukannya baharu.
kalau gua nak petik pasal stadium indera mulia kat ipoh tu, pertama kali gua jejak time tu gua form 3 dulu.
itu pun bukan pasal tengok bola sepak, tapi untuk sesuatu yang lebih legend lagi daripada tu..
iaitu mewakili daerah gua berentap main takraw.
dan juga hampir hadir untuk menjalani pemilihan untuk mewakili SUKMA perak.
tapi digagalkan oleh kepincangan pengurusan bangang oleh sekolah gua.
senang cerita, kalau pengetua itu jam takde, suruh la penolong kanan yang sain surat pelepasan gua tu.
sia-sia je nasib gua dengan killer gua tak terbela.
kalau tak, gua memang yakin sangat lu orang boleh tengok muka gua kat tv main untuk malaysia.
cerita kena lauk dengan thailand, tolak tepi dulu.

cilake apahal pulak gua pegi cerita benda yang takde kena-mengena dengan gambar kat atas tu?

haa lepas tu gua start terjebak tengok bola kat sana masa form 5.
itu pun sebab berkawan dengan budak-budak skinheads yang memang hooligans kat sekolah gua tu.
sedari itu gua memang tak menoleh ke belakang lagi.
asal ada game je kat ipoh, memang kat situ la gua duduk.
itu jam mana ada orang panggil ultras-ultras lagi.
takde nak poyo macam sekarang, bajet macam dah lama je main scene bola stadium ni.
padahal baru start sokong lepas malaysia menang sukan sea dulu.

bila dah masuk kadet, baru la aktiviti style macam ni terganggu.
ye la, lepas tauliah je terus kena campak ke labuan.
orang yang hilang akal pun belum tentu boleh follow lagi nak pegi stadium kalau duduk kat tempat-tempat camtu.

sekarang ni bila kerja pun dah rilek sikit, duduk pun dah kat area lembah klang ni, senang la sikit gua nak sambung balik legasi perangai gua tu.
rambut pun gua dah buat botak balik.
mungkin gua akan sarung balik boot dr martens gua ni selaras dengan etika berpakaian skinheads hooligans.
walaupun gua berseorangan.

gua akan cuba pergi ke semua game perak tak kira di mana sekadar yang mampu.
kalau main kat area dekat-dekat je la.
kalau main kat sabah sarawak tu, apa ke lancau gua nak pegi.

Friday, 6 January 2012

ini satu mutasi

petang tadi, lepas semayang jumaat, gua melepak kat bilik dengan aiman stalin.
aiman ni merupakan seorang mualaf berketurunan iban kalau tak salah gua.
baru lebih kurang empat atau lima tahun menjadi sedara baru.
jadi, sebagai seorang muslim, tak banyak sikit pun gua kena tunjuk la contoh yang baik kat brader ni.

gua pernah masukkan entri tentang si aiman ni tak lama dulu.
tentang bagaimana gua mengajar dia mengaji quran menggunakan juhama.
lepas tu gua cakap kat dia jangan nak mengada-ngada layan baca iqra' lagi.
jahanam habis tajwid. 

itu cerita lima bulan dulu la.
gua ajar dia macam mana nak kenal huruf dan makhraj sebutannya.
tiga hari je gua ajar, boleh tahan jugak la dia punya skill juhama.

tapi lepas sembang lebih kurang petang tadi, gua jadi menyirap balik la.

"apa cerita dengan juhama lu? dah lima bulan dah ni gua tak dengar. koman-koman pun mesti lu dah boleh baca quran dah ni sekarang. gua dulu umur darjah tiga dah khatam quran dah. tingkatan empat gua dah hafaz 28 juzu' quran tu selamber." kata gua sambil mencucuh rokok barang sebatang. dalam pada tu sempat jugak gua ceritakan serba sedikit kisah benar tentang diri gua.

"entah la beb. susah la kat labuan tu. takde orang nak ngajar gua macam lu ajar. kalau ada pun, lebih kurang gua je skill dorang."

dengar je jawapan macam tu dari aiman, gua tak cakap banyak terus je gua bangun buka peti sejuk.
ambil ais dalam dua tiga ketul dan terus gua telan sekali nafas sebelum gua betul-betul jadi marah.

gua tak paham betol la umat zaman sekarang ni.
boleh pulak dorang biarkan je golongan mualaf macam aiman ni terkontang-kanting tanpa bimbingan yang mapan.
semuanya nak harapkan gua jugak yang setelkan.
tapi takpe gua takde hal punya.
kes-kes macam ni, gua akan mulakan dengan langkah pertama since aiman pun akan lepak tido kat bilik gua malam ni.

"ok aiman. malam ni kita lepak dulu tengok live band sambil minum-minum apa yang patut. esok baru gua pikirkan samada gua nak terima balik lu sebagai anak murid gua. akhirat, akhirat jugak, tapi keseronokan duniawi kita tak boleh abaikan begitu saja. tak gitu?"

aiaman mengangguk pantas. 
cilake! suruh baca juhama malas, ajak clubbing cepat je lu!

Thursday, 5 January 2012

indie membabi buta - the return

ok gua sambung balik cerita gua yang tertangguh tadi.

pagi pertama nak masuk sekolah, gua memang dah ready apa yang patut. beg sekolah memang gua tak bawa pun.
jadah apa nak bawa beg sekolah hari pertama time orang sibuk-sibuk nak daftar la apa bagai.
buku-buku paling busuk pun akan dapat dalam esok lusa.

walaupun ayah gua tak hantar gua ke sekolah, tapi beliau memang awal-awal dah brief gua apa nak buat semua.
siap teman gua masa nak tunggu bas sekolah.

"ok bang. nanti bila dah naik bas, kau rilek je. jangan turun sampai bas tu tiba kat sekolah tau. sampai kat sekolah, masuk je kelas mana-mana. nanti ayah sampai, ayah carik kau."

gua mengangguk tanda paham serba sikit arahan yang ayah gua lemparkan tu.
tanpa mengeluarkan sebarang suara, dalam hati gua, eleh arahan simple macam tu takkan la gua selaku hero ni tak boleh nak ikut kan?
hal kecik je semua tu.

"salah masuk kelas tu biasa la time mula-mula sekolah ni" sambung ayah gua.

bila bas datang, gua daki tangga bas tu sambil menghafal arahan yang gua bagi tadi.
gua port kat sebelah siapa entah gua pun dah tak ingat.
bas meluncur sehinggalah ayah gua hilang daripada pandangan.
setel satu hal.


sepanjang perjalanan dalam bas tu, gua buat-buat rilek sambil pandang sekeliling budak-budak dalam bas.
gua saspek yang sebaya gua ada la dalam dua tiga ekor kot.
yang lain semuanya brader-brader yang mungkin akan menjadi senior gua.


sampai je bas tu kat sekolah, gua ikut arahan ayah gua tu satu persatu.
ikut orang turun bas, lepas tu main langgar je nak duduk kat kelas mana.
sekolah tu pun takde la besar mana sangat, so konfem-konfem ayah gua memang tak akan ada masalah la kalau nak carik gua nanti.
gua saspek paling koman pun kalau ayah gua sesat, dalam dua jam mesti dah boleh jumpa gua dah.

sambil-sambil gua menunggu, gua tengok kiri kanan.
kali ni baru dapat tengok gelagat budak-budak sebaya gua dalam kelas tu.
macam-macam punya perangai ada.
yang gelak ketawa sebab dapat satu kelas dengan geng kampung pun ada, yang melalak teriak usah cerita la. lagi ramai.
siap ada yang peluk kaki mak bapak sebab nak balik tu.
gua pun tak paham apa la masalah dorang ni.
suruh duduk kat sekolah je pun, bukannya kena penjara nak teriak bagai.

bosan gua menunggu, gua tegur member sebelah. bukan niat nak buat kawan, tapi nak tanya masa sebab gua nampak dia pakai jam kaler merah.
pehhh kecik-kecik dah pakai jam. entah tau ke tak baca jam tu.
gua try tanya pukul berapa, dia tak jawab.
hanya sekadar menyuakan tangan untuk gua tengok sendiri jam pukul berapa.
huh! sah memang bangang budak ni tak reti baca jam.

mak aaiii ni dah makan 4 jam dah ni gua duduk lepak bangang je dalam kelas tu.
mana pulak pegi ayah gua ni?
ok gua bagi sampai setengah jam lagi, kalau ayah gua tak muncul jugak, gua nekad balik rumah jalan kaki.
lagipun gua sempat buat kira-kira masa dalam bas tadi, laluannya agak familiar dan jarak sekolah tu takde la jauh sangat.

tak sampai sepuluh minit, ayah gua muncul di muka pintu kelas.
tanpa melangkah masuk ke dalam kelas, beliau hanya melambai dari situ dan memberi isyarat seakan-akan 'kau keluar sekarang!'.

"jom!" sepatah sahaja perkataan yang ayah gua paculkan sambil menarik tangan gua.

"nak ke mana, ayah? gua salah kelas ke?" gua berani nak tanya balik sebab awal-awal lagi ayah gua dah sound kalau setakat kes-kes salah masuk kelas time hari pertama ni, memang biasa dah orang buat.

"saper suruh kau turun kat sekolah ni? kau ni bukan setakat salah kelas, ni dah tahap sekolah pun kau salah masuk ni tau tak."

"hehehe mana la gua tau. gua ikut arahan ayah je tadi. ayah tak bagi tau pun yang bas ni pergi sekolah lain dulu sebelum pergi ke sekolah gua. gua tengok orang turun, gua pun selamber la turun."


ayah gua diam je buat-buat tak dengar. tapi gua pasti yang dia tak dengar la sebab gua cakap dalam hati je time tu.
itu hari merasa jugak gua naik motor mana entah yang ayah gua pinjam.
pukul dua petang baru daftar sekolah.
amacam? tak cukup indie lagi ke macam tu?

 







indie membabi buta

semalam, asal gua buka fesbuk je, penuh dengan cerita ibu bapa hantar anak masing-masing time hari pertama sekolah.
lagi pulak bila gua refresh je browser, cerita yang sama jugak.
tapi kali ni siap dengan gambar anak masing-masing kat dalam kelas.
lantas gua pun terfikir satu hal ni.

sama ada anak-anak zaman sekarang ni yang manja, atau pun mak bapak zaman sekarang ni yang terlalu manjakan anak-anak dorang.
kesimpulannya, kedua-dua statements di atas boleh digunapakai.

kemonnn!! 
gua bukan sembang kosong kat sini.
gua berani sembang sebab gua dah melaluinya.
bukan sebagai bapak-bapak, tapi sebagai anak.
senang cerita, gua dah into scene indie ni sejak lepas tadika ukhuwanul muslimin lagi tau tak.

satu malam sebelum nak masuk sekolah tu, gua buat-buat macam biasa je.
standard la budak-budak nak masuk darjah satu, nak prepare apa pun kan. sah-sah la semua emak gua yang tolong buatkan.
sesi malam gua itu hari diakhiri dengan kata-kata keramat ayah gua;
"dah pergi tido tu. esok nak bangun awal pagi pegi sekolah. esok kalau kau liat nak bangun pagi, ayah angkat kau masuk dalam kolam tu."
itu jam memang gua terus ikut je cakap ayah gua. style-style taat tak berani membantah.
taat konon. padahal takut.

tiba keesokan harinya, pagi-pagi lagi gua dah siap.
gua pun kurang pasti kenapa ayah gua tak hantar gua ke sekolah pada hari pertama macam ayah-ayah zaman sekarang ni buat.
tapi gua saspek mungkin sebab itu jam, kenderaan rasmi famili gua adalah merupakan sehelai basikal tua je.
lagipun gau takde hal sangat benda-benda kecik macam tu.
tau la gua jaga diri gua nanti.

cilake perut gua dah menggigil dah ni. lapar.
nak menaip pun tergagap-gagap dah ni.
sebelum cerita gua ni jadik cincai, baik gua berhenti.
lepas makan nanti gua sambung.

Friday, 30 December 2011

hidup sesudah mati

genap setahun yang lepas, gua lenjan kereta gua ke kuantan.
itu jam gua memang maklum yang kereta gua tu sangat tak fit.
tapi gua nekad kan diri gua jugak.
sebab gua sedang mengejar sesuatu yang bersangkut paut dengan masa depan gua.


cilake la time-time ni ada pulak citer best kat tv.
lain kali la gua sambung!

Thursday, 29 December 2011

yang baik jadikan sempadan

ok gua nak petik pasal dua orang adik lelaki gua.
sekor nama saifullah, yang sekor lagi fakhrullah.


yang si saifullah ni ok sikit tahap rajinnya.
sudah bekerja sebagai tukang goreng fries kat mcd tu.
balik kerja, lepak rumah. takde nak merayau merata hala.
walaupun dia ni obses dengan K-pop, tapi emak gua takde la kisah sangat.
sebab kerja-kerja surirumah pun banyak dia yang setelkan.


lain pulak ceritanya dengan si fakhrullah ni.
walaupun baru sekolah menengah, tapi skill merayau dia gua tengok dah hampir-hampir nak menyamai gua dah.
jenis tak reti nak lekat kat rumah.
makanya, bebel mak gua je la makanan dia hari-hari.
last gua check report kad dia, memang barai habis.


"kalau kau merayau lagi malam ni, mak kawen lain! biar kau dapat bapak tiri!"


itu je la senjata emak gua yang paling mampan sekali buat masa ini untuk menidakkan kaki si fakhrullah ni merayau malam-malam.
boleh membuat dia melalak sambil sujud kat kaki mak gua merayu-rayu supaya jangan kawen lain.


dengar cerita, paling legend sekali dia pernah buat ialah kayuh basikal carik air terjun kat beruas tu.
memang macam cilake jauhnya tu.
gua naik kereta pun makan setengah jam, inikan pulak naik basikal. 
elok-elok sedap sejuk mandi air terjun, on the way balik tu sah-sah dah berpeluh balik.


tapi ugutan tu tahan jugak la dalam semalam dua.
lusa tulat dia buat la perangai balik.
jenis nak kena makan penampor dulu baru nak ingat sampai bila-bila agaknya.

sedang elok gua layan tv cerita vanaavil kat kampong, sempat la jugak gua dengar mak gua membebel kat dia dari dapur.


"kau ni fakhrullah tak reti dok diam ke kat rumah? merayau je kerjanya. aku potong kaki kau tu kang baru kau tau. cuba la kau ikut macam saifullah tu."


gua dengar apa yang emak gua sound kat dia sambil gua masih lagi selamber baring depan tivi.
sambil-sambil tu gua tunggu jugak, kalau dia menjawab je, memang gua turun ke dapur dan lambung terus dia ke dalam sungai tu.
tapi nasib baik dia senyap.


dan senyap-senyap jugak dia keluar dari dapur tu, lantas duduk kat sebelah gua.


"mak tu biar betul bang. ada ke patut mak suruh adik ikut macam saifullah. sanggup adik dapat bapak tiri daripada ikut saifullah jadi K-pop."


kali ni gua terus bangun dan lambung dia ke sungai terus tak cakap banyak.
bebal tu jangan tunjuk sangat. simpan-simpan sikit.

Tuesday, 27 December 2011

musibat d'ramadhan - gua budak bijak

kat kampung gua, rumah gua terletak paling hujung sekali.
ini memang fakta. paling hujung.
terletak di antara pertemuan dua sungai.
sungai yang tak berapa nampak macam sungai dah.
lebih kepada bentuk fizikal parit la.


di tebing antara dua sungai tersebut, duduk diam satu pokok yang sederhana besarnya.
pokok spesis apa, gua tak dapat nak tentukan.
sebab arwah ayah gua cakap, pokok tu ada sejak zaman revolusi islam iran lagi.
lagi pulak mak gua tambah, jangan buat kerja gila dok lepak bawah pokok tu.
sebab ada penunggunya.
disokong oleh adik gua, dia pernah nampak ada benda melepak kat situ pada suatu malam.


bulan puasa lepas, nak dijadikan cerita, gua nak test market la lepak bawah pokok tu.
ini cerita time malam lepas gua balik melepak.
terawih jangan cerita la dia punya barai.
time bulan puasa je la yang gua berani buat kerja tu.
kalau bulan tak puasa, memang gua goyang.


usai gua bercangkung bawah pokok tersebut, gua menyalakan sebatang rokok bebas cukai.
sambil tu gua dok layan jugak tengok air sungai yang mengalir.


"hoi!"


nakharom mana pulak yang main hoi hoi time gua tengah solo melepak ni.
tapi gua buat-buat rilek je.
rilek la kan time bulan puasa.
setan nirrojim semua kena ikat, apa nak takut.


serentak gua menoleh ke belakang.
dalam gelap gua melihat sesusuk tubuh yang tingginya dua kali ganda dari gua.
gua saspek ada la dalam 3 meter tingginya tu.


itu jam gua masih boleh bertenang dan rilek berlagak hero.
hero kejadah apa kalau baru kena hoi je dah nak terkencing.


"aku jin yang menjaga pokok ini. oleh sebab kau la manusia pertama yang berani melanggar port aku, jadi aku akan tunaikan hanya satu permintaan kau. minta la apa-apa pun. aku akan bagi punya."


makhluk tersebut memulakan bicara tanpa gua sempat bertanya.
ramah jugak nampak gayanya ni.
oooo jin rupanya. patut la tak kena ikat time bulan puasa ni.
gua saspek jin ni jenis jin yang geng baik-baik punya.
itu pasal la dia bebas je.


dalam hati gua, apa cilake bagi kat gua satu permintaan je.
haram jadah apa benda yang gua nak minta kalau setakat satu permintaan je.


"satu je ke jin? tak boleh kawtim ke?" gua dah jadi semakin berani dek keramahan yang ditonjolkan oleh jin tersebut.


"tak boleh! satu je. cepat minta. aku nak pegi sahur ni."


"ok la. satu pun, satu la. daripada tak de langsung ye tak?" seraya gua melihat jin tersebut menganggukkan kepala tanda setuju.
lantas laju je gua menambah;


"kalau macam tu, benda yang gua nak minta ialah lu bagi gua sepuluh permintaan. amacam? itu je permintaan gua."
gua tersenyum. jin ni sudah kena jual dengan gua nampaknya. hehehe


"itu sudah main tipu! aaarrrggghhhh...!!" serentak jin tersebut menukarkan dirinya kepada bentuk asap lalu hilang di udara.


cibai punya jin. janji nak bagi permintaan, ini gua baru mintak sikit, dah lari.
lagi penipu punya perangai!


lepas tu seminggu straight gua tunggu jin tu bawah pokok.
mana la tau untung-untung boleh gua try minta lagi.
tapi sampai sekarang dia tak muncul-muncul.
adik gua pun dah takde report kata ada penampakan pulak kat bawah pokok tu.
so gua saspek jin tu dah serik lagi nak jaga pokok tu.
mesti dia pegi carik port lain.


amacam? senang tak nak ajar penunggu pokok?
kira taktik ni sesuai digunakan time bulan puasa je.
time bulan-bulan tak puasa, huh tak cerita banyak gua pun belum tentu berani lagi. 



Monday, 26 December 2011

aggravation & boisterois

peehhh satu-satunya tajuk yang gua buat dalam bahasa inggeris.


setelah hampir 12 tahun, barulah gua kembali dengan menyarung semula boot dr marten, jeans levi's dan fred perry.
skinhead! 
cuma rambut gua je agak panjang sedikit.




Drank in a pub on a saturday night 
Me and the boys were feelin' alright 
Then we walked the streets feelin' loads of pride 
Proud with our roots and our way of lives... 

Then stood some geezers tried to steal the night 
Stared at us, tried to pick a fight 
Me and the boys were waiting for the start 
As we prepared for an aggro, oh! what a night... 
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/acab/street_of_uptown.html ]
That's the story of how our lives go 
We have been taught like a bunch of snucked up fools 
Scorned by many, understood by few 
There's not much things left for us to do 
Don't wanna go back to dark days of mine 
Where I've gone too far, I could've killed someone 
But I don't wanna sit down behaving like a cunt 
While watching my mates doing the best they can 

In the streets of uptown 
Streets op uptown 
It is our ups and our downs... 
And it goes around and around... 

In the streets of uptown 
Streets of uptown 
It is our laugh and our tears 
And it will last for years...



korelasi dengan apa yang telah dipersembahkan di atas, gua dan jerry dengan wiranya mengadap serangan oleh lima orang malaun dari sabah di sunway lewat malam krismas baru-baru ini.
hanya kami berdua.
memang glorious la.
sebelum mat tas, karo, jep dan pian tiba.


gua kalau dah pekena skinhead gear, memang lain macam punya semangat nak bertumbuk tu datang.
hihihi menang bertumbuk boleh la  gua cerita kat sini.
cuba kalau itu malam gua kena lauk, takkan la gua nak sembang jugak ye tak.
buat malu je. hehehe cilake!



nak menipu pun jangan la nampak sangat

ada satu minggu tu, minggu lepas punya rancangan nona ke apa entah gua pun dah lupa.
keluar cerita pasal konvoi motor harley davidson.
dari mana ke mana entah gua pun tak amik port sangat.
tapi ada la dalam ratus-ratus bijik punya motor.


lepas tu macam biasa la, tak sah kalau takde interview.
lebih kurang macam ni la bunyi dia;


"dalam kelab harley davidson ni, kami bercampur-gaul dengan semua orang. tidak membezakan antara satu sama lain. itu yang seronoknya. tak kira la dari keturunan kerabat ke, eksekutif ke, CEO ke, atau tukang kebun."


ya! 'tukang kebun' tu bukan gua suka-suka letak.
memang itu la yang jibauk tu petik.


sekarang ni gua cabar lu orang tunjuk kat gua, kat dalam dunia ni, mana tukang kebun yang ada pakai harley davidson tu.
lancut!
kalau ada, meh sini tunjuk kat gua. tak cakap banyak gua terus join je jadi downline dia.


tukang kebun istana buckingham pun belum tentu mampu beli kereta kancil, apatah lagi motor besar macam tu.
ptuiihh!

Sunday, 18 December 2011

blues pegawai kadet

kalau nak diikutkan logik akal, perjalanan dari alor setar menuju ke kampong gua tu takde la lama sangat.
kira kalau pukul rata dari alor setar ke ipoh, ada la makan dalam empat jam.
ipoh ke lumut tu gua malas nak petik la.
sebab bas perak roadways memang sesah sejam sekali.
takde hal langsung kat situ.

sebut pasal bas perak roadways ni, haa memang legend bas ni.
gua main bas ni memang dah lama sejak gua sekolah dulu.
berulang dari seri iskandar hala ke ipoh, lepas tu terus patah ke lumut, itu memang makanan gua.
driver bas brader shuib tu pun memang dah kenal dah muka gua dengan member-member gua.
siap masak lagi dengan perangai kami.
setakat hisap rokok dalam bas tu, dia buat-buat tak nampak je.
dan pernah ada sekali tu, ada sekor mangkuk hayun mana entah boleh bantai kencing daripada tingkap bas.
kalau itu jam bas tengah memotong mat rempit, memang ada harap mandi air kencing la jawabnya.

tapi ini kali bukan gua nak cerita pasal bas perak roadways, gua nak sembang pasal ada satu bas berjenama cepat ekspress.
jenis berulang dari alor setar ke ipoh dua hala secara konsisten bangang.

macam gua tulis kat atas tadi, makan empat jam je kalau gerak dari alor setar ke ipoh.
tapi ada sekali tu gua gerak dari alor setar pukul 9 pagi, gua jejak kaki kat medan kidd ipoh tu pukul 6 petang.
cilake! 
gua pun tak tau apa lahanat yang dah jadi pada bas tu, 6 jam gua habiskan masa gua kat tepi longkang mana punya hiway entah!

6 jam tu kalau gua layan jamming dengan kutu-kutu ipoh tu, sah-sah la memang boleh membawa kepada kejang satu badan main dram.

selepas tu, terus gua berazam dan bersumpah pada diri gua sendiri, gua takkan jejakkan lagi kaki gua ke dalam perut bas cepat ekspress tu.
gua rasa itu la pertama kali dalam hidup, gua buat azam.
tak payah nak tunggu tahun baru pun.
lagi pun setakat berulang ipoh-alor setar tu, berlambak bas yang boleh buat.

selang dua bulan selepas kejadian nakharom tu, gua cuti lagi.
tapi kali ni gua memang dah berpegang pada azam gua.
cepat ekspress, lu orang boleh pergi jahanam.
gua nak naik bas lain pulak kali ni.


gua lupa pulak bas apa yang gua dah naik hari tu, tapi dia punya kondisi kira cun jugak la.
dalam hati gua dah berkira-kira, ini gerak pukul 10 pagi, paling cikai pun dalam pukul 2 atau pukul 3 petang gua dah boleh port kat yik foong dah ni.


gua naik bas, cari seat mengikut nombor yang ada kat tiket, gua duduk, pasang walkman, terus lelap.
rutin yang biasa gua lakukan kalau naik bas ekspress ni.

lain la kalau naik perak roadways, selalu naik bas penuh asyik kena berdiri je, bila masa pulak gua nak tido.
kalau dapat duduk pun, belum tentu boleh tido lagi.
bunyi enjin tu usah cerita la, memang macam bunyi kapal terbang nak terhempas pun ada. 
gua saspek dia ikat timing belt dia dengan tali rafia kot.
dengan takde ekonnya, dengan penumpang buat bising bersembang dah macam dalam bursa saham, memang takde la gaya gua dapat nak tido.
dasar nak save tak beragak sial!

tido gua dikejutkan dengan bunyi enjin bas dimatikan. siap dengan gegar-gegar body bas lagi.
seraya gua melihat jam ditangan, menunjukkan pukul 2.30 pm.


"huh dah sampai ni.. mantap!" gua separa berbisik. cukup hanya gua seorang je yang boleh dengar. 


"eh ini bukan kat medan kidd ni! cilake kat mana pulak bas ni berenti?" sambung separa bisik gua sejurus melemparkan pandangan ke luar tingkap. gua dah tak sedap hati dah ni. kalau ikut masa, harus dah kat yik foong dah gua ni.


"ok tuan-tuan dan puan-puan. saya minta maaf banyak-banyak. bas ni ada masalah sikit. memang dah tak boleh nak blah dah ni. kita berhenti kat sini dulu, nanti akan ada bas lain datang ganti. minta maaf sekali lagi." cilake rilek je riak wajah brader driver tu buat pengumuman.


babi! kena lagi gua kali ni!
entah berapa jam lagi la gua kena melepak kat r&r ni pun gua tak tahu.
nasib baik la sempat dia berenti kat r&r. 
ni kalau dia buat perangai berenti kat tepi longkang, memang tak sempat brader tu nak abis cakap, tempeleng gua dah pegi dulu ke muka dia.
dah la haram sekor makwe pun takde naik bas tu.
kalau tak, boleh jugak gua try ejas sorang dua buat modal nak menunjuk kat kutu-kutu yang dah sedia menunggu kat yik foong tu.


gua pun tak ingat dah berapa juta batang rokok gua dah sental itu jam, last-last brader driver tu buat jugak pengumuman terakhir.
bas dah datang katanya, sambil bersemangat mengacungkan jari telunjuk ke arah satu susuk yang berbentuk bas.

maki hamun gua dalam hati masa tu memang tak pernah susut.

tambahan lagi bila gua ushar jam dah pukul 5.30 pm.
apa gampang bas yang recovery pun lambat sampai 3 jam.
memang bikin gua menyirap betol la. 
ini kalau kat sekolah ni, memang jadi kaler lain bas ni gua kerjakan.


tapi yang lebih bikin gua menyirap, bila gua sampai dekat je kat bas ganti tu, kat body bas tu besar-besar dia tulis CEPAT ekspress.
ini lagi gampang!
kali ni gua memang betol-betol kena ni!
gua baru je nak berjinak-jinak menanam azam.
tak sampai dua bulan, dah barai!


sampai medan kidd pun dah cecah pukul 8 malam.
member-member ke mana, yik foong pun ke mana.
baik gua blah balik kampong terus.
kalau gua lajak ke yik foong jugak ni, silap-silap gua kena pukul dengan kutu-kutu pasal datang lambat. tak sanggup gua.


nasib baik perak roadways ada.
tak pernah mengecewakan gua.
kalau perak roadways pun try nak buat benda-benda gampang style cepat ekspress tu, memang tak cakap banyak, gua terus kelar je tayar bas tu satu-satu.
biar lingkup kompeni tu!

Wednesday, 14 December 2011

bangang abadi

lapan tahun gua dengan scooby joo, banyak silap yang dah gua buat.
biasala punk-rocker macam gua ni mana la ahli sangat dengan etika dan tatacara bercouple ni.

dulu masa scooby joo buat keputusan, gua masih ingat yang gua ni betul dan dia salah.
tapi tak lama, dua tiga hari je lepas tu, gua dah start sorot kembali apa yang gua dah buat selama gua dengan dia.
salah gua banyak.

ceritanya sekarang lepas ni gua boleh pastikan, mana-mana makwe yang akan menjadi pasangan hidup gua tak kira atas status gefren ataupun bini, atau mungkin sebagai skandal sekalipun, akan jadi bertuah.
sebab gua takkan ulang balik apa silap yang gua dah buat dulu ke atas scooby joo.
tapi andai kata gua terbuat jugak, anggap la yang gua ni tak sengaja.
kalau gua sengaja buat, anggap la yang gua ni tersengaja pulak ye.
simple macam tu je. 
hihihi

ok pada makwe-makwe yang kat luar sana tu, boleh la start berusaha merebut gua.
pada yang ada bajet lebih tu, boleh terus langgar je jumpa mak gua. 
kata nak masuk minang.
sebab gua takde duit nak kawen.
banyak yang gua dah bagi kat pewaris lim goh tong tu.
macam cilake.

Sunday, 11 December 2011

stressed

semalam petang gua saja cari pasal gi jalan-jalan ke alam sentral tu.
punya la lama gua tak pegi situ, sampai gua siap dah lupa dah kat mana tempat nak parking motor.
haa itu belum kronik lagi.
yang paling cilake sekali ialah bila gua dah masuk dalam plaza alam sentral tu, gua jadi takjub. melopong jap.
bila masa pulak dorang renovate alam sentral ni jadikan dua tingkat. 
boleh tahan mahir jugak hasil tangan mat-mat indon dan bangla yang ada kat malaysia ni.
nak harap budak-budak melayu punya kerja, reban ayam pun belum tentu jadik rupa.


gua tak puas hati, keluar balik, kat luar tu besar-besar dia tulis komplek pkns.
cibai!

dalam perjalanan balik tu, mashaAllah punya la lebat hujan turun kat shah alam tu.
tapi gua redah je naik motor. lama jugak tak main hujan ni. sekali-sekala layan jugak.
rasa macam dah naik jet ski pun ada.
sesekali bila melintas depan bus stop, penuh sesak dengan rider-rider yang tumpang berteduh.
dalam hati gua, apa barang manja sangat naik motor tapi hujan pun takut.
establishment betul!


sampai je bilik, gua punya basah macam baru lepas naik dari sungai.
habis semua daripada wallet sampai ke henset, semua kena rendam.
dan macam biasa la, henset cabuk gua ni kalau kena peluh pun boleh membawa kepada off sendirik secara magik, jenuh gua nak kena on sampai melecet jari.
inikan pula kena air.
memang tak cakap banyak punya dia terus padam.
tapi kali ni terus dia buat hal taknak on dah.


nasib baik gua ada spare satu SE aino.
so boleh pergi jahanam la sama itu nokia.
lepas masuk sim kad apa semua, gua kena recurrent balik la.
main tekan sana sini apa yang patut sebab ada la dalam setahun lebih gua tak sentuh langsung henset tu.
stressed betol.
dalam hati gua, tak habis-habis memaki hamun mangkuk hayun yang cipta SE ni haram tak user frenly langsung!


malamnya, lepas habis tengok game liverpool, fahmi tepon gua.


fahmi : apahal lu nalipon gua petang tadi.


gua : gua tertekan la der.


fahmi : laa tertekan ke. haa jom kita lepak mapley janggut. lu cerita apa masalah lu sampai lu boleh jadi tertekan macam tu sekali. lepas lu cerita, mana la tau kot-kot lu boleh rasa lega ke.


gua : babi! gua bukan tertekan tu la. gua tertekan nombor lu kat henset ni ha!!


fahmi : sial la lu! cakap la awal-awal! menyesal gua buat-buat prihatin terhadap lu!





Thursday, 8 December 2011

bila kucing tiada gigi

"kau ni bila lagi, bang? kau tengok member-member kau yang sebaya tu.."

imbas kembali satu soalan yang telah emak gua rejam ke atas diri gua. 
time tu gua tengah layan hisap rokok daun dengan pak bedol kat bawah pokok pelam yang letaknya antara rumah gua dan sungai di tepi rumah gua.

sambil gua sedut rokok tu dalam-dalam, gua melemparkan pandangan gua ke tebing sungai, di mana ada dua ekor entah mana punya bangla sedang menjala ikan.
sekali tarik, terkejut jugak gua tengok punya la banyak ikan tengah menggelupur dalam jala tu.
gua saspek, ada la dekat setengah baldi standard size yang orang letak dalam jamban.
tapi entah ikan ke, katak ke yang dorang jala tu, gua pun tak tahu.

"alaa mak, malas la gua nak pikir lagi benda-benda macam tu. gua nak rilek-rilek dulu." malas-malas je gua menjawab.

sambil-sambil tu sempat juga gua menjeling ke arah emak gua.
mana la tau kot-kot kat tangan dia ada pegang apa-apa ke.
nasib baik dia bercekak pinggang dengan tangan kosong.
dibuatnya pasal dia tengah pegang anak lesung ke, penguli tepung ke, gergaji balak ke, sia-sia je benda tu semua hinggap kat atas belakang gua ni.

"kau ni tak jeles ke tengok kawan-kawan kau tu semua. kalau nak setia pun, biar la masuk dek akal sikit. jangan nak setia membabi tunggal pulak!"

wah lain macam pulak gua dengar frekuensi suara mak gua kali ni. 
ah tapi gua dah biasa dah dengan style mak gua ni. memang cara bercakap dia macam tu. tapi dia bukan marah pun.
nasib la saper yang nak jadik menantu dia nanti. 
silap gaya kalau tak tahan, boleh mintak cerai woo..

jadi gua pun buat-buat biasa je la. sambil gua up lagi tarik rokok daun tu dalam dua tiga pam.
usai gua singkirkan sisa-sisa asap yang masih berbaki dalam mulut gua ni, gua bangun berdiri.


"biar la dorang mak. dah jodoh dorang sampai dulu sebelum gua, nak buat macam mana. bukannya gua tak nak kawen. dah gua ni dilahirkan sebagai seorang yang setia, nak buat macam mana. anugerah tuhan la tu kan. dorang nak kawen ke, nak cerai ke, nak kena tangkap basah ke, lantak la dorang."

eh kat atas tadi gua ada petik nama pak bedol kan?
haa silap. bukan pak bedol, tapi anak dia yang form 3 kot kalau gua tak silap.
memang standard budak-budak sekolah kalau dengar suara mak gua, boleh lari pecut terjun sungai dibuatnya.
last-last tinggal la gua sorang kena mengadap mak gua time tu.


"hoi *****(menyebut nama panggilan gua di kalangan famili ngeee)!! aku ni bukan cerita pasal bila kau nak kawen. tu kereta buruk kau tu! bila nak tukar? kawan-kawan kau semua dah pakai kereta macam-macam dah!"


erk! hehehe rilek la mak. bukannya gua taknak tukar, err tapi kan gua seorang yang setia. cilake!


 

Monday, 5 December 2011

le tour d'aidilfitri - mak gua jugak yang sempoi

ok gua sambung balik cerita hari raya gua kat kampong dengan sedara mara gua.
sebab nak menjaga standard barangkali, gua dengar tok penghulu kampong tu buat open house sekali harung tiga hari.
wah ini memang bukan main-main punya open house ni gua ingat.
banyak jugak duit tok penghulu ni ye.
gua mula syak, paling koman pun, dia ni mesti jenis set-set yang salam cium tangan dengan YB area tu.
tak pun paling jahat dia sesah duit bantuan ADUN nak repair balai raya ni.

disebabkan mak gua pun kenal dengan tok penghulu ni, maka mak gua dan adik beradik dia pun pegi la nak layan makan free.
gua malas la nak pergi sebab itu jam kat tv tengah main sarkas.
at least boleh jugak gua belajar sikit-sikit skill main sarkas ni.
lagi pun kalau sebut pasal open house ni, gua memang dah boleh agak dah apa menu yang selalu orang hidang time-time raya ni.
lagi la kalau belah-belah johor tu.
toleh kiri tempe, toleh kanan tempe, silap-silap gaya tengok bawah pun boleh jumpa tempe jugak.


haa yang ni dah masuk part apa yang mak gua cerita kat gua pasal benda apa yang terjadi kat rumah tok penghulu ni.
rupa-rupanya ada function lain yang tok penghulu ni organise selain daripada sekadar open house ni.

mak gua cerita, tok penghulu ni ada seorang anak dara yang boleh tahan jugak dia punya lawa.
kira lawa dia siap dengan cutting model lagi tu.
alaa kira tolak tepi la kalau bukak mulut bercakap ada pelat-pelat jawa sikit. 
haa ini mak gua cerita la. kalau mak gua kencing gua, maknanya automatik gua pun kencing lu orang jugak la.


anak tok penghulu ni dikhabarkan tersangat la rajin.
memang tahap ultras rajin punya. tok penghulu pun kadang-kadang tepuk dahi bila mengingatkan akan kerajinan anak dara dia ni.
pening kepala punya pasal, tak nak pikir susah-susah, tok penghulu ni pun pikir senang nak kawen kan je anak dia ni terus. habis cerita.

tapi tok penghulu ni pun jenis memilih jugak. bukan sebarang orang dia boleh terima nak jadikan menantu.
dia nak bakal menantu dia terdiri daripada jenis yang paling malas punya.
kalau boleh tahap malas yang ada kat bakal menantu dia tu nanti adalah sikap pemalas tahap super.
baru la seimbang ekosistem tu nanti katanya.


setelah dikumpulkan tetamu yang hadir, maka pengumuman pun dilakukan sambil menjelaskan tentang syarat-syarat untuk diterima sebagai menantu.
usai pengumuman dilakukan, seekor kutu berahak mana entah tampil.

"saya ni memang pemalas tok. tahap saya punya malas, kalau saya nak makan, orang tolong suapkan." kata kutu tu dengan penuh bangga sambil mengukir senyuman kucing. konfiden mungkin.


belum sempat tok penghulu nak memberi maklum balas, tampil pula seekor lagi lahanat untuk mencabar.

"saya ni lagi la pemalas daripada dia tok. tahap saya punya malas, kalau saya makan, bukan setakat ada orang tolong suapkan, tapi saya siap nak ada orang tolong kunyahkan lagi." ujar si lahanat sambil mengenyitkan matanya kepada si kutu tadi. seolah-olah kemenangan dah berpihak kepadanya.

terlopong jugak mulut tok penghulu tu bila mendengar kata-kata si lahanat tu tadi. setelah hening suasana dalam beberapa ketika, tok penghulu mencelah.


"err ada lagi ke sesiapa yang lebih pemalas daripada dia ni?" soalan berbaur rasa cuak daripada tok penghulu sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah si lahanat tu tadi. mungkin risau akan masa depan anak daranya apabila sudah berkahwin kelak.


"ada tok. saya!"

tampil seorang pemuda yang agak tampan rupa parasnya, walaupun masih ada lagi cutting bentuk muka jawa tu. terutama bahagian kening dan hidung.


"hah! apa yang kau punya malas? cuba cerita." keras suara tok penghulu sambil menjegilkan matanya.


"huh! saya malas nak cerita la tok!"


kali ini suasana memang betul-betul senyap sunyi setelah mendengar apa yang telah dituturkan oleh pemuda jawa tu tadi.
seolah-olah itu la tahap pemalas yang paling ultras sekali. takde siapa yang dapat menandinginya.
setelah lebih dua minit semua orang terdiam, dan tok penghulu masih lagi belum habis melopong, nampak seakan-akan anak dara tok penghulu tu bakal jatuh ke tangan pemuda jawa tersebut.


"kalau macam tu, anak saya lagi pemalas macam cilake tok.!" mak gua tampil selamba memecah kebuntuan. sekaligus mengundang semua tetamu untuk menancapkan pandangan masing-masing ke atas mak gua.


"hah ju. apa yang pemalas sangat anak kamu tu? mana dia?" tok penghulu tak sabar.


"haa dia malas nak datang la tok." balas mak gua rilek.


kelihatan pemuda jawa yang sedari tadi yakin menang, tak pasal-pasal menepuk dahi sendiri sambil menterbalikkan kawah yang mengisikan kari ayam yang masih menggelegak tu. kecewa sangat nampaknya.
yang jibauk dua ekor tadi tu, awal-awal lagi dah melingkup terjun sungai. malu sangat gamaknya.


"apasal dia malas nak datang?" tok penghulu dah start mendesak.


"ntah. katanya malas nak tengok muka tok."

"biadap betol anak kamu tu! huh!"




__________________________________________________________


laaa yang mak cakap gua malas nak tengok muka tok penghulu tu apahal.. adoi. cakapla gua tengah tido ke, tengok sarkas kat tv ke. kalau tak mesti mak senang-senang je dapat bermenantukan anak penghulu. rajin pulak tu. 


puuuiihhh!!