Monday, 30 April 2012

esok 1 mei - edisi working class heroes

esok 1 mei.
memang la time tu semua pekerja kebanyakkannya akan cuti.
bangla, indon, vietnam yang kerja kontrak tu pun cuti melepak kat kompleks kotaraya tu.
inikan pula pekerja tempatan.

esok 1 mei.
tarikh genap gua tengah betarung dengan kamarul anuar.
main bola ps2 kat bilik gua.
pertaruhan bukan kecil-kecil anak bilis punya standard.
payung pizza tiga hari punya bet.
kalau kalah, ini macam tauke boleh demam.

esok 1 mei.
sedang gua berada di ambang kemenangan, henset gua berbunyi pendek.
bukan sebab ada mangkuk hayun miskol gua.
tapi sebab ada sms masuk.
standard la kalau sms tu ringtone dia pendek je.
apa kejadah nak buat ringtone panjang-panjang semata untuk sms alert je.
tapi ada jugak kutu yang gua kenal, habis satu lagu mariah carey dia main hanya untuk sms je.
itu gampang namanya.

esok 1 mei.
tengah-tengah kamarul anuar melakukan free kick, dan seakan-akan bola hampir pasti nak menerjah jaring, gua pause kejap gua punya main bola.
baca sms dulu. kamarul anuar gua tengok macam bengkek je dengan gua.
kah kah kah gua peduli apa.
dia pun selalu buat perangai macam tu apa.
kadang-kadang sampai tahap sadis, abandon match tu siap berlari keluar bilik sebab nak jawab tepon.
bini call katanya.
macam cibai!

esok 1 mei.
"saya dah buat solat istikharah... bla bla bla"
part istikharah tu je yang gua ingat. yang lain gua dah lupa.
"ok" 
gua reply lepas gua baca laju-laju.
pun begitu, gua paham apa mesej yang telah disampaikan sambil tu gua terus sambung main bola.

esok 1 mei.
cilake. 
lepas tu terus gua kena payung kamarul anuar melantak pizza sampai 3 hari.
dan untuk mengingati tragedi gua kena payung pizza tu, terimalah..



Friday, 20 April 2012

apa guna berani

satu benda kualiti yang gua pasti gua miliki ialah; 
berani.
untuk berani, kita tak perlu jadi kuat.
cukup sekadar kalau kita kena gegar, kita gegar balik. tengok apa macam orang yang gegar kita tu.

pernah gua berani bertumbuk dengan dua ekor kutu mabuk kat labuan tu.
walaupun last-last ada peluang, gua terus cabut.

pernah gua berani naik motor tengah-tengah malam buta, potong jalan sunyi kat puncak alam tu.
apa barang jalan tu?
lu orang tau tak itu jalan paling berpuaka sekali kat area shah alam ni.
port altantuya kena bom tu. nak mati?

pernah gua berani redah hutan malam-malam buta masa kat kaki gunung jerai dulu.
haa ini kes gua terpaksa berani.
sebab itu jam gua dah sesat terpecah daripada sindiket gua masa buat survival dulu.

pernah juga gua berani pergi medan kidd sorang-sorang jumpa pakwe ex gua.
walaupun gua tau itu ipoh bukan area gua.
bila-bila masa je gua boleh kena lanyak.

tapi ini satu benda je yang gua memang tak berani nak buat.
letak la pisau parang ke kat leher gua, memang gua sanggup kena sembelih lagi.
dulu makwe gua pernah try pujuk gua pun tetap tak jalan jugak.
gua memang tak berani.

kalau dah tahap makwe gua pujuk rayu pun tak hadam, lu orang pulak jangan cuba-cuba nak try suruh gua pergi cabut gigi.
memang sia-sia je la gua tempeleng muka lu orang.
cilake.
 

Wednesday, 18 April 2012

pagi ini untuk apa

pagi tadi gua sampai ke ofis dalam pukul 8.35 am.
bukannya isrul tak kejut gua, tapi saja je gua buat-buat malas nak bangun sebab gua tau line memang clear punya.
bos gua pagi tadi semacam biasa rutinnya, masuk briefing dengan komander.
jadi, gua guna gua punya smart, gua lepak kat bilik sambil skip briefing anak-anak bilis.

sambil gua bersiul mendendangkan irama lagu kerispatih, gua selamber je melangkah masuk ke dalam ofis.
konfiden.
namun belum sampai setengah langkah, gua punya darah terus berderau bila melihat kelibat boss gua dari pandangan belakang.
terus lagu kerispatih yang gua nyanyi tadi bunyi macam cd rosak.

"woi! jumaat malam ni, aku nak kau kumpulkan semua ATCO. kat bilik GDOC. aku nak jumpa. peduli apa aku kalau korang semua cuti ke, ada kenduri ke. aku nak jumpa semua. paham?!!"

pusing belakang je, dia terus jerkah gua macam tu. tak sempat gua nak bagi salam.
kalau sempat pun, gua tak fikir yang gua akan bagi salam kat dia.
itu jam kalau dia tengah marah, wish hepi besday pun gua belum tentu berani lagi.
lain macam dia punya marah pagi tadi.
kalau gua kata gua tak goyang itu jam, lu orang boleh terus lempang je gua atas alasan gua menipu.

"errr ok tuan.." lemah gua menjawab. itu bukan berlakon punya lemah, itu memang lemah betul tu. cilake.

semacam mana lemah je style gua menjawab, semacam itu la jugak lemahnya gua melangkah masuk menuju ofis gua.
dalam kepala gua, memang nak terus setel je hal tu.
terus roger budak-budak berkaitan arahan boss gua tadi tu.
bukan apa, takut nanti gua terlupa.
lain jadinya pulak nanti karang.

ketika gua baru nak search nama ayoi kat dalam henset gua, baru kepala otak gua teringat sesuatu.
rasa macam tak lengkap je arahan tu tadi.
maka, dalam keadaan berani-berani takut, gua gagahkan diri berjumpa boss gua tu balik.

"errr tuan. pukul ber..."

"apa pukul-pukul? korang nak pukul aku ke? korang ingat aku takut? korang yang buat kerja macam cilake, aku yang kena menjawab dengan komander. lepas tu korang berani nak pukul-pukul aku pulak?!"


sial! gua tak sempat nak habiskan ayat, terus kena serang style macam tu. terus pucat muka gua.


"err bukan tuan. saya cuma nak tanya, malam juamaat tu nanti, pukul berapa tuan nak jumpa kami?"

 

Monday, 2 April 2012

sepuluh tahun. sudah tentu.

perangai

haaa ni lagi satu cilake.
berlambak entri gua yang separuh jalan, tak juga gua habiskan.
last-last menjelma entri lain yang baru pulak.
nampak sangat lu orang boleh predict apa jenis perangai yang gua ada ni.
puuiihhh.

haa barang harus diingat, kerja nak menulis cerita ni memang bukan makanan gua.
sebab gua bukan penulis. 
nak menulis cerita pun kena ada time-time dia.

topi putih

itu hari, tarikh betul pun gua dah lupa. 
tapi ada la makan sampai 3 minggu kot.
entah apa yang gua buat kat laptop ni sampai gua ter-reset semua password untuk semua akaun gua yang ada kat laman maya ni.

gua punya style, macam biasa la.
segala jenis password gua save forever punya.
agak-agak kalau gua nak log in akaun, main tekan enter je pakai jari kelingking.

kecuali akaun maybank2u, cimb clicks dan fesbuk.
yang akaun-akaun bank tu, memang sah-sah la tak boleh nak save password dia.
kes cimb clicks tu gua rasa ada la dalam 4 kali gua kena talipon HQ dia pasal lupa password.
fesbuk tu kira kes lain la.
sebab banyak rahsia kat dalam tu.

maka nak jadi cerita, 3 minggu gua bazirkan semata-mata nak berusaha ingat password gua.
macam password blog ni la.
hah lagi satu style gua ni, lain akaun, lain password gua bubuh.

sehinggalah petang tadi, baru gua teringat yang diri gua ini ialah seorang bekas anggota hackers anonymous.
ini time geng-geng anonymous belum famous macam sekarang la.
yang hack web FBI tu, gua takde kena-mengena langsung.
sebab itu jam gua dah kena kick out pasal berbeza ideologi.

gua pun apa lagi lepas tu, terus hack akaun sendiri la.
huh tak sampai sejam, kesemua berbelas-belas akaun gua dah selamat gua hack.

sampai la gua tulis perkataan 'sampai' tu tadi, gua masih tak henti-henti memikirkan apa cibai la yang gua buat sampai 3 minggu lebih tu.
sia-sia je terbuang masa gua.
kalau la 3 minggu lepas, gua dah tersedar yang gua ni hacker, takde la gua nak menyesal macam bangang sekarang ni.

satu lagi, nasib baik la gua ni hacker kategori 'white hat'.
kalau 'grey hat' atau 'black hat', mampos lu orang sekor-sekor gua hack. cilake.