satu benda kualiti yang gua pasti gua miliki ialah;
berani.
untuk berani, kita tak perlu jadi kuat.
cukup sekadar kalau kita kena gegar, kita gegar balik. tengok apa macam orang yang gegar kita tu.
pernah gua berani bertumbuk dengan dua ekor kutu mabuk kat labuan tu.
walaupun last-last ada peluang, gua terus cabut.
pernah gua berani naik motor tengah-tengah malam buta, potong jalan sunyi kat puncak alam tu.
apa barang jalan tu?
lu orang tau tak itu jalan paling berpuaka sekali kat area shah alam ni.
port altantuya kena bom tu. nak mati?
pernah gua berani redah hutan malam-malam buta masa kat kaki gunung jerai dulu.
haa ini kes gua terpaksa berani.
sebab itu jam gua dah sesat terpecah daripada sindiket gua masa buat survival dulu.
pernah juga gua berani pergi medan kidd sorang-sorang jumpa pakwe ex gua.
walaupun gua tau itu ipoh bukan area gua.
bila-bila masa je gua boleh kena lanyak.
tapi ini satu benda je yang gua memang tak berani nak buat.
letak la pisau parang ke kat leher gua, memang gua sanggup kena sembelih lagi.
dulu makwe gua pernah try pujuk gua pun tetap tak jalan jugak.
gua memang tak berani.
kalau dah tahap makwe gua pujuk rayu pun tak hadam, lu orang pulak jangan cuba-cuba nak try suruh gua pergi cabut gigi.
memang sia-sia je la gua tempeleng muka lu orang.
cilake.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment