pagi tadi gua sampai ke ofis dalam pukul 8.35 am.
bukannya isrul tak kejut gua, tapi saja je gua buat-buat malas nak bangun sebab gua tau line memang clear punya.
bos gua pagi tadi semacam biasa rutinnya, masuk briefing dengan komander.
jadi, gua guna gua punya smart, gua lepak kat bilik sambil skip briefing anak-anak bilis.
sambil gua bersiul mendendangkan irama lagu kerispatih, gua selamber je melangkah masuk ke dalam ofis.
konfiden.
namun belum sampai setengah langkah, gua punya darah terus berderau bila melihat kelibat boss gua dari pandangan belakang.
terus lagu kerispatih yang gua nyanyi tadi bunyi macam cd rosak.
"woi! jumaat malam ni, aku nak kau kumpulkan semua ATCO. kat bilik GDOC. aku nak jumpa. peduli apa aku kalau korang semua cuti ke, ada kenduri ke. aku nak jumpa semua. paham?!!"
pusing belakang je, dia terus jerkah gua macam tu. tak sempat gua nak bagi salam.
kalau sempat pun, gua tak fikir yang gua akan bagi salam kat dia.
itu jam kalau dia tengah marah, wish hepi besday pun gua belum tentu berani lagi.
lain macam dia punya marah pagi tadi.
kalau gua kata gua tak goyang itu jam, lu orang boleh terus lempang je gua atas alasan gua menipu.
"errr ok tuan.." lemah gua menjawab. itu bukan berlakon punya lemah, itu memang lemah betul tu. cilake.
semacam mana lemah je style gua menjawab, semacam itu la jugak lemahnya gua melangkah masuk menuju ofis gua.
dalam kepala gua, memang nak terus setel je hal tu.
terus roger budak-budak berkaitan arahan boss gua tadi tu.
bukan apa, takut nanti gua terlupa.
lain jadinya pulak nanti karang.
ketika gua baru nak search nama ayoi kat dalam henset gua, baru kepala otak gua teringat sesuatu.
rasa macam tak lengkap je arahan tu tadi.
maka, dalam keadaan berani-berani takut, gua gagahkan diri berjumpa boss gua tu balik.
"errr tuan. pukul ber..."
"apa pukul-pukul? korang nak pukul aku ke? korang ingat aku takut? korang yang buat kerja macam cilake, aku yang kena menjawab dengan komander. lepas tu korang berani nak pukul-pukul aku pulak?!"
sial! gua tak sempat nak habiskan ayat, terus kena serang style macam tu. terus pucat muka gua.
"err bukan tuan. saya cuma nak tanya, malam juamaat tu nanti, pukul berapa tuan nak jumpa kami?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment