Thursday, 30 August 2012

nasib baik gua bukan

atas bawah atas bawah gua scroll blog gua ni.
berhenti sejenak lantas berfikir.

rasa macam poyo pulak bila ada blog ni.
dulu masa gua mula-mula buat blog macam ni time tahun 2002 dulu, rasa macam biasa-biasa je.
sebab itu jam kat dalam malaysia ni, gua pun tak tahu, tapi boleh dibilang dengan jari kaki je la berapa ekor je kutu yang ada blog ni.

eh ini cerita betol tau. gua tak kencing punya.
time tu gua kat labuan.
lebih tepat lagi time tu gua dah habis orientasi kat mes.
lepak kat tower je la siang malam sebab baru kenal internet.
mirc, chatting, pondok puteri, laman porno itu semua gua cerita lain kali.
sebab gua tak nak lari daripada cerita blog gua.

format blog dan isi kandungan lebih kurang sama macam sekarang ni la.
cuma itu jam gua bercerita pasal hari-hari neraka gua masa orientasi.
dengan menyebut secara direct nama-nama orang yang bangsat kat situ.

(gua sebenarnya nak berhenti setakat di sini. tapi gua paksakan diri jugak. selepas perenggan ini, gua akan menerapkan skill penulisan yang dinamakan 'karangan cincai kira'.)

tak sampai 10 entree(gua rasa), blog gua terhenti sebab kena pergi kuantan.
lepas tu terus terhenti sampai ke sudah.
dan terus dilupakan.

sehinggalah 10 tahun berlalu, gua kembali.
jangan suruh gua cari blog lama punya adress.
sebab gua memang dah lupa habis.
yang gua ingat sikit-sikit pun ada perkataan 'falsafah' kat tajuk tu.

kalau nak google, memang ada berjuta-juta result la.
paling top pun keluar falsafah pendidikan negara.
apa kejadah gua nak buat dengan benda tu.
maka, gua pun buat la blog baru ni.

gua scroll up down up down lagi.
gua comparekan dengan berjuta-juta blog yang dah tumbuh kat negara ni.
alhamdulillah.
gua masih macam dulu lagi.
tak berubah langsung.
masih tak mainstream langsung.
itu yang gua nak.

walaupun ada juga mana punya malaun-malaun yang request jadi follower gua, gua persetankan semua itu.
gua pun jenis taknak follow blog orang, apa jadah gua nak orang follow blog gua pulak.

ingat. gua underground.
nak baca, baca. nak follow, meh sini gua bagi penerajang sedas.

Tuesday, 14 August 2012

taip-taip romadhon - belum lailatul qadar

semua sedia maklum bahawa kejohanan sukan olimpik di london berlangsung tatkala umat islam di seluruh dunia, atau mungkin hamba-hamba Allah yang menghuni seluruh planet-planet yang berada di bima sakti ini sedang menjalani ibadah puasa.
ok itu cerita lain.

cerita yang lain pula, time tu jugak la kalau pun tak 28 juta, mungkin berjuta-juta rakyat malaysia sedang menghadap tv melihat pertarungan penentuan pingat emas antara lee chong wei dengan seteru utamanya.
apa dia? tak tahu siapa yang lee chong wei lawan?
meh sini beratur depan gua sekor-sekor.
senang gua nak lempang bergilir-gilir.

nak cerita pasal tak pegi teraweh, baik tak payah la.
gua tidak berada dalam posisi itu.
sebab gua punya teraweh sendiri pun barai.
padahal gua dah siap set up kopiah dgn kain pelekat apa segala.
disebabkan nak singgah beli rokok kat mamak makbul tu je terus gua melekat sampai ke sudah.

masuk pulak cerita yang lain, gua dah tau dah sebab apa lee chong wei tak boleh nak menang.
walaupun semua rakyat malaysia bersatu hati dan berdoa agar beliau diberikan kemenangan.
itu malam doa belum cukup mustajab lagi.

sebab puasa belum masuk sepuluh (10) malam terakhir.
  

Sunday, 12 August 2012

ini bukan cerita raya

tiga atau empat tahun lepas, gua ingat tahun tu adalah tahun terakhir gua beraya sebagai orang bujang.

kadang-kadang bila gua tengok cerekarama aidilfitri yang stok sedih-sedih punya, ternampak macam:

mak gua tu dah macam pegang watak fauziah nawi.

gua pula macam biasa la, rosyam nor. hero kecundang.

haa yang watak umie aida tu gua dah tak ingat dah berapa ramai dah yang pegang watak tu.

tengok la tahun ni macam mana. ada lagi ke tak watak umie aida tu.

apa cilake pulak gua buat perangai up entree time-time nak asar ni. 
ini bukan sifat sejati gua ni.
gua saspek mungkin sebab penangan astro tayang cerita 'ombak laut china selatan' ni.
fauziah nawi main. lu orang mesti boleh agak macam mana jalan cerita dia.

Wednesday, 8 August 2012

azam kecundang

dua tahun dulu, atau mungkin beberapa tahun dulu, gua memang pernah berazam secara hardcore.
azam gua tu pun bukannya susah sangat.
dan takdelah besar sangat pun.

gua berazam nak bangun awal pagi-pagi, dan pergi kerja awal pagi-pagi jugak.

tapi, macam biasa, sampai la ke hari ni, gua boleh kira dengan jari kaki je berapa kali gua berjaya penuhi azam gua tu.
memang barai.
kalau gua berjaya pergi kerja awal pun, atas sebab-sebab yang takutkan.
seperti ada mesyuarat misalnya.
 
sehinggalah ke saat pagi tadi.
apabila berlambak kerja-kerja gua yang dah terbengkalai, tahap kesabaran boss gua sudah mencecah ke kemuncaknya.

"mana kau pergi semalam? sikit punya susah nak tengok muka kau pagi-pagi." boss gua menghamburkan kata-kata awal separa marah, separa tak marah. gua pun tak pasti samada beliau benar-benar serius atau sekadar berjenaka.

tapi untuk mengambil langkah selamat, gua anggap beliau serius je la. 
belum sempat gua nak mengambil nafas lega, beliau terus menambah;

"sia-sia je aku bagi kau perkhidmatan cemerlang tahun lepas kalau macam ni persembahan kau."

daripada gua baru je nak menghela nafas lega tadi, terus gua tahan je nafas gua.
memang tak boleh jadi ni. kena perlu menjawab balik ni.
kalau tidak, selama-lamanya gua akan ditindas dan disalaherti.
gua perlu jelaskan.

"err tuan.. yang tuan bagi perkhidmatan cemerlang tu, tahun lepas. sebab saya cemerlang tahun lepas. tahun ni saya tak cemerlang hehe. kalau nak bagi lagi, bagi la tahun depan pulak, baru saya cemerlang balik hehe.." rilek je gua balas.

tapi itu semua gua balas dalam hati la.
boss gua tak dengar. so beliau tak tahu la.
keh keh keh 
melainkan kalau beliau baca gua punya blog ni la hehe
 

Wednesday, 1 August 2012

jikalau mengikut nafsu - reloaded

ok sekarang gua punya demam dah kebah.

berkat dua bijik panadol berserta dengan selawat dan juga penyerahan yang penuh tawaddu' terhadap Yang Maha Kuasa.

berdoa time-time bulan puasa ni dia feeling tu memang datang lain macam.
tahap nak makan tengah hari pun siap baca doa buka puasa dengan penuh khusyu'.

kali ni gua punya entree pendek je.
sebab ada sekor kutu baru je sms gua.
macam biasa la aktiviti malam-malam bulan puasa ni.
melepak kat mapley janggut.

masing-masing konfem siap berkain pelekat pakej sekali dengan kopiah.
bukan songkok tau, tapi kopiah.
senang nak lipat katanya.

ini kes memang gua bukan saspek lagi dah, tapi gua memang yakin sangat-sangat la yang kutu-kutu ni menipu bini masing-masing.
ni semua teraweh taik kucing semua ni. 
 
nasib baik gua takde bini lagi.
kalau ada, konfem-konfem la gua akan berperangai macam dorang jugak.
cilake.

jikalau mengikut nafsu

kalau nak diikutkan sangat kehendak nafsu gua ni, memang berlambak benda-benda yang gua nak tarok dalam blog.
idea nak menaip tu memang selalu datang.
tak kira la cerita pasal apa pun.

tapi yang cilakenya, idea-idea tu selalu datang time gua tengah melepak merata-rata hala.
tak penahnya benda tu datang time gua tengah melepak depan laptop ni ha.

kalaupun gua cuba ingat pastu nak masukkan ke dalam blog, tiba-tiba tanpa aral melintang, benda tu lupa balik dan terus gua tak ingat apa-apa bila duduk je depan laptop.

pernah juga gua cuba nak try letak kesimpulan cerita gua tu dalam update status fesbuk.
tapi bila gua pikir-pikir balik, adalah menjadi satu benda yang tak masuk akal bila gua kejap-kejap update status, kejap-kejap update status.

sebab gua ni tercukup la menyampah tak agak bila refresh je fesbuk "10 minutes ago, 30 minutes ago, 1 hour ago, 2 hours ago", semuanya daripada orang yang sama.
kadang-kadang gua cuba jugak menyelami jiwa kutu-kutu yang kaki update status ni.
tapi hampa. gua tak cukup in.

gua yang hanya mem-view sahaja ni pun rasa macam nak termuntah, dorang yang meng-update tu takde rasa ke macam apa yang gua rasa.
muntah.

eh cilake gua sebenarnya nak cerita pasal gua demam hari ni.
pasal macam mana la si demam ni boleh jenguk gua time-time asar ni.
cuba la buat perangai datang ziarah gua time-time sebelum zohor ke, pukul 11 pagi tadi ke.
senang sikit kerja gua.
gua pun dah lama sangat tak gunakan ayat "macha! nasik puasa satu, teh ais ikat penuh satu. kasi bungkus."

haa nampak tak?
merujuk semula kepada 3 perenggan terawal kat atas tu, daripada gua nak menaip pasal demam, tak pasal-pasal pulak keluar cerita tentang kutu-kutu fesbuk.
inilah natijahnya kalau main taip up jadik je.

Wednesday, 25 July 2012

taip-taip ramadhan - sedekah

petang tadi gua ada majlis berbuka puasa kat masjid.
masjid depan pangkalan ni je.
kalau ikut jadual, gua memang kena datang awal.
sebab tugas gua kena set up meja-meja vip.

balik kerja tadi dalam pukul 4 petang.
macam biasa, gua masuk bilik benda pertama yang gua capai dulu bukan la remote tv seperti selalu.
11 bulan dalam setahun ni kalau gua balik kerja je mesti capai remote tv dulu, ini kali dalam sebulan je apa salahnya kalau gua bagi keutamaan sikit pada remote aircond ye tak?
bukan selalu pun.

kira ok la tu gua capai remote aircond dulu.
kalau gua capai pintu peti ais dulu, itu dah jadi lain cerita dah.
ok itu tahun lepas punya cerita.
tahun ni, kita buka buku baru. macam tahun-tahun sudah.

lepas asar je, gua terus bantai membuta.
padahal itu jam baru pukul 5 petang.
sampai gua tengah menaip 'sampai' ni, gua masih lagi tak henti berfikir macam mana gua boleh nyenyak tido macam tengah pukul 5 pagi.

gua sedar-sedar je buka mata dah pukul 7.05 petang.
itu pun sebab miskol yang ke 14 kalau gua tak silap.
daripada macam-macam nombor. yang sempat gua hadam ialah nombor etong, azreen dan juga gua punya bilik operasi je. 
nombor-nombor lain, gua tengok sekali imbas.
dan ini memang tak lain la tujuannya, mesti tengah kelam-kabut sebab gua tak muncul-muncul lagi ni.

cerita dari pukul 5 hingga ke pukul 7.05 petang tu gua skip la.
tapi kalau gua nak cerita pun, apa benda jadah yang gua nak cerita?
time tu sah-sah la gua tengah sedap membuta.
mimpi pun takde yang singgah.

tahap menggelabah gua lepas bangun tido tu tak payah sembang la.
tau-tau pukul 7.20 je gua dah terpacak kat masjid.
itu baru masuk pagar masjid, belum menapak ke khemah makan lagi tu.
nasib baik gua merempit naik motor.
kalau naik kereta, time nak parking tu je sempat jadi kosong pahala puasa gua dek kerana maki-hamun.

oleh kerana lambat, dan waktu buka puasa pun dah tak berapa nak lama lagi, jadi gua pun memang takde masa nak cari port lepak makan dengan geng-geng.
gua terus port je tempat duduk mana yang sempat.
gua toleh kiri kanan. haram sekor pun takde muka yang gua kenal.
ah lantak la. gua datang nak buka puasa. bukan nak bertumbuk.
buat apa nak ada geng-geng ni.

tak sampai penat gua hilang lepas melabuhkan bontot gua, azan pun berkumandang.
menandakan waktu... aahh lu orang tau-tau sendiri la waktu apa time tu.

lepas je gua selesaikan dua gelas air bandung, sebiji kurma celup gula dan sebiji karipap pusing encik pi'e, gua terus meraba-raba poket gua untuk melakukan satu rutin harian gua selepas makan.
ah cilake!
poket gua kosong! ni mesti pasal gua kelam-kabut la ni tadi.
yang ada berisi pun cuma poket kanan je. itu pun benda yang tak berfaedah seperti henset.

terus hati gua tak tentu arah.
nak solat maghrib macam mana kalau hati tak keruan macam ni. memang tak khusyuk la penangannya.
gua pandang keliling sekali lagi.
dan memang sah!
takde sekor kutu pun yang gua kenal kat situ.
gua nekad. gua memang kena lakukan sesuatu ni.

"dalam bulan puasa ni.." seraya memalingkan muka gua ke arah brader yang duduk di sebelah kiri, gua membuka bicara.

"kita memang digalakkan bersedekah." gua menyambung. brader tadi membalas pandangan gua dengan muka yang separuh berkerut. mungkin dia ingat gua ni orang tak cukup akal agaknya.

"sebab ada satu hadis sahih dari Nabi SAW tentang kelebihan bersedekah di bulan yang mulia ini." gua tambah lagi.

"err errr ye.. ok.." brader tu mula cuak. mungkin masih tak paham lagi akan situasi yang sedang gua tanggung di kala itu.

"ok. jadi apa kata lu bawak-bawak la sedekahkan gua barang sebatang dua rokok. amacam? boleh?" gua berani mintak walaupun dia belum hisap rokok lagi time tu.
sebab gua ada perasan dan mengintai poket baju melayu dia belah atas, ada kotak rokok dunhill.

maghrib tu gua solat dengan tenang.

Monday, 23 July 2012

taip-taip ramadhan - kung fu

bila gua perhati balik dan renungkan ke arah diri gua sendiri, kadang-kadang gua rasa yang gua ni bukan la daripada golongan yang bersyukur.
gua macam tak bersyukur pula dengan apa yang Allah beri kat gua.
tapi itu kadang-kadang la.

bila tengok cerita x-men, mula la gua berangan nak jadi x-men.
tengok profesor x tu power, gua rasa macam nak jadi dia.
bila tengok magneto tu lagi power, gua rasa macam nak jadi magneto pulak.
lagi bila gua tengok wolverine tu lagi power, start la gua berangan nak jadi wolverine pulak.
pendek kata kalau gua dapat jadi mutant, mesti best.

pulak malam ni time gua tengah sedap layan cerita kung fu kat tv 3 tu, boleh pulak gua berangan nak jadi hero dia yang terer kung fu tu.
boleh terbang sana-sini, lompat sana-sini, tikam orang sana-sini.
dapat makwe cun sana-sini.

tapi macam sundal la pulak bila gua tengok time makwe masing-masing mati ke, kena tikam ke, sekor-sekor nangis macam beruk.
terus potong mood gua nak jadi hero.
cilake.

baik gua jadi mandingo. rilek je hepi. mana-mana pergi pun semua orang suka. tapi pompuan la. lelaki konfem jeles.

fuuhh cepat-cepat gua insaf bila pikir-pikir balik.

 

Wednesday, 4 July 2012

siapa bapak lu?

ok macam ni la. gua nak letakkan diri gua pada 10 atau 15 tahun atau mungkin 20 tahun yang future.
itu jam mungkin gua dah beranak pinak la.

gua ada seorang anak. tinggal bersama-sama gua. duduk dalam rumah gua.
memang dah menjadi tanggungjawab gua la perlu sediakan segala keperluan asas kepada anak gua.
bukan setakat keperluan asas je, tapi mungkin akan membawa kepada keperluan-keperluan bonus la sekali pakej dia datang.
itu dah menjadi tanggungjawab gua.

tapi ceritanya sekarang, anak gua ni sepanjang hidup sejak mengenal dunia, kerjanya asyik nak melawan gua je.
sekali dengan pakej memburuk-burukkan gua.
takde kerja lain.
apa yang gua cakap, semua dia nak bangkang.
apa yang kawan-kawan dia cakap, semua dia main sokong je.
 mana-mana kawan dia yang menyokong gua sikit, terus dia buang.
terus dia taknak kawan terus.

satu lagi asyik nak mencari salah gua.
gua ni pun bukannya malaikat sehingga tak pernah melakukan kesalahan.
gua pun buat benda-benda lagha dan tak baik jugak. (ini contoh, lu orang jangan percaya pulak. sial la ini contoh tau tak!)
tapi segala keperluan anak gua tak pernah gua nak abaikan.
walaupun dia selalu memburuk-burukkan gua.

siap kata gua kafir lagi sebab kawan dengan orang bukan islam.
tapi sekarang ni gua tengok bukan main ramai lagi kawan bukan islam dia tu.
siap boleh join duduk semeja lagi layan k-pop.

kalau lu orang la kat tempat gua, lu orang rasa lu orang puas hati tak.
nak minta sesuatu kat gua, tapi tak reti nak ambil hati gua.
tak ambil banyak, ambil sikit pun jadi la.
ini tak, haram langsung taknak ambil.

bila gua try nak sedekah ke, bagi duit kat saper-saper ke tanda penghargaan, cepat je cakap duit gua tu duit haram.
haram, haram jugak. tapi kalau gua hulur, tak cerita banyak terus ambil je.

ish banyak la kalau gua nak cerita kat sini tapi gua malas je.
kalau ajak bersembang gua rajin la. tak penat tangan nak menaip-naip ni.
kalau ajak berborak, tak sempat mulut penat gua dah sulam dengan teh tarik dah.

ni satu lagi yang terbaru dia nak minta paip air pulak.
dan-dan cakap tanggungjawab gua.
gua tau la tanggungjawab gua. tapi kalau dah hari-hari kerjanya nak menghentam gua je, lama-lama gua pun fedap nak bagi.
itu hari lu boleh minta derma, hah sekarang pergi la minta derma lagi.

cilake tak pasal-pasal gua terbuka cerita politik.
apa yang gua observe kat sekeliling ni, orang ramai sokong kerajaan bukannya sebab kerajaan ni bagus sangat.
dah nama pun politik, mesti sampah semuanya.
orang sokong kerajaan sebab pembangkang ni mengarut sangat.
tak kira la parti agama ke, atau parti liberal.
gua sokong agong je.

cerita ni gua start tulis dari pukul 9 pagi tadi.
tapi sebab kena buat kerja lain, terus terbengkalai cerita ni.
nak menyambung balik, huh memang bukan perangai gua la.
malas.
 

 

Sunday, 24 June 2012

bodoh punya manu fan

tengah gua sedap melepak kat salah satu port tengok bola kat ibu kota ni, gua secara tak sengaja terperasan ada sekor kutu yang paka baju three lions.

gua tak kenal pun kutu sekor ni, tapi disebabkan dia join lepak dengan member-member dia kat sebelah meja gua, makanya gua terdengar la sedikit sebanyak perbualan dia dan member dia.

"huh gua datang ni semata-mata nak tengok rooney score winning goal england lawan france ni!!" 


huh terbeliak mat gua kejap!!
gua malas la nak tulis apa yang member-member dia maki hamun dia dia.


tapi bagi pihak gua, gua dalam hati dah mencarut.


hoi babi!!
england main besok la bodoh. lawan italy.
malam ni spain lawan frace!!


tapi lepas tu cepat-cepat gua beristighfar.
dan berpijak di bumi yang nyata.


kalau dah namanya penyokong manu, hah memang macam ni la perangainya.
bongok!!
jenis result pun tengok kat fesbuk.

Tuesday, 19 June 2012

isu PTPTN - versi malas II

ptuuuiihhh!!

reaksi spontan brader rempit ke arah angin setelah mengetahui bahawa dia telah melakukan kesilapan paling basic dalam rukun menyetat motor.
pun begitu, brader rempit tu tak pula nak menyetat kembali motornya itu.

"ok sekarang ni gua nak bagi tau dengan lu." brader rempit bersuara usai menyalakan rokok surya. setelah mengepam rokok dua kali, dia menyambung.

"gua ni ada tiga semester lagi nak abis. kalau kerajaan stop PTPTN, siapa nak sara hidup gua dan motor gua ni. top up prepaid gua lagi. gua ni anak jantan beb. takkan la gua nak menagih duit mak bapak gua pulak."

bla bla bla bla...

banyak lagi la yang brader rempit tu bentangkan hujah dia.
cuma gua tak berapa nak ingat satu-satu je ayat dia.
tapi memang bersemangat waja betul gayanya.
gua saspek brader ni kalau jumpa adam adli tengah jalan, memang mati kena lanyak budak tu.

katanya, PTPTN tu memang dah banyak berjasa pada dia.
kalau takde PTPTN tu, mungkin sekarang ni gua tak jumpa dia tengah nak merempit.
paling bangsat pun mungkin dia akan mampu naik basikal fixi je.

cibai la tak boleh habis lagi cerita gua pasal PTPTN ni.
ada mana punya kutu berahak ajak gua lepak mamak pulak.
nanti la gua sambung. cilake.

Wednesday, 13 June 2012

isu PTPTN - versi malas

berkesinambungan daripada entree gua yang lepas, alaa entree yang tiba-tiba je gua pun tak tau macam mana boleh masuk cerita air-cond yang takde kena-mengena tu.

ok gua sambung.
harap-harap gua tak menyimpang daripada jalan yang benar, iaitu jalan PTPTN.

rata-rata kutu-kutu berahak yang gua jumpa kat tengah jalan, atau pun di tepi jalan memang tak berapa nak setuju kalau PTPTN ni dimansuhkan.
ini termasukla kutu-kutu yang tengah melepak kat kfc plaza alam sentral, dan juga kutu-kutu yang malam-malam kerjanya tawaf 7-8 kali kat uptown seksyen 24 tu.
pelesit-pelesit yang merempit tu jangan cerita la.
dorang semua, gua tekankan sekali lagi kat sini, semua, taknak PTPTN ni dimansuhkan.

jadi daripada mana datangnya orang dok kata student-student semua ni menyokong untuk PTPTN dihapuskan?
itu lu orang jangan tanya gua.
part tu gua tak sempat buat survey lagi.
sebab kalau gua ada kat dataran merdeka masa dorang camping dulu, memang gua kahakkan muka sekor-sekor.
jangan tanya pasal apa.

kutu-kutu berahak yang gua mention kat atas tu tadi, semuanya smart-smart der.
bukan calang-calang lahanat dorang tu semua.
ada sekor jibauk tu siap ceramah kat gua lagi.

"mansuh PTPTN satu hal der, pendidikan percuma tu satu hal lain lagi. gua stadi kat uitm, berapa sangat la yuran stadi dia. kalau dorang nak bagi percuma, itu memang celah gigi mak bapak dorang  je."

selamber je jibauk tu sound gua sambil menjentik meter motor rxz beliau.
sekali imbas, rxz brader ni bukan calang-calang jugak. 
memang setting drag race punya.
depan belakang tayar sotong. no plat style layang pulak tu.
memang rempit kental brader ni.
tapi, cilake tadi kata stadi. ni apahal malam-malam buta dok main rempit ni? pegi la stadi tu.
kalau taknak stadi pun, berlakon la buat-buat stadi kat kopitiam ke, mcd ke macam yang selalu budak-budak couple buat.
gua lempang jugak brader ni.

"tapi ini PTPTN makan ribu-ribu der. bukan hal kecil-kecil bilis punya. banyak membantu tu." sambung brader tadi. kelihatan pada masa yang sama, brader tu cuba untuk menghidupkan enjin motor.
tapi dah 4-5 kali tendang, tetap tak hidup jugak.

"ahh sial la motor ni. bukan sikit duit aku perabis kat binatang ni. time-time ni la dia nak bagi aku menyirap." rintih brader tu sambil melepaskan geram dengan pang! pang! pang!.
ok itu bunyi brader tu tepuk tangki minyak.

"errr brader, gua ni takde la terer sangat pasal motor ni. tapi kalau gua tak silap, errr kunci tu bukan kita kena pulas dulu ke?" gua cuak-cuak berani.

Saturday, 9 June 2012

isu PTPTN

gua ni bukannya suka sangat nak menaip hal-hal yang berkaitan politik ni.
pun begitu, gua suka sangat membaca cerita-cerita perihal politik ni.
lebih-lebih lagi kalau cerita pasal PTPTN ni.
gua follow dari awal lagi cerita ni.
seronok sial gua tengok perangai berok-berok yang main politik ni.

ini apa yang gua nak bentangkan hujah kat sini ni bukannya sekadar sembang taik je.
ini memang gua dah buat survey dah ni.
senang cerita, dua dah buat research la.
kalau ada mana-mana mangkuk hayun yang sedang belajar sambil mentekedarah duit PTPTN tu nak sedut research gua buat tesis pun gua takde hal.
amik je la.

sambil gua nak menaip ni, sambil-sambil tu jugak gua menancapkan jelingan ke arah jam dinding gua yang dah dua tahun rasanya tak tukar bateri tu.

3:45

dengan suasana yang gelap ,hanya ditemani cahaya yang datang daripada laptop dan juga tv flat skrin 12" gua.
ditambah pula dengan angin sejuk yang dihembuskan oleh air-cond gua yang, haaa ni gua memang konfem tiga tahun dah tak servis.
patutnya orang yang nak servis tu datang semalam.

"lu datang dulu servis air-cond tu. nanti hujung bulan gua dapat gaji gua bayar la. siap gua belanja air sirap lagi.."

"haa kalau itu macam, lu dapat gaji, lu tepon gua balik.  gua datang servis."

serba ringkas perbualan gua dengan brader servis air-cond tu langsung menjawab kepada persoalan mengapa brader tu tak datang buat servis air-cond semalam.

eh cilake apa gua mengarut ni?
daripada gua nak cerita pasal PTPTN terus lari ke cerita servis air-cond pulak.


ok la gua kembali ke pangkal jalan.
jalan PTPTN.
gua jeling sekali jam dinding gua yang dah eh rasanya gua dah beritau kat atas tadi yang jam tu dah dua tahun tak tukar bateri kan? cibai.

3:55

cilake!
mati-mati gua ingat sekarang ni pukul 3:55 pagi!
bila gua selak sikit langsir tingkap, rupanya-rupanya punya la bapak panas terik kat luar tu.
terus potong mood gua nak manaip.

ini bukan time-time gua menaip dan menulis ni.
kalau 3:55 pagi, itu lain cerita la.
patut la gua punya intro pun dah ke laut dia punya melencong.

ahh lain kali la gua sambung cerita PTPTN ni.
tunggu la time tengah-tengah pagi baru gua menulis.
itu pun kalau gua tak tido la.
kalau gua tido, tunggu la sampai datang tengah-tengah pagi yang gua tak tido la.
puuuiii!! 
 

Friday, 1 June 2012

blues cuti sekolah

kalau gua tak hilang ingatan lagi, sekarang ni gua saspek budak-budak tengah cuti sekolah rasanya.
semenjak tiga belas tahun yang lampau, gua memang tak ambil port langsung tentang hal-hal cuti sekolah ni.


kepala bana apa signifikannya kat gua pulak.
gua bukannya tengah sekolah lagi.
lagi la jauh untuk mempunyai seorang dua anak yang sedang bersekolah.


dan biasa la, time-time anak cuti sekolah ni, mak bapak jugak yang menumpang semangkuk.
lagi-lagi la kalau nak dekat weekend ni. 
kalau gua merempit kat tengah hiway, kiri kanan gua boleh nampak kereta penuh dengan anak-anak kat dalamnya.
haa ini kes gua tak payah susah-susah nak saspek la.
gua pasti, kalau tak pasal nak bawak famili balik kampong, ini mesti pasal nak bawak famili bersiar-siar.


ok. menyentuh hal bersiar-siar, nak atau tak, kita pasti akan mengakui bahawa di negara kita ni banyak tempat-tempat yang menarik untuk dibawa bersiar-siar.
makan angin - dalam satu kata lain.
kalau nak pergi makan angin, memang tak payah nak ke luar negara langsung.
dalam negara kita ni pun dah jadi dah.


sekadar contoh;
kalau kita niat nak ke indonesia, tak payah kecoh nak buat paspot. kat sini pun dah boleh rasa.
gua malas nak taip panjang-panjang, begitu la juga halnya kalau kita ada pasang niat nak ke tibet ke, nepal ke, myanmar ke, hah bangladesh usah cerita la.
hatta kalau kita ada pasang niat nak ke afrika utara atau nigeria sekalipun, tak perlu buat paspot.
negara kita semuanya ada benda-benda tu.


ok berbalik kepada perkara tajuk; banyak tempat yang menarik ada dalam negara kita ni untuk dibawak bersiar-siar atau makan angin.
memang banyak.
kalau gua nak cerita satu-satu, eh memang bangang la gua jadinya.


"wooiiii!! dalam banyak tempat-tempat yang menarik kat malaysia ni, apa kejadahnya makcik buat perangai makan angin kat sini! cibai la!!" gua jerit sekuat hati sambil memintas ikut belah kiri sebijik kereta yang buat haram jadah drive kat lorong kanan hiway elit.


cilake!
bawak kereta 70km/j pun tak sedar diri nak lepak kat lane kanan.
kalau nak menyahut seruan kerajaan melancong dalam negeri sekalipun, bukan sini tempatnya.

Saturday, 19 May 2012

mencari akar tongkat ali

cilake.
gua baru nak cerita pasal malam ni punya final piala FA kelantan vs sime darby kat bukit jalil tu.
lepas tu gua nak cerita pasal apa gua akan turun ke stadium untuk tengok perlawanan tu.
lagi lepas tu gua nak tambah sikit cerita pasal apa gua sokong kelantan.
lagi lagi lepas tu lagi la gua nak cerita darah kelantan belah mana yang ada dalam badan gua ni.


tapi sebelum gua nak cerita apa kejadah semua benda-benda kat atas tu, gua nak tampal satu gambar dulu.
tapi lagi setelah genap dua belas kali gua try, tetap gua gagal nak tampal gambar tu.
apa lahanat yang dah berlaku pun gua tak tau.


fedap punya pasal, terus potong mood gua nak cerita.
cibai.
ok kita tengok tahun depan punya final pulak.
itu pun kalau gua berjaya main tampal-tampal gambar kat sini la.
kalau tak, kira style macam ni jugak la entri gua sampai ke sudah.


hah lagi satu yang gua fedap.
apasal samsung sII ni haram taknak frenly langsung dengan gua ni. 

Sunday, 13 May 2012

lagu baru - rezeki


empat (4) hari gua makan masa untuk upload lagu ni.
chirbit buat perangai macam cilake. tak nak bagi gua upload.
last-last terpaksa juga gua cari medium lain untuk upload.

gua buat semua sekali tentang lagu ni.
kecuali macam biasa, lirik gua rembat kat fesbuk member-member.

dan macam biasa juga, sebagai seorang yang selalu terlupa kat mana gua letak barang, di sini gua kena ingatkan kembali untuk diri sendiri.
kalau nak dengar, klik link.
tak pun kat area-area sidebar tu.
takut nanti gua sendiri lupa kat mana gua letak.

Thursday, 10 May 2012

mee bandung muor in anger - Ep final

makan setengah minggu jugak gua ambil masa untuk sambung episod mee bandung ni saja.
kalau dah jenis perangai pemalas, campak ke mana-mana pun akan tetap jadi pemalas.
ok gua sambung.

lepas je gua jawab pertanyaan dokter amei tu, dokter tu pun selamba je petik jari depan gua.

"ok. ini benda kecil je ni. takde hal langsung." konfiden betul gaya dokter amei memberikan kesimpulan. memang konfiden. sambil terus menokok.

"saya akan bagi awak satu hari cuti rehat..." cukup untuk buat gua senyum bila mendengar kenyataan tersebut. "dengan ubat-ubat untuk elegik. injection saya rasa tak payah kot. sebab nadi awak masih sekata lagi ni dan jantung awak masih kuat lagi ni."

tambah lega bila gua dengar yang dia kata gua tak perlukan satu haram pun injection.
maklumlah katanya jantung gua ni mantap lagi. haha.

"terima kasih la dokter. ikut dokter la nak bagi saya ubat apa pun. saya benda-benda lain saya tak kisah sangat. kalau tak boleh bercakap sekalipun saya tak de hal sangat." dalam keadaan bibir yang membengkak dan pedih tu, gua tetap nak beramah mesra jugak.

"yang saya fedap tu, bibir besar-besar ni susah saya nak tarik rokok." ok itu jujur gua bagitau.

gua tengok mata dokter amei dah separa terbeliak. gua tak tau apa yang dia fikir.

"awak ni time-time mulut dah herot-herot macam tu pun fikir nak hisap rokok lagi? huh!" serentak dengan itu, dia mencapai semula kertas putih untuk ubat description tu dan terus menuliskan sesuatu.
time tu gua ada perasan yang riak muka dia tu ada macam muka geram je.

setelah minta excuse lebih kurang, gua terus berjalan ke kaunter dispensari.
tak lama lepas tu, nama gua dipanggil.

"ok tuan. ni ubat untuk tuan. lepas ni tuan kena pergi ke bilik belakang tu, jumpa sarjan miswan." nurse membagitahu gua sambil hulurkan ubat.

lepas gua cakap 'ok', terus gua tegak menuju ke arah bilik belakang. cari sarjan miswan.
dalam hati gua, dah berbakul maki-hamun yang hamburkan.

cilake.
sia-sia je gua kena kencing hari tu.
tak pasal-pasal gua kena tiga injection.
nak menitik air mata gua bila jarum injection yang besar tu tikam tangan gua.
jarum kecil yang port kat area bahu tu, gua tak de hal sangat. 

huh! gua saspek mesti dokter amei ni fedap dengan gua bila gua cakap pasal nak hisap rokok tadi.
mulai hari tu, gua dah belajar satu benda.
jangan cakap pasal nak hisap rokok depan dokter.
kalau boleh menipu, maka menipu la.
 

Tuesday, 8 May 2012

mee bandung muor in anger - ep 1

pagi tadi, lepas habis briefing apa kejadah semua tu, macam biasa gua dengan etong pergi breakfast.
breakfast pun menu macam biasa; mee bandung muor.
kat kedai mak ngah. tapi siapa punya mak ngah, jangan lu orang cari pasal nak tanya gua pulak.
gua memang tak tau. dah nama kedai tu warung mak ngah. 
ah lantak dia la.
 
ye betul tu.
setakat sarapan melantak mee bandung muor tu memang kira biasa-biasa je bagi gua.
etong pulak melahap lontong muor
gua pun kurang periksa sama ada dalam dunia ni wujud atau tidak lontong style muor tu.
dah itu yang dia tulis kat menu, banyak lagi benda lain yang gua nak fikir selain nak fikir hipotesis pasal lontong muor tu.

baru tak sampai setengah mangkuk gua telan mee bandung tu, sesuatu yang misteri telah berlaku ke atas gua.
bibir gua rasa dah kebas lain macam je.
seraya itu juga gua rasa yang bibir gua ni dah macam start nak bengkak.
dia punya pedih tu memang tak payah cerita la.
tapi kalau lu orang desak juga gua supaya cerita, memang gua cerita pakai kaki la.
baru sesuai dengan pepatah mat saleh 'action speaks louder'.


tak lama lepas tu, bibir gua dah betul-betul bengkak maksimum dah.
siap mengeras lagi.
gua tengok etong pun dah jadi cuak dah tengok bibir gua.
tak tau gua nak bayangkan macam mana dia punya bengkak tu.
tapi senang cerita, lu orang penah tengok cerita kung fu hustle tak.
alaa yang stephen chow berlakon nak jadi geng kapak tu.
ada scene yang bibir dia kena gigit dengan ular tedung tu.
haa camtu la efek dia.


nasib baik la muka gua ni suci kaler putih je tanpa berminyak.
kalau muka gua ni gelap sikit, gua rasa muka gua ni kalau lu orang tengok itu jam mesti lebih teruk daripada negro lagi dah.


sakit punya pasal, gua tak pikir panjang. terus gua suruh etong bayar je.
pastu terus rempit hantar gua ke RSAT.


ok gua pun malas nak tulis panjang-panjang kat sini. gua terus lompat je ke scene gua dah duduk depan dokter amei.
tak sampai pun 30 saat gua duduk depan dokter tu, kesimpulannya sudah diduga secara tepat.


"alaa saya dah biasa dah handle kes-kes macam tuan ni. ni tak lain tak bukan ni, elegik la tu. cuba tuan cerita apa yang tuan dah makan." dokter amei setelkan kes gua gaya professional. lega sikit hati gua mendengarnya.
sebab bagi gua, kalau kes-kes elegik ni, alah kira ciput je.
ikan bilis punya kes je ni. dua tiga jam lepas tu, baik la bibir gua ni.


gua jawab pertanyaan dokter amei tu satu persatu.
gua siap review lagi apa yang gua makan sejak kelmarin. tanpa ada satu pun yang tertinggal.
pada mulanya, gua pun saspek elegik dengan mee bandung tu.
tapi bila gua pikir-pikir balik, macam yang gua dah tulis kat atas tu la.
makan mee bandung kat kedai mak ngah tu memang benda-benda biasa je yang gua buat.
tak penah pula kena kes bibir jadi besar ni.

cilake ada pulak citer karoot komedia ni dia tayang kat tv.
huh memang sampai kat sini je la nampaknya gua menaip.
macam biasa la nanti-nanti la gua sambung.
 




 

Sunday, 6 May 2012

tukang tilik underground

ada satu benda yang gua selalu bagitau kat kawan-kawan gua tentang diri gua ni.
tapi sekor haram pun taknak percaya.
gua pun tak paham kenapa kutu-kutu tu semua taknak percaya.
beria-ia kata gua ni menipu.
padahal muka gua ni kalau tengok dari jauh, memang tak tumpah gua punya muka suci ni.
kalau dari dekat, haa itu gua tak berani nak cakap la.

keistimewaan yang ada pada gua ni memang bukan calang-calang.
benda yang gua maksudkan itu adalah kebolehan untuk meramal masa depan.
lu orang tak payah nak buat-buat muka terkejut.
ni gua takde tipu punya.

benda ni gua dah acap kali tunjuk kat member-member gua semua.
dan selalunya betul.
member-member gua tu pulak bukan yang jenis kecil-kecil anak punya geng.
ada yang pilot, ada yang navigator, yang nak keluar pergi pekan naik motor pun ada yang gua ramalkan apa nak jadi pada hari tu.
kadang-kadang tu, kalau gua kat kampung, siap gua sound mak gua lagi kalau itu jam dia nak pegi pasar naik motor.

dah lebih kurang 11 tahun dah gua buat kerja-kerja macam ni.
gua start discover yang gua ada kebolehan ni masa gua tengah basic course kat kuantan dulu.
sebab time tu ada diajar kelas tentang meteorologi.

jadi, memang gua takde hal la nak handle kes-kes macam nak meramal cuaca ni.
gua memang ada menuntut benda-benda macam ni.
kah kah kah. 

Tuesday, 1 May 2012

hari ini 1 mei - edisi kalau gua bukan artis

gua ni takde la seorang yang baik sangat.
jahat sangat laksana iblis tu pun takde la jugak.
banyak segala jenis kejahatan tak kira kecil mahupun besar yang gua dah buat.
benda-benda lagha tu jangan cerita, dan malas gua nak cerita jugak.
panjang sangat.

walaupun gua selalu buat jahat, tapi sekiranya ada peluang gua untuk berbuat baik walaupun sedikit, gua akan buat betul-betul.

babi. ini entri apa yang serius sangat ni!
takde kena-mengena dengan tajuk pulak tu. 
cilake.