Friday, 10 February 2012

mesyuarat bangang

gua pun tak berapa nak ingat dah bila kejadian ni berlaku.
tapi apa yang gua pasti, ia berlaku time suatu pagi waktu gua tengah off shif.
sebab itu jam pukul 9 pagi, time gua sedap tido.

tido gua telah dilanggar oleh bunyi talipon gua yang memainkan lagu one buck short.
sambil gua meraba-raba mencari talipon yang gua port kat dalam kotak kasut, serentak itu la gua memaki hamun lahabau mana entah yang saje nak buat gua menyirap time-time pagi ni.
lantas apabila gua terlihat skrin talipon yang memaparkan nama bos gua, langsung gua berdiri tegak terpacak atas tilam.
segala maki hamun time tu automatik hilang, dan tanpa pikir panjang, gua terus tekan butang hijau.

"kau pegi masuk meeting pukul 10 ni kat HQ!"

haa nampak tak dia punya short and sharp tu.
kejadah meeting pasal apa pun gua tak tau.
itu je yang yang boss gua bagitau.
apa nak bawak masuk meeting, ada presentation ke, apa tajuk meeting, satu haram pun gua tak tau.
setelah mengambil kira gaya percakapan dan juga boss gua punya kelam-kabut, sumpah gua tak berani nak tepon balik.


setelah gua benar-benar pasti yang talian telah diputuskan secara proper, gua campak talipon gua tu ke dalam kotak kasut semula dan sambung gua punya maki-hamun.
ni bangsat apa yang dah berlaku sampai gua kena masuk meeting time gua off shif ni?
macam la takde pegawai lain kat ofis tu.


maki, maki jugak.
tapi ini bos punya arahan, bukan boleh dibawak bergurau.
bukan kecil-kecil anak bilis punya hal.
pantas jugak gua bersiap.


gua malas nak cerita panjang la.
kalau gua nak cerita jugak, mesti gua dah masukkan cerita yang gua masih tak habis maki lagi time gua terpaksa mengerah seluruh kudrat sampai basah-basah ketiak gua semata-mata nak start motor cabuk etong tu.
punya la seksa nauzubillah.


selepas lebih kurang 15 minit gua melepak dalam bilik mesyuarat tu, dengar geng-geng orang tua mengarut lebih kurang, baru la gua discover yang tajuk meeting tu ialah - bagaimana nak mengatasi masalah anak-anak yang melepak sampai jauh malam.


cilake!!
ni meeting bangsat jenis apa yang bos gua suruh masuk ni.
haram takde kaitan dengan gua langsung.
gua ni kawen pun belum lagi, apatah lagi nak beranak pinak.
kalau ikut jiwa muda rebel gua ni, masalah-masalah style gini, gua bubuh pelempang je dua tiga pam.
takde nak meeting-meeting apa ke bana semua ni.
ptuiihh!


tapi gua stay back jugak kat dalam meeting tu sampai habis.
bukan sebab gua ikut arahan boss gua, tapi sebab karipap dengan bihun dia sambil bilas denagan teh tarik kat dalam tu memang mengancam.

No comments:

Post a Comment