selalunya gua kalau nak keluar ke mana-mana, gua lebih layan naik motor lagi.
kalau setakat area-area dekat, macam nak pegi tapau nasik ke apa ke, memang gua tak pikir banyak, terus start motor je.
bahkan sampai ke bukit jalil atau nak ke KL ke tengok bola kat stadium, kereta memang gua tolak ke tepi.
leceh sikit kalau nak naik kereta ni.
lagipun jiwa rempit gua ni masih ada bersisa lagi di sanubari gua ni.
tapi dua hari lepas, perut gua lapar lain macam time pukul 4 petang.
nak ngadap megi, macam nak termuntah dah rasanya.
nak pegi bilik azraeil cari barang makan, time tu la pulak dia nak buat perangai kunci pintu.
selalu tak pernah-pernah nak kunci pintu. musibat.
nak tak nak, gua kena jugak nekadkan diri pergi tapau apa yang patut kat mamak ttdi jaya tu.
tapi nak keluar naik motor, gua tengok langit tu bukan calang-calang dia punya gelap.
gua saspek ni memang tak lama, kejap lagi kena simbah dengan hujan la tu.
hujan pulak tu sejak akhir-akhir ni bukan kecik-kecik anak dia punya main.
lebat nau'zubillah.
jadi, gua terpaksa la capai kunci kereta.
kalau gua keras nak layan motor jugak, ada gua join mat-mat motor berkampung kat bawah jambatan nanti karang.
lepas nyala rokok, gua terus pulas kunci kereta.
enjin bunyi sedap je. sambil mengusap-usap bonet kereta, gua bermonolog - haa macam ni la perangai binatang peliharaan. baik je.
gua masuk kereta, duduk, buka tingkap separuh, layan rokok dua pam lagi, masuk gear dan terus meluncur.
tak lama. memang tak lama.
sampai je depan masjid luar base tu, terus hujan turun macam disimbah-simbah dari langit.
jarak penglihatan pun memang haram tak nampak.
gua pun tak tunggu lama, menggelabah gua cuba naikkan tingkap guna tangan kanan.
sambil tangan kiri cuba main suis wiper.
cilake.
apa bangsat yang dah berlaku ni?
satu haram apa pun benda yang gua buat tadi langsung tak bagi respon.
tingkap tersekat, wiper pun haram tak bergerak.
dengan gelabahnya gua terus masuk kawasan masjid dan parking tak tentu hala.
kalau gua terus jugak, memang gua tak tau la binatang ke manusia yang akan gua bedal nanti sebab jalan memang haram tak nampak langsung.
penyudahnya, sejam setengah gua melepak kat masjid tu layan 12 batang rokok secara radikal. ptuiihh.
nasik ke mana, mamak pun hilang entah ke mana.
yang gua dapat hanya lapar je. dahaga tak sangat sebab gua dah sesah air paip masjid tu. berkat sikit agaknya.
sial lu kereta. lepas ni gua takde nak buat perangai usap-usap bonet lu dah.
tahyul semua tu. khurafat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment