Thursday, 9 February 2012

scene muzik indie -

ok gua sambung balik kerja gua yang terbengkalai dulu.
nasib baik la gua bukan kerja arkitek.
kalau gua kerja arkitek, gua berani jamin la mesti banyak pelan yang gua lukis, sekali tengok macam gambar jamban je.

patah balik kepada sembilan belas tahun yang lampau, gua memang dah menjadi sessionist kepada salah sebuah band yang memang established baik punya kat kampong gua.
ya. itu jam baru darjah lima.
jangan buat-buat terkejut. ini cerita bukan main-main punya.
bukan kecik-kecik anak bilis punya hal.

setakat budak-budak sekolah menengah yang takde benda nak stadi lepas PMR lepas tu terkial-kial nak buat band, rentikan.
semua gua tapau habis.
jangan nak buat style berlagak kat gua.
lu orang baru nak bersepah belajar main gitar, gua dah ada band dah.

tapi jodoh gua dengan band tu tak panjang.
masalah paling perdana yang gua hadapi ialah, lagu-lagu yang band tu main, haram satu pun tak sesuai dengan jiwa muda memberontak gua ni.
last-last gua tarik diri.
tak sampai pun enam bulan.

haa lagi satu masalahnya, gua tak dapat nak hisap rokok masa tengah jamming.
kalau nak pekena rokok pun, kena time rehat.
itu pun main hisap curi-curi kat belakang tandas dewan.
lu orang nak mampos ke apa hisap rokok depan orang-orang tua.
kat situ juga kena tempeleng.

ini cerita serius betol punya tau.
lu orang jangan ingat gua temberang ke apa.
ingat budak darjah lima tak reti main kompang ke?
cilake.


 

No comments:

Post a Comment