lebih kurang pukul 9 pagi gitu la kot, gua tengah tidur-tidur ayam kat bilik gua. terganggu oleh perbualan kamarul anuar yang sedang port baik atas sofa gua - bercakap dengan seseorang melalui aiponfo.
gua malas nak pikir macam mana dia boleh masuk bilik gua. sebab jenis-jenis yang macam gua ni, setakat tidur tak kunci pintu tu, kes biasa je.
kadang-kadang siap pintu ternganga je tak tutup. tapi gua tak risau sangat.
kalau setakat makhluk-makhluk jahat yang nak masuk bilik gua tu, pakat tunggu la ramai-ramai kat luar tu sampai bulan puasa. sebab gua dah pagar siap-siap dah pintu depan tu.
kalau nak masuk ikut tingkap, itu belakang cerita.
'der, jom tolong aku tolak kereta. tak nak start pulak.' pantas kamarul anuar gegar gua bila dia dapat tau yang taktik lakonan tidur mati gua tu tak berapa nak menjadi.
'bila? sekarang ke?' gua balas sambil kesat air liur basi gua yang masih bersisa.
'eh tak la. time krismas nanti.'
cilake! pagi-pagi lagi lu dah reply cara israel. makanya, gua terus bangun by number.
sampai kat parkir je, isrul azwan dah tunggu kat kereta kamarul anuar. brader isrul azwan ni boleh dikatakan agak tahap abang-abang jugak la knowledge dia pasal kereta ni.
setakat jadik driver masa kawan-kawan tolak kereta kat belakang tu, memang dia otai sangat la.
di posisi masing-masing - gua dengan kamarul anuar kat belakang stand by nak menolak, isrul azwan duduk kat tempat driver stand by nak main klac dengan minyak.
ok go! gua dan kamarul anuar kerah sepenuh kudrat.
gagal. takde tanda-tanda bunyi enjin kereta.
ok go kali kedua! kali ni lajak jauh sikit.
gagal jugak. masih juga takde tanda-tanda enjin nak mengaum.
masing-masing dah buat andaian sendirik. minyak takde, bateri jahanam, alternator tercabut, jin bertendang, lipas bersarang, syaitan bergelumang. dan macam-macam andaian yang tak masuk dek akal lagi.
masih lagi isrul di seat driver, gua pergi ke depan jenguk dia. tak semena-mena mata gua tertancap ke tempat kunci.
babi! memang babi!
sempat gua tapak perut isrul azwan tiga-empat kali secara bertubi-tubi.
kalau kunci tu tak dipulas, menolak dari shah alam sampai ke arizona utara sekalipun, tambah dengan dua tiga kali mati hidup balik pun enjin tu tak boleh start.
pagi itu, dengan perut separa senak akibat kena tapak dengan gua, isrul azwan bertukar posisi. dia menolak sorang-sorang kat belakang, gua dengan kamarul anuar port dalam kereta.
cilake!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment