Saturday, 16 April 2011

dua panggilan talipon II

kali ni gua nak sembang pasal satu lagi panggilan talipon yang membuatkan sehari suntuk gua berperasaan macam haram jadah.
sehari selepas gua mendapat panggilan hati berbunga dari seorang kolonel, gua terima pulak satu panggilan talipon dari seorang mejar. sorang kolonel, sorang mejar.
peehhh ni bukan kecik-kecik anak bilis punya hal ni!


"UOI dah siap ke?"
"apa dia? belum?! kau biar betik. kau bersedialah nak jawab dengan higher authority!"
tuutt! haa itu bukan bunyik censored word. itu bunyik orang letak talipon.


apa ke haram pagi-pagi buta time gua baru nak start kerja, dah pekena mukadimah style-style bangsat camni. 
jadi, sampai ke nak masuk waktu semayang jumaat pun hati gua tak recover lagi. penyudahnya time orang dok berebut parking kereta nak semayang jumaat, gua kat bilik berebut joystick dengan prono. layan PS. 


apa gampang nak gua siapkan UOI dalam masa dua minggu. base-base lain pun nak siapkan UOI makan bulan, makan tahun. itupun gua dengar ada base yang kantoi UOI sampai tahun ketiga.

No comments:

Post a Comment