sembang pasal bola sepak ni, gua agak metal-core jugak la bab ni. sebab gua jenis yang akan tengok semua perlawanan bola kat tibi. tak kira la team mana yang main. EPL ke, La Liga ke, liga Jepon ke, hatta liga Timbaktu Perdana pun gua layan.
tapi yang hamjadnya ialah gua kurang sikit tengok bola sepak liga malaysia ni. bagi gua, tengok perlawanan liga malaysia adalah merupakan satu dosa.
ok, tengok bola tu tak dosa. tapi kalau tengok bola sambil diselang-selikan dengan maki-hamun sumpah laknat apa lancau semua tu, maunya tak berdosa?
kalau bola sepak tempatan ni, gua layan team perak je la. biasa la beb, homegrown.
sembang jauh sikit lagi pasal bola sepak, kali terakhir gua pergi stadium tengok bola ialah pada lebih kurang tujuh tahun yang lalu.
gua dengan iskandar merempit naik vespa ramai-ramai dari lumut membawak ke stadium ipoh tu.
huh! time tu memang legend beb. gua rasa perak lawan kedah kot masa tu.
tujuh tahun selepasnya, timnas korea datang malaysia. buat friendly match. kat bukit jalil.
pais yang mengaku baru jadik ultras malaya tiga hari pun terus gegar gua ajak turun.
"jom ke jom?" pendek text sms dia. provoke gua.
so kalau gaya camtu punya soalan, lu orang pun dah boleh agak nak jawab apa kan. bongok punya soalan!
gua pun dah lama errr setepatnya ialah tak pernah tengok skuad kebangsaan main depan mata ni. selalu tengok kat tibi je. itu pun setakat tengok kat dalam berita je. ada berapa saat je la yang dapat tengok.
hari tu, malaysia menang sebijik. gua tak tahu siapa skor. sebab gua asyik mengalami gangguan. disebabkan gangguan itu jugalah gua tak berdosa sangat memaki-hamun player macam biasa gua buat.
paling bangsat pun perkataan kasar yang keluar dari mulut gua ialah 'damn' je. kira lembut la tu ye tak?
kalau macam ni punya gaya gangguan, memang patut sangat la kalau gua tak tahu sampai ke sudah saper yang skorkan gol untuk malaysia tu. ptuuiihh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment