lepas je gua mengamuk pasal lagu ibnor riza tu, akmal akur. dia pilih lagu lain. kira automatik secara rasminya, lagu ibnor riza telah di 'ban'. azizan juga akur.
itu secara pakej termasuk la sekali lagu-lagu style nassier wahab, anuar zain, tomok, haaa termasuk la jugak lagu imran ajmain. geli siot!
jantan jenis apa lu orang ni kalau melalak lagu-lagu style gitu.
tapi pengecualian diberikan ke atas lagu faizal tahir. sebab dia ada bau-bau rock sikit.
esoknya, kami lepak kat makbul. bukan nak makan pun. ushar makwe je yang lebih. kalau ada rezeki lebih sikit, melintas la sekor dua milf. boleh tengok je la. tapi nama kalau nak ngorat, memang kirim salam la jekk.. sekor-sekor perangai pemalu macam tupai.
tengah dok lepak tu, akmal buat perangai cilake ajak pegi karok lagi malam tu. repeat yang semalam punya sebab banyak lagi lagu yang dia mengidam. si azizan lagi la haram jadah. semalam dia dah maki dah cina karok tu sebab lagu justin bieber takde. so malam ni dia kata cina tu dah janji nak upload lagu justin bieber.
gua mula-mula memang malas nak pegi. sebab.. hmm sebab malas la. tapi kutu dua ekor ni memang well-trained. dorang tau macam mana nak pancing gua.
"der, lu dengar lagu sixth sense ni. macam cilake suara penyanyi dia gau cakap lu. lu punya suara lagi cun dari ni beb." babi lu azizan! lu cuba nak jual gua ek.
kes-kes vocal ni memang gua tak boleh nak tolerate ni. itu pasal la gua memang jaki sangat kalau tengok rancangan tibi gaya-gaya akademi fantasia ni. menghabiskan duit rakyat-rakyat yang bebal je kerjanya. last-last keluar AF bukan jadik penyanyi pun.
bersepah merata jadik macam-macam. jadik deejay la, jadik pengacara rancangan kanak-kanak la, jadi lahabau la. ah jadik macam-macam la yang takde kena-mengena dengan nyanyi. ptuiihh!
sebenarnya suara sixth sense tu memang tahap bangsat punya susah kalau nak ikut. makan apa agaknya penyanyi tu sampai suara jadik camtu.
gua terkena getah pelam. malam tu sekali lagi kami bertiga menghala ke tempat karok semalam. jadi bermulalah aktiviti berkarok gaya tak tumpah macam semalam. dan larangan untuk melalak lagu daripada jantan-jantan yang gua sebut kat atas tadi masih berkuatkuasa.
kepala masing-masing dah sedap. air dah penuh. karaoke pun dah nak tutup dah.
dalam bilik tu tinggal gua dengan azizan je tengah belasah lagu-lagu dari queen, nazareth dan creed. lagu-lagu local dari wings dan may pun ada jugak yang kami jahanamkan. barulah rock!
itu kalau awie tiba-tiba masuk time kami sekor-sekor tengah jahanamkan lagu dia, mau makan penampar sampai ke pagi tu.
si akmal gua tak tahu dah melingkup kat mana entah. tido dalam jamban ke apa.
gua tengok akmal dah takde, gua pikir ini adalah peluang yang baik untuk gua tutup malam ni dengan penuh gemilang. jadi gua pun amik remote dan pilih killer song gua. last. lagu penutup. dan gua pun terus melalak lagu tu. sebab gua dengar akmal karok lagu tu macam best je semalam.
sedang gua menarik chorus lagu tu, tiba-tiba pintu terkuak, lampu ter on. gua nampak akmal dah bercekak pinggang sila panggung kat depan pintu.
cilake! apasal la binatang ni boleh masuk time-time gua tengah layan lagu ni?!
gua dah panik. tak tau nak buat apa. mata gua melilau nak carik remote je sebab nak skip je lagu yang gua karok tu. tapi nasik dah menjadik bubur.
"cilake lu!! semalam masa gua karok lagu ni, lu punya mengamuk dah macam temenggung jugah dah! habis kerusi meja lu terbalikkan! tapi malam ni, boleh pulak lu karok lagu ibnor riza ni! lu memang keparat!"
malam tu, akmal punya mengamuk lagi teruk dari gua punya mengamuk semalam. kerusi meja tu memang dah berterabur la dia terbalikkan. siap tv sekali jahanam dia kerjakan. memang betul punya mengamuk binatang ni malam ni. sepanjang perjalanan balik tu dia maki gua. sampai membawak ke bilik, dia tak abis lagi sumpah seranah gua!
sehingga entri ni di publish, akmal masih lagi akan mengamuk tak tentu hala bila gua mention nama ibnor riza. mana punya perangai siamang entah yang dia ikut entah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment