Thursday, 28 July 2011

mambang mabuk minum brandy


pernah pada suatu hari, lama dulu, gua pun tak berapa nak ingat time bila.
gua pegi kuar jalan-jalan dengan makwe gua.
itu jam gua masih ada makwe lagi.
dan gua pun tak berapa nak ingat kat mana entah time tu.
biar la gua namakan tempat tu sebagai area-area bukit bintang kot.

sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba berlaku rusuhan kat area tu.
sebijik macam rusuhan 'bersih' yang gua dan lu orang biasa tengok kat youtube tu.
cuma time tu takde orang pakai baju kuning-kuning je.
semua pakai baju corak macam-macam.
gua sendiri pun tak pasti baju corak apa yang gua pakai pada hari tu.

dalam pada kelam-kabut tu, sempat jugak otak gua berfikir.
apa kelancau yang terjadi ni sampai boleh pulak tiba-tiba ada rusuhan.

oh cilake!
baru gua teringat.
bukan rusuhan rupanya. ia lebih kepada semacam ada aktiviti yang berlaku di bawah tanah.
bahasa senang - gempa bumi.
sebab kalau dilihat daripada gaya-gaya bangunan yang runtuh di sekeliling gua ni, takde pun
rupa ada pertarungan antara ultraman dah dinosaur.
serangan udara dari tentera indonesia, jauh bangat sih!

gua eratkan genggaman tangan gua memimpin makwe gua.
agar bersama-sama kami dapat menyelamatkan diri.
ada jugak seketul dua sisa runtuhan yang betul-betul nak menghempap gua, sempat gua elak.
mana yang tak sempat gua nak elak tu, gua praktikkan jurus 'hikmat pemecah tengkorak' yang
sempat gua tuntut masa tingkatan 4 dan 5 dulu ke atas batu-batu tersebut.
itu pun melalui pembacaan gua terhadap komik-komik karya ma wing shing.
nak guna kame hame ha, itu dah mengarut sangat.
last gua try masa darjah 6 dulu. itu pun tak berapa nak menjadi.
jadi, gua lupakan terus.

setelah beberapa ketika gua bergelut, akhirnya suasana kembali tenang seperti sediakala.
gua lihat sekeliling, semuanya habis binasa.
mayat orang ramai bersepah-sepah, kereta bas tunggang terbalik, bangunan hancur, monorel komuter pun dah tak nampak rupa dah.
bas 'sitiawan omnibus' pun ada tersangkut kat situ.
eh apa kejadah bas tu buat kat sini pulak? jauh berjalan dari sitiawan tu.
gua agak ada la jarak dalam 220km tu.
ranap semuanya.

dan yang paling bangsat sekali ialah; mana pergi makwe gua?
bila masa pulak gua terlepas dia ni?
hah gua saspek gua terlepas tangan dia masa gua praktikkan hikmat pemecah tengkorak tu la.
sebab hikmat tu memerlukan gua menggunakan kedua-dua belah tapak tangan gua.

gua melilau-lilau ke sekeliling mencari, sambil menjerit-jerit nama makwe gua.







sehinggalah dari jauh gua ternampak kelibat makwe gua.
gua senyum. kerana dia selamat.
tapi nampaknya senyum gua hanya bertahan dalam waktu kurang daripada 5 saat.
kerana dari jauh itu juga, gua nampak dia tak berseorangan.
dia sedang berjalan sambil berpimpin tangan bersama seorang mamat kutu berahak mana entah.
gua pun tak cam.
gua tak pikir panjang dah lepas tu.
gua punya pecut ke arah dia tu, boleh geleng kepala usain bolt kalau tengok.
kalau setakat geleng kepala je, mungkin boleh dibawak berunding lagi.
tapi gua saspek usain bolt siap akan hantar surat nak bersara lari pecut lagi kepada kerajaan jamaica tu.

dan seperti yang biasa kita tengok dalam filem-filem bangang melayu, tak sah la kalau tengah-tengah lari tu tak jatuh kan.
haa itu la jugak yang telah berlaku ke atas gua.
tapi hero mana ada kenal putus asa la.
kena tibai sampai pecah muka ke, kena tembak dengan meriam ke, kena baham dengan harimau ke,
kena kencing dengan langsuir ke, tetap boleh lawan lagi.
gua bangun balik.

babi!
sedar-sedar je gua dah ada kat atas tilam cadar pink gua.

sumpah! di atas adalah mimpi yang pernah gua alami.
dan ia masih menjadi mimpi paling sedih gua setakat ini.
mimpi sedih yang lain, belum datang lagi.

orang kata, kita selalunya akan terlupa apa yang telah kita mimpikan bila kita bangun esok paginya.
ya betul. gua pun banyak yang dah terlupa apa yang gua dah mimpi.
tapi mimpi ini, tidak.


 

Sunday, 24 July 2011

tolong jangan ingatkan gua

babi la!

time hari-hari keja, liat pulak mata ni nak bukak!
tapi time hari-hari cuti hujung minggu macam ni, macam cilake pulak dia buat perangai awal-awal pagi lagi dah tak mau tido!

pukul 6 pagi tadi gua dah tersedar.
nasib baik gua takde mimpi apa-apa masa tido. kalau tak, memang potong la.

walaupun gua bangun seawal 6 pagi, tapi gua taknak la cerita yang berapa rakaat semayang subuh yang gua dah buat tadi.
kalau gua cerita jugak, gua khuatir amalan gua akan jadik sia-sia je.
sebab dah berbau riak.

sebab tu la gua tak berapa nak menunjuk sangat apa amalan-amalan yang gua selalu buat.
kalau lu orang ingat gua ni jenis yang tak layak nak bagi nasihat, sebab gua tak beramal, lu orang silap!

sebab gua ni jenis yang..

aahhhh cilake!!
apa yang gua merepek ni sial!!
gua taknak tulis sebenarnya, tapi gua dah terklik kat 'new post'.
malas la gua nak patah balik.

eh gua teringat kat satu text message.
'kalau nak cakap, tepon je la! saya malas nak tulih2 ni!'

Sunday, 17 July 2011

jumpa sedara mara

satu benda yang paling gua tak boleh buat dalam hidup ni. meng-frenly-kan muka gua dengan kamera.    



nanti gua nak repeat balik kat anfield yang betol punya.
duduk kat sini pun dah rasa macam kat anfield dah.

meremang bulu tengkuk gua bila satu stadium nyanyi 'you'll never walk alone' tadi.
last gua nangis, setahun lebih yang lepas.
tapi tadi gua rasa macam nak nangis balik pun ada jugak.


tapi gua betol-betol tak boleh blah bila tengok ada kutu-kutu yang datang dengan makwe masing-masing.
establishment betol la! cilake!

tapi kalau gua jadik dorang pun, gua akan bawak makwe jugak.


haaa yang ni gua test market nak frenly-kan muka gua dengan kamera. tapi macam haram jadah pun ada jugak.
 

Thursday, 14 July 2011

satu je

selama gua hidup solo ni, bukan gua nak menidakkan takdir yang telah diberi kat gua, cuma gua rasa gua ada tahap tertentu untuk gua carik pengganti untuk ex gua.

gua mintak tak susah dan banyak.
satu je benda basic ni.
kalau ada sesiapa yang sanggup amik gua kat mess untuk keluar dating, atau meeting,
lu orang dah dikira berjaya sekaligus gua akan konsider untuk jadikkan calon ustazah pilihan gua.

kerana sepanjang gua hidup ni, hanya scooby joo sahaja yang tak pernah gagal atau merungut untuk amik gua kat mess.
period!










Wednesday, 6 July 2011

ranjau sepanjang jalan

dalam dua setengah minggu yang lepas, tempat gua telah menerima kehadiran seorang lagi pegawai wanita.
menjadikan jumlah pegawai wanita yang menempek kat ofis gua menjadi tiga orang.
setan! itu dah berkapasiti 50% daripada jumlah keseluruhan pegawai yang dok ada kat area gua ni.

gua bukan la nak bersikap seksis atau pun kapitalis.
cuma gua tak berapa nak suit sikit kalau bekerja dengan wanita ni.
kalau wanita bujang tu, lain la cerita.
ni hantar plak tu stok-stok yang dah beranak pinak.
apa yang gua nak buat.

lagi satu, gua ni kalau bagi arahan, memang tak kena dengan gaya gua kalau nak cakap bisik-bisik ni.
fidelity suara gua mesti nak kena tinggi jugak.
macam mana la agak-agak gua nak bagi arahan kat puak-puak wanita ni dalam intonasi lontaran suara yang tinggi nanti.
kalau salah interpret gaya gua, memang boleh nangis dibuatnya kalau dengar.

tapi takpe, gua angkat benda-benda tu semua dari sudut pandang yang positif.
perempuan ni kalau dah kumpul ramai-ramai, memang takde lain la makanan dorang.
at least boleh jugak gua mengisi masa lapang dengan mendengar dorang mengumpat.
paling tidak pun bergossip.
makanya kalau gua ter-miss tengok melodi satu minggu tu, gua takde la nak heran sangat.


sejak empat lima hari yang lepas, gua memang dah start join dorang bersembang dah.
gua memang jenis yang takde hal.
sembang la pasal apa-apa pun, gua boleh je layan.
setakat cerita nak mengumpat member-member, atau pun nak kutuk bos, itu gua berani declare diri gua champion la.
dari hal-hal politik, sampai la ke channel animal planet pun masih dalam coverage knowledge gua lagi tu.

tapi benda yang paling bangsat sekali ialah bila masuk sejak dua hari kebelakangan ni.
gua dah rasa semakin menjauh daripada topik perbualan dorang.
bila dorang start bersembang, gua pun tak tahu kat celah mana gua nak selit.
memang tak boleh masuk langsung!

dah la sekor-sekor berlonggok port kat opis gua.
pastu topik perbualan langsung tak menunjukkan rasa respek kat gua langsung.
nak je gua pekik halau sekor-sekor suruh berambus.

__________________________________________

'eh anak u minum susu apa ha?'

'lampin baby apa yang paling best sekali?'

'apa petua nak bagi anak tak melalak tengah-tengah malam ha?'

'eh u nak tau tak? anak i dah pandai gelak-gelak dah bila tengok tom tom bak.'

cilake!
agak-agak lu orang, bila dorang dah start berborak style-style agenda di atas,
kat celah mana yang gua dapat nak menyelit?

dan penah sekali ada sekor kutu bagi soalan tahap bajingan kat gua;

'errr tuan rasa yang mana lagi sesuai dan cantek ha?'

soalan pakej datang sekali dengan katalog gambar-gambar balang tempat isi kuih raya.
tapi gua saspek itu bukan balang kuih, tapi lebih kepada tong beras.

kalau gua jawab jugak, maknanya gua pun dah sama bangang dengan si tukang tanya tu.
ptuuiihh!
kat situ jugak jua terbalikkan meja opis!
tanda protes.
menandakan yang gua memang tak boleh suit kalau nak bekerja dengan puak-puak pegawai wanita ni.

Tuesday, 5 July 2011

siapa gua sebenarnya

cerita perihal ke-origin-an diri gua ni sememangnya gua pun kabur.
tapi selapas 28 tahun gua hidup ni, baru la ada seseorang yang telah men-disclose-kan siapa sebenarnya diri gua ni.

beliau ialah pakcik ramli.
ya. pak ramli ni skot bapak gua.
ya jugak. bapak gua merupakan bekas anggota tentera laut diraja malaysia.
dan apa yang paling gua bangga tentang bapak gua ialah, serius,
gua penah tengok sijil bapak gua.
bapak gua lulus ujian renang beb.
ini bukan kecik-kecik anak bilis punya kes renang ni!
ini kes berenang dari pulau natuna ke pulau layang-layang tu!
lu orang google la sendirik kalau lu orang nak tau jarak antara dua tempat tu.




ok.
berbalik kepada asal-usul kejadian gua, menurut pak ramli tu, suatu hari, mereka sekapal belayar ke area-area great britain tu.
senang cerita, gua pendekkan la.


usai je long-side kat pelabuhan liverpool tu,
satu telegram masuk.
lebih kurang berbunyik begini la;


"gua mengandung. anak kedua."

telegram dari bini bapak gua.
mak gua la tu maknanya. kalau itu pun lu orang tak boleh pikir, meh sini beratur depan gua.
senang gua nak lempang sekor-sekor. bingai!


so lu orang tak payah nak pikir lebih-lebih sangat.
sah-sah la gua ni boleh dikira sebagai scouser.
amacam?


16 hb julai ni, kalau ada makwe-makwe yang gatal sangat bijik nak ajak gua dating,
sila pergi jahanam.
tiket semua apa lancut gua dah genggam. carik tarikh lain.
gua nak tengok kelab tanah tumpah darah gua berkunjung.

Friday, 1 July 2011

siapa kata gua tak pernah serius

"der, agak-agak berapa ratus terbarai belanja kenduri kawen haa?"

itu soalan pembangsat yang gua bagi kat mat pet qhaireel pada suatu pagi ketika kami lepak kat mamak area lumut masa dia nak hantar gua pegi fisio dulu.
lama tak lama la sangat.
ada la kot masa tahun 2008 yang lepas.

gua nampak mat pet macam terkesima bila dengar soalan gua tu.
nampak macam gaya-gaya nak mandikan gua dengan teh tarik tu pun ada jugak.

"perghh lu nak kawen dengan saper ni der? gua tak penah tau pun lu ada makwe."

gua memang tak berapa nak terperanjat sangat kalau mat pet soal gua balik style-style camtu.
sebab selama ni pun gua bergerak di luar radar coverage.

kalau gua, dia, campur dengan kutu-kutu macam mat amin dgn mat aji layan lepak kat waterfront ushar makwe, atau pun kacau bapok,
memang dorang tau yang gua ni bukan jenis nak melayan sangat. setakat tengok je.
tapi kalau kutu-kutu tu semua buat keja, memang perangai sekor-sekor dah macam berahak dah.

"dengan makwe gua la! apa lu ingat gua ni lahabau sangat ke sampai takde makwe?"

gua takde la nak rasa terbakar sangat dengan soalan mat pet tu.
dan gua takde la jugak nak salahkan dia kalau dia soal gua jenis-jenis macam tu.
sebab gua memang tak penah nak tunjukkan simptom-simptom angau kat dorang semua ni.
makwe gua time tu pun memang jenis rock, so memang takde masalah sangat la.

kitorang pun bukan jenis-jenis bangang asyik nak bergayut atau nak ber-sms je kejanya.
banyak lagi keja lain nak kena buat.
contohnya; errr dating dengan orang lain kot.

"lu nak kawen dengan makwe lu yang mana satu ni? yang hantar lu pegi hospital dulu tu ke?"

habis je ayat mat pet yang berbentuk soalan tu, gua rasa macam nak berakkan balik roti telur yang baru je gua lahap tadi tu.
ini cilake punya jenis soalan ni!
boleh pulak lahanat ni tanya yang mana satu.
yang satu tu pun dia tak penah tengok, inikan pulak yang lain-lain.
sah-sah la tak ada! babi.

"kat area gua dulu serba-serbi mahal der. so gua rabak ada la dalam 40k." terang mat pet setelah memberitahu yang dia adalah adik kawasan butterworth. area jalan tudm mengamuk.

"tapi kalau lu nak buat area-area lumut manjung ni, barang-barang siap pakej je pun gua rasa tak berapa nak mahal sangat. rabak dalam 30k je. apa ada hal." sambung mat pet.

gua tak tahu nak bereaksi lagu mana bila dengar penerangan solid dari mat pet tu.
gua lipat balik surat khabar, capai tongkat dan bangun.

"ok yang ni punya sarapan lu bayar dulu. gua nak simpan duit. kalau tak jalan jugak, esok kita singgah koperasi. mohon bantuan."