dalam dua setengah minggu yang lepas, tempat gua telah menerima kehadiran seorang lagi pegawai wanita.
menjadikan jumlah pegawai wanita yang menempek kat ofis gua menjadi tiga orang.
setan! itu dah berkapasiti 50% daripada jumlah keseluruhan pegawai yang dok ada kat area gua ni.
gua bukan la nak bersikap seksis atau pun kapitalis.
cuma gua tak berapa nak suit sikit kalau bekerja dengan wanita ni.
kalau wanita bujang tu, lain la cerita.
ni hantar plak tu stok-stok yang dah beranak pinak.
apa yang gua nak buat.
lagi satu, gua ni kalau bagi arahan, memang tak kena dengan gaya gua kalau nak cakap bisik-bisik ni.
fidelity suara gua mesti nak kena tinggi jugak.
macam mana la agak-agak gua nak bagi arahan kat puak-puak wanita ni dalam intonasi lontaran suara yang tinggi nanti.
kalau salah interpret gaya gua, memang boleh nangis dibuatnya kalau dengar.
tapi takpe, gua angkat benda-benda tu semua dari sudut pandang yang positif.
perempuan ni kalau dah kumpul ramai-ramai, memang takde lain la makanan dorang.
at least boleh jugak gua mengisi masa lapang dengan mendengar dorang mengumpat.
paling tidak pun bergossip.
makanya kalau gua ter-miss tengok melodi satu minggu tu, gua takde la nak heran sangat.
sejak empat lima hari yang lepas, gua memang dah start join dorang bersembang dah.
gua memang jenis yang takde hal.
sembang la pasal apa-apa pun, gua boleh je layan.
setakat cerita nak mengumpat member-member, atau pun nak kutuk bos, itu gua berani declare diri gua champion la.
dari hal-hal politik, sampai la ke channel animal planet pun masih dalam coverage knowledge gua lagi tu.
tapi benda yang paling bangsat sekali ialah bila masuk sejak dua hari kebelakangan ni.
gua dah rasa semakin menjauh daripada topik perbualan dorang.
bila dorang start bersembang, gua pun tak tahu kat celah mana gua nak selit.
memang tak boleh masuk langsung!
dah la sekor-sekor berlonggok port kat opis gua.
pastu topik perbualan langsung tak menunjukkan rasa respek kat gua langsung.
nak je gua pekik halau sekor-sekor suruh berambus.
__________________________________________
'eh anak u minum susu apa ha?'
'lampin baby apa yang paling best sekali?'
'apa petua nak bagi anak tak melalak tengah-tengah malam ha?'
'eh u nak tau tak? anak i dah pandai gelak-gelak dah bila tengok tom tom bak.'
cilake!
agak-agak lu orang, bila dorang dah start berborak style-style agenda di atas,
kat celah mana yang gua dapat nak menyelit?
dan penah sekali ada sekor kutu bagi soalan tahap bajingan kat gua;
'errr tuan rasa yang mana lagi sesuai dan cantek ha?'
soalan pakej datang sekali dengan katalog gambar-gambar balang tempat isi kuih raya.
tapi gua saspek itu bukan balang kuih, tapi lebih kepada tong beras.
kalau gua jawab jugak, maknanya gua pun dah sama bangang dengan si tukang tanya tu.
ptuuiihh!
kat situ jugak jua terbalikkan meja opis!
tanda protes.
menandakan yang gua memang tak boleh suit kalau nak bekerja dengan puak-puak pegawai wanita ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment