Friday, 1 July 2011

siapa kata gua tak pernah serius

"der, agak-agak berapa ratus terbarai belanja kenduri kawen haa?"

itu soalan pembangsat yang gua bagi kat mat pet qhaireel pada suatu pagi ketika kami lepak kat mamak area lumut masa dia nak hantar gua pegi fisio dulu.
lama tak lama la sangat.
ada la kot masa tahun 2008 yang lepas.

gua nampak mat pet macam terkesima bila dengar soalan gua tu.
nampak macam gaya-gaya nak mandikan gua dengan teh tarik tu pun ada jugak.

"perghh lu nak kawen dengan saper ni der? gua tak penah tau pun lu ada makwe."

gua memang tak berapa nak terperanjat sangat kalau mat pet soal gua balik style-style camtu.
sebab selama ni pun gua bergerak di luar radar coverage.

kalau gua, dia, campur dengan kutu-kutu macam mat amin dgn mat aji layan lepak kat waterfront ushar makwe, atau pun kacau bapok,
memang dorang tau yang gua ni bukan jenis nak melayan sangat. setakat tengok je.
tapi kalau kutu-kutu tu semua buat keja, memang perangai sekor-sekor dah macam berahak dah.

"dengan makwe gua la! apa lu ingat gua ni lahabau sangat ke sampai takde makwe?"

gua takde la nak rasa terbakar sangat dengan soalan mat pet tu.
dan gua takde la jugak nak salahkan dia kalau dia soal gua jenis-jenis macam tu.
sebab gua memang tak penah nak tunjukkan simptom-simptom angau kat dorang semua ni.
makwe gua time tu pun memang jenis rock, so memang takde masalah sangat la.

kitorang pun bukan jenis-jenis bangang asyik nak bergayut atau nak ber-sms je kejanya.
banyak lagi keja lain nak kena buat.
contohnya; errr dating dengan orang lain kot.

"lu nak kawen dengan makwe lu yang mana satu ni? yang hantar lu pegi hospital dulu tu ke?"

habis je ayat mat pet yang berbentuk soalan tu, gua rasa macam nak berakkan balik roti telur yang baru je gua lahap tadi tu.
ini cilake punya jenis soalan ni!
boleh pulak lahanat ni tanya yang mana satu.
yang satu tu pun dia tak penah tengok, inikan pulak yang lain-lain.
sah-sah la tak ada! babi.

"kat area gua dulu serba-serbi mahal der. so gua rabak ada la dalam 40k." terang mat pet setelah memberitahu yang dia adalah adik kawasan butterworth. area jalan tudm mengamuk.

"tapi kalau lu nak buat area-area lumut manjung ni, barang-barang siap pakej je pun gua rasa tak berapa nak mahal sangat. rabak dalam 30k je. apa ada hal." sambung mat pet.

gua tak tahu nak bereaksi lagu mana bila dengar penerangan solid dari mat pet tu.
gua lipat balik surat khabar, capai tongkat dan bangun.

"ok yang ni punya sarapan lu bayar dulu. gua nak simpan duit. kalau tak jalan jugak, esok kita singgah koperasi. mohon bantuan."

No comments:

Post a Comment