Sunday, 19 June 2011
hari bapa - edisi a.c.a.b.
Terkenang bersama mengejar pelangi
menempuhi rintangan onak berduri
kesabaran mengiringi
menanti terbitnya mentari
Telahku masih mengejar impinan ini
harapan ku ini masih belum lagi mati
tak mudah melupai
erti perjuangan ini
Genggam...tanganku
kubawa...bangunkan kau semula
Gengamlah...
tanganku...
ku...bawa...kau semula...
Terkenang bersama mengejar pelangi
menempuhi rintangan onak berduri
percaya kata ku ini
kan ku bawa kau kembali
Genggam...tanganku
ku..bawa...bangunkan kau semula
Genggamlah...
tanganku...
ku..bawa...kau semula...
"balik cepat. ayah masuk hospital."
pendek dan tajam je kakak gua sound kat dalam talipon lebih kurang tujuh tahun yang lepas, langsung terus memutuskan talian.
serius, itu je yang dia cakap.
hospital mana, tak payah nak bagitau. sebab kat kampong gua ada satu je hospital.
memang nampak sangat bangangnya gua ni kalau gua bantai tanya jugak.
nak tanya pasal no wad atau no katil, cari pasal namanya.
time-time macam tu, jangan buat nak bertanya bagai-bagai.
makan maki je penyudahnya karang.
dah orang suruh datang tu, datang je la cepat-cepat.
kang dah sampai hospital, pandai-pandai la carik.
lepas je kena sound style-style macam tu, gua tak tunggu lama.
terus gua start motor TZM gua, rempit ke hospital.
time-time macam tu jugak, memang tak kena sangat gayanya kalau gua cucuh rokok barang sebatang sambil nak tunggu enjin panas.
sepanjang-panjang perjalanan gua merempit dari wisma samudera tu, haaa lagu kat atas tu la yang gua dok ulang-ulang entah berapa juta kali.
sebab gua harap sangat bila gua sampai hospital nanti, gua akan sempat tengok ayah gua bernafas lagi.
lagi pun jarak antara tempat gua dengan hospital tu bukannya jauh mana sangat.
gua penah buat rekod tujuh minit je.
kes lampu isyarat tengah merah tu, memang gua buat-buat tak nampak je la.
tapi kalau ada mana-mana kutu polis trafik yang berani tahan gua kat tengah-tengah jalan tu, memang kat tepi jalan tu jugak berterabur gua lempang sekor-sekor.
tapi nasib baik la takde polis yang berani tahan gua.
tau takut.
sampai je kat hospital. gua nampak mak gua tengah menangis kat tepi sekujur tubuh yang nampak sangat terbujur kaku.
bukan kecik-kecik anak bilis punya style nangis ni. lain macam sangat dia punya nangis ni.
dan pada masa tu jugak, akal waras gua secara laju menghantar signal ke otak gua melalui telepathy darjah sederhana.
gua tak sempat.
rempit gila punya laju pun dah tak guna.
nak join mak gua menangis, lagi la tak guna.
gua sebagai abang sulung, tak boleh tunjuk reput layan nangis-nangis ni.
kalau adik-adik gua tengok gua nangis, hilang pulak harapan dorang kat gua.
tapi itu cerita tujuh tahun dulu la.
sekarang ni ceritanya sekor-sekor dah besar. siap dah pandai nak melawan pulak tu!
tapi tara mana sangat la dorang nak melawan dengan gua.
bila gua takde, sekor-sekor bergaduh nak jadi champion.
tapi bila gua ada kat rumah, tau pulak dorang menikus.
jadi sempena hari bapa ni, gua takde nak wish apa-apa ataupun kat saper-saper.
dah tak relevan dah hari bapa kat gua ni.
gua nak wish kat saper jadah?
bapak mentua pun gua takde.
nak wish untuk diri gua sendiri, lagi la mengarut.
lagipun bapa-bapa zaman sekarang ni bukannya boleh percaya sangat.
bersepah kat surat khabar gua baca bapa=bapa yang cilake rogol anak sendirik. ptuuiihh!
lagi-lagi kalau harian metro.
kalau kes-kes macam ni tak jadik muka depan surat khabar tu, gua kerat konek gua.. punya kawan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment