Wednesday, 15 June 2011

gangguan makhluk tamar jalis

semenjak empat lima menjak ni, gua rasa aturcara kehidupan gua dah tak berapa nak normal la.
body clock gua pun dah rasa macam berterabur dah.
semuanya tak keruan.

dan sepanjang-panjang menjak itu la, tidur malam gua asyik terganggu je! cilake!
bukan setakat terganggu je, tapi memang langsung haram tak boleh tido la senang cerita.

kadang-kadang, gua siap tutup lampu apa suis semua. tinggal pasal ekon je.
golek sana, golek sini, dengan harapan mata gua ni tak buat perangai degil nak tido.
tapi segala usaha gua sia-sia belaka.

hmm gua ingat satu hari nanti, kalau hal ni masih berterusan juga, gua nak pegi kampong jawa la.
ingat nak gi berubat dengan seorang wak tu.
try tengok apa cerita sebenarnya yang berlaku ke atas diri gua ni.

tapi sebelum gua pegi berubat tu, gua kena try balik keja je, terus bersukan apa yang patut.
sebab selama ni, lepas je gua balik keja pukul 5 petang gitu, gua santak tido je.

kadang-kadang gua terbangun dalam pukul 9 malam.
tapi selalunya gua terjaga dalam pukul 11 malam la.
itu pun sebab lapar.
atau pun sebab ada kutu kejut gua bangun.
suruh gua masuk bilik air. mandi.
gua mengigau katanya.

lepas tu terus gua susah nak tido sampai ke pagi.
itu yang gua pelik tu.

No comments:

Post a Comment