![]() |
| 10 tahun lepas, BMI semua mantap-mantap. Sekarang kutu semua BMI dah jahanam dah. Kalau yang menten pun, tinggal gua sorang je. Gua sendirik pun tak cam gua yang mana satu. |
ya. takde la lama mana pun.
hari ni, genap sepuluh tahun gua berada di bawah titah dan perintah seri paduka baginda.
hang tuah lima bersaudara tu pun berkhidmat bawah sultan ada la dalam enam ke lapan tahun.
maknanya dia tak boleh celen gua lagi la.
dan gua sambung khidmat gua selama tiga tahun lagi.
selepas tiga tahun tu, gua akan sambung selagi gua boleh.
dan selagi airforce ni tak reject gua la.
sebab kalau gua tak menyambung, apa kerja yang boleh gua buat kat luar tu?
gua bukan ada kelulusan apa pun.
setakat pengalaman dan skill je la.
itu pun skill pecah stor.
dan skill macam mana nak tipu pendakwaraya kalau kantoi. pendakwaraya yang bangang je la.
itu pasal la gua paham benar kalau ada makwe-makwe yang ragu-ragu nak kawen dengan gua.
kalau pasir tu boleh dibuat nasik, dan rumput ranting pokok tu boleh dibuat lauk, haa silakan la kawen dengan gua.
sedikit ucapan untuk kawan-kawan atau skot gua;
untuk kutu-kutu yang tak menyambung dan dah keluar servis efektif hari esok,
gua harap lu orang berjaya dengan karier baru lu orang kat luar tu.
memang gua harap-harap sangat lu orang berjaya.
at least lepas tiga tahun kalau gua gagal menyambung, boleh la gua menumpang kasih dan melukut di tepi gantang.
tiga tahun kalau buat bisnes restoran ke, kedai tayar ke, jadik bapak ayam ke, buat makmal syabu ke takkan tak boleh establish lagi kan?
nanti boleh la gua minta kerja kat lu orang.
tapi kalau lu orang buat-buat tak kenal dengan gua, memang kat situ jugak gua kahakkan muka lu orang.
mana yang kerja makan gaji tu, jangan la lu orang bawak perangai musibat lu orang tu ke luar.
jangan sampai gua dengar lu orang baru tiga hari kerja, pastu kena tendang.
lu orang ingat kursus peralihan tu main-main punya kerja ke?
itu semua kursus nak ubah lu orang daripada seekor lahanat yang pemalas kepada rajin.
untuk malaun-malaun yang masih berada dalam servis ni, dan siap dah lulus exam mejar tu,
jangan la lu orang buat-buat pandang sepi pada puak-puak yang sah-sah kantoi exam macam gua, etong, pais dan seangkatan dengan kami.
sebab kalau semua orang nak lulus, saper yang nak gagal ye tak? tak pe la gua berkorban.
lusa dah boleh pakai 'setia' dah.
tapi gua dengan etong memang dah pakat takkan pakai pingat tu sekurang-kurangnya sampai tahun ke-13 nanti.
haa untuk mana-mana haram jadah yang belum kawen lagi tu,
cilake lu orang nak tunggu apa lagi? nak tunggu dapat regular baru nak kawen?
hoi ijad dengan megat pun dah lepas kali ke-dua la.
hisham pulak gua dengar tengah ushar PA komander. dia nak buat kali ke-tiga.
jangan sampai gua datang kenduri lu orang pakai baju batik je kang.
![]() |
| Antara lima daripada sebelas ekor musibat rumah 'C'. Dua ekor masih teruna. |



No comments:
Post a Comment