Wednesday, 1 June 2011

kerana kita semua manusia

empat tahun gua amik masa nak carik balik baju fred perry gua.
daripada perak membawa ke labuan gua buat search and rescue.
tapi semuanya hampa.

sehinggalah pada suatu hari, masa gua tengah selongkar almari kat kampong gua.
niat gua cuma nak cari balik koleksi komik detektif conan tu je.

tapi biasala kan.
benda kalau kita mencari, memang haram takkan jumpa punya.
guna pawang hilang pun belum tentu jumpa lagi.
tapi kalau kita tak mencari, dan-dan tu jugak benda tu muncul.

begitulah juga cerita gua dengan baju fred perry gua tu.
tiba-tiba je dia buat perangai muncul kat dalam almari tu.
sebab gua rasa sebelum ni gua ada jugak terbalikkan almari tu.
tapi haram tak penah nampak baju tu.

nampak je kelibat baju tu, terus gua gugurkan misi gua nak mencari komik detektif conan gua tu.
sayang baju punya pasal, gua cium-cium baju tu.
bau lipas tu tak usah sembang la, memang macam cilake dia punya bau.
gua saspek baju gua tu memang dah jadi port lipas-lipas berhabitat la.

tapi yang cibainya, apa gampang pulak yang berlaku sampai ada setompok dua bekas kena getah pisang ni.
takkan la mak gua pakai buat pegi kait daun pisang plak.
jahanam. jahanam.
nasib baik sikit je tompok tu. tapi menjejaskan jugak la.

ini tak boleh jadik!
gua kena selamatkan baju tu jugak!

dan macam biasa, sebagai seekor kutu yang penuh dengan ilmu survival di dada ni,
gua nekad untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral langsung.
kegiatan yang gua dah lama tinggalkan sejak tingkatan dua dulu.

ok target pun dah ada. pasaraya ceria kat manjung lama tu.
sebab situ security dia bangang-bangang kerbau je gua tengok.
apa ke bongok ceria ni lantik aci tua jadik security kat situ.
haram gua tak takut langsung! chooiii!

setakat nak pakai kaler kuning je, nampak sangat bongoknya kalau gua pegi beli sekotak water color tu.

dan lagi la nampak sangat gua punya bongok tu kalau gua rembat sekotak water color tu terus.

oleh sebab gua ni smart, gua masuk, gua bukak kotak, gua rembat satu tiub, gua masuk dalam poket, gua blah.

malang la mana-mana kutu yang beli kotak water color yang gua dah kurangupayakan tu.


No comments:

Post a Comment