Saturday, 4 June 2011

sebelah kaki di alam angker

itu hari gua drive kereta kebal gua tu pegi ttdi jaya. isi minyak.
berat je rasa masa gua bawak kereta tu.

biasala kereta dah berusia sepuluh tahun, memang macam tu la perangainya.
dan menurut rekod, separuh daripada usia kereta tu, tak penah lagi gua usik enjin dia.
overhaul apatah lagi.
gua biarkan macam tu je.
keja gua - cukup time, sampai seru dia, gua tukar la minyak hitam mana yang patut.
itu je. yang lain-lain, pegi la mampos.

sepanjang gua bawak balik kereta tu ke mess, memang rasa berat semacam je.
gua saspek memang dah sampai masa untuk overhaul enjin ni.
bawak pulak tu minyak baru isi penuh, memang sah-sah la akan mengganggu all up weight dia.

dalam kepala otak gua memang berserabut mana la agak-agak gua nak cekau duit nak overhaul ni.

parking je kereta kat mes, berderau darah gua.
gua tengok kat seat belakang. sambil-sambil tu gua memang dah standby kalau apa-apa jadi, gua azan terus je.

dua tiga kali gua pejam celik mata, memang konfem.
takde saper-saper pun dalam kereta tu selain gua.


cilake!
mana punya haram jadah pulak yang nak bergurau dengan gua style main tarik-tarik handbrake ni.
gua memang yakin yang gua baru je parking, belum tarik handbrake lagi.
enjin pun belum mati, lampu pun belum padam lagi ni.


nasib baik la dari ttdi jaya je. tak sampai pun lima km.
itu kalau dibuatnya gua jalan balik kampong sampai 200 km, memang ada harap gua kena tukar bukan setakat enjin je, tapi dengan kereta-kereta sekali jahanam gua kena tukar.

nampak gayanya, lain tahun je la gua buat overhaul ke atas lu wahai kereta.


No comments:

Post a Comment