Thursday, 9 June 2011

bukan gua la

gua lupa bila time yang setepatnya, tapi agak-agak gua ada la dalam tahun 2006 kot.
masa tu gua dengan paran involved dengan satu eksesais carilamat kat kuching tu.
walaupun ada disediakan hotel, tapi memang sedari azali lagi jenis gua ni yang tak berapa nak layan dok kat hotel.

makanya, bila sampai kat kuching tu, gua port la kat bilik khalid.
kutu ni memang stay kat mess pun.
lagipun kat mess kuching tu memang penuh dengan berahak klik-klik gua.

entah apa sial yang melekat, malam tu boleh pulak black-out.
jadi gua dengan beberapa ekor kutu terus melakukan satu aktiviti yang up jadik.
apa lagi yang boleh dibuat kat bandar besar macam kuching tu - keluar lepak bar hotel, layan live band la.

dengan berbekalkan cahaya suram yang melimpah daripada zippo gua, gua pun selongkar la almari baju seluar khalid.
dengan tujuan mencari baju untuk disesah.
sebab eksesais pun ada dalam dua hari je, gua takdela gila sangat sampai nak bawak baju banyak-banyak.
lagipun membelasah baju member juga adalah merupakan satu amalan wajib gua sekiranya bertandang.
save tu.


yes. gua dapat satu baju t-shirt round neck kaler hitam.
cantek. 
tengok gambar kat baju tu, lagi la cantek!
john lennon. 
memang legend ni.
ni kalau gua pakai baju ni, paling busuk pun mau ada harap sangkut tak kurang daripada tiga ekor makwe ni.
silap-silap gaya, dengan makcik-makcik pun boleh sangkut dengan gua ni kang.



sampai ke tempat yang dituju, kami, dok ada la dalam empat orang, port kat satu meja.

sebelah meja kami tu, ada satu group makwe lima ekor.
boleh dikatakan agak hot jugak la semuanya.
yang tahap milf pun ada jugak.
milf la yang gua suka ni.


tak lama, sejam lepas tu, member gua dah siap ngayat group tu lepak minum sekali kat table kami.
siap sekor-sekor dah ayat masing-masing punya.
so secara matematiknya, ada la belen dua ekor makwe untuk gua.


tapi biasa la, sebagai seorang yang pemalu, kes-kes nak bertegur sapa dengan makwe ni memang gua tak berapa nak berani sangat.
setakat tengok-tengok je la.
dalam pada tu, gua try gak ushar-ushar, mana la tau kot-kot bapok ke. makan tak abis gua kalau kena bapok.


tapi satu je yang gua perasan, apasal gua tak diberi perhatian time tu.
sebab gua tengok, ada lahanat yang muka lagi pecah dari gua pun, ada jugak dapat ngayat.
tapi gua? dah rasa macam mengkarung dah kat situ.
tapi asalkan kat depan ada live band, pegi lantak la dengan makwe-makwe sekeliling.


balik je, kat mess dah ada karan dah.
time gua nak bukak baju tu, mata gua terbeliak.


cilake!!
lu memang sial la khalid!
pasal apa lu boleh ada baju yang jenis-jenis macam ni pulak ni?


gua bukak je baju tu, gua campak terus ke luar!
lahanat!
patutla takde sekor makwe pun yang nak dekat kat gua tadi!




rupa-rupanya itu bukan gambar john lennon!
apa ke gampangnya gua boleh pakai baju ada gambar eric clapton pulak ni!

 

No comments:

Post a Comment