Monday, 6 June 2011

balada si pemalas

gua pun tak tahu la apa kes si isrul azwan ni dengan orang johor.
terutamanya orang-orang area muar.

mengimbau kembali pengalaman yang pernah beliau alami, setelah gua desak beberapa kali.
dah IC gua 01, mesti la gua tak puas hati.
apa ke lahanatnya kata orang-orang johor ni pemalas.
nak mati?

ikuti laporannya;

petang tu, selepas balik daripada buat sword bearer kat mana punya yahudi yang dok kat area JB tu, azwan, rahim dan azmir pulang semula ke sarang mereka di butterworth tu.
masuk je area muar, berahak tiga ekor yang naik satu kereta ni pun berenti kat sehelai warung kat tepi jalan.

brader warung : minum bang?

rahim : ya. milo ais satu.

azmir : nescafe ais satu, bang. makan taknak.

azwan : neslo ais bang.

brader warung : neslo ais takde bang.

azwan : eh apahal takde pulak? ni kutu dua ekor ni mintak sorang milo, sorang nescafe. takkan neslo saya pun tak boleh buat pulak?

brader warung : malas!

dan menurut rahim, petang tu jugak azwan declare perang kat orang-orang johor! macam cilake katanya.


dan juga dek kerana mengamuk, serta merta milo dan nescafe mereka tu dikensel oleh azwan secara veto.
nak minum kat melaka je katanya. dia dah taknak tengok dah ada signboard yang berkaitan dengan johor-johor ni.
itu kalau dibiarkan lama kat muar tu, ada satu kampong tu kang kena bakar dengan azwan tu.


tapi bila gua ingat-ingat balik, ada asasnya juga sentimen jaki si azwan ni terhadap orang muar ni.

sebab ada sekor kutu nama mat khair, orang muar jugak.
dia punya tahap pemalas tu, unta padang pasir pun takde pemalas macam dia ni.
bila suruh buat keja sikit, atau mintak tolong je, ayat wajib yang akan keluar dari tekak dia ialah
'malas! malas! malas!'
 

No comments:

Post a Comment