Thursday, 28 July 2011

mambang mabuk minum brandy


pernah pada suatu hari, lama dulu, gua pun tak berapa nak ingat time bila.
gua pegi kuar jalan-jalan dengan makwe gua.
itu jam gua masih ada makwe lagi.
dan gua pun tak berapa nak ingat kat mana entah time tu.
biar la gua namakan tempat tu sebagai area-area bukit bintang kot.

sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba berlaku rusuhan kat area tu.
sebijik macam rusuhan 'bersih' yang gua dan lu orang biasa tengok kat youtube tu.
cuma time tu takde orang pakai baju kuning-kuning je.
semua pakai baju corak macam-macam.
gua sendiri pun tak pasti baju corak apa yang gua pakai pada hari tu.

dalam pada kelam-kabut tu, sempat jugak otak gua berfikir.
apa kelancau yang terjadi ni sampai boleh pulak tiba-tiba ada rusuhan.

oh cilake!
baru gua teringat.
bukan rusuhan rupanya. ia lebih kepada semacam ada aktiviti yang berlaku di bawah tanah.
bahasa senang - gempa bumi.
sebab kalau dilihat daripada gaya-gaya bangunan yang runtuh di sekeliling gua ni, takde pun
rupa ada pertarungan antara ultraman dah dinosaur.
serangan udara dari tentera indonesia, jauh bangat sih!

gua eratkan genggaman tangan gua memimpin makwe gua.
agar bersama-sama kami dapat menyelamatkan diri.
ada jugak seketul dua sisa runtuhan yang betul-betul nak menghempap gua, sempat gua elak.
mana yang tak sempat gua nak elak tu, gua praktikkan jurus 'hikmat pemecah tengkorak' yang
sempat gua tuntut masa tingkatan 4 dan 5 dulu ke atas batu-batu tersebut.
itu pun melalui pembacaan gua terhadap komik-komik karya ma wing shing.
nak guna kame hame ha, itu dah mengarut sangat.
last gua try masa darjah 6 dulu. itu pun tak berapa nak menjadi.
jadi, gua lupakan terus.

setelah beberapa ketika gua bergelut, akhirnya suasana kembali tenang seperti sediakala.
gua lihat sekeliling, semuanya habis binasa.
mayat orang ramai bersepah-sepah, kereta bas tunggang terbalik, bangunan hancur, monorel komuter pun dah tak nampak rupa dah.
bas 'sitiawan omnibus' pun ada tersangkut kat situ.
eh apa kejadah bas tu buat kat sini pulak? jauh berjalan dari sitiawan tu.
gua agak ada la jarak dalam 220km tu.
ranap semuanya.

dan yang paling bangsat sekali ialah; mana pergi makwe gua?
bila masa pulak gua terlepas dia ni?
hah gua saspek gua terlepas tangan dia masa gua praktikkan hikmat pemecah tengkorak tu la.
sebab hikmat tu memerlukan gua menggunakan kedua-dua belah tapak tangan gua.

gua melilau-lilau ke sekeliling mencari, sambil menjerit-jerit nama makwe gua.







sehinggalah dari jauh gua ternampak kelibat makwe gua.
gua senyum. kerana dia selamat.
tapi nampaknya senyum gua hanya bertahan dalam waktu kurang daripada 5 saat.
kerana dari jauh itu juga, gua nampak dia tak berseorangan.
dia sedang berjalan sambil berpimpin tangan bersama seorang mamat kutu berahak mana entah.
gua pun tak cam.
gua tak pikir panjang dah lepas tu.
gua punya pecut ke arah dia tu, boleh geleng kepala usain bolt kalau tengok.
kalau setakat geleng kepala je, mungkin boleh dibawak berunding lagi.
tapi gua saspek usain bolt siap akan hantar surat nak bersara lari pecut lagi kepada kerajaan jamaica tu.

dan seperti yang biasa kita tengok dalam filem-filem bangang melayu, tak sah la kalau tengah-tengah lari tu tak jatuh kan.
haa itu la jugak yang telah berlaku ke atas gua.
tapi hero mana ada kenal putus asa la.
kena tibai sampai pecah muka ke, kena tembak dengan meriam ke, kena baham dengan harimau ke,
kena kencing dengan langsuir ke, tetap boleh lawan lagi.
gua bangun balik.

babi!
sedar-sedar je gua dah ada kat atas tilam cadar pink gua.

sumpah! di atas adalah mimpi yang pernah gua alami.
dan ia masih menjadi mimpi paling sedih gua setakat ini.
mimpi sedih yang lain, belum datang lagi.

orang kata, kita selalunya akan terlupa apa yang telah kita mimpikan bila kita bangun esok paginya.
ya betul. gua pun banyak yang dah terlupa apa yang gua dah mimpi.
tapi mimpi ini, tidak.


 

No comments:

Post a Comment