Tuesday, 5 July 2011

siapa gua sebenarnya

cerita perihal ke-origin-an diri gua ni sememangnya gua pun kabur.
tapi selapas 28 tahun gua hidup ni, baru la ada seseorang yang telah men-disclose-kan siapa sebenarnya diri gua ni.

beliau ialah pakcik ramli.
ya. pak ramli ni skot bapak gua.
ya jugak. bapak gua merupakan bekas anggota tentera laut diraja malaysia.
dan apa yang paling gua bangga tentang bapak gua ialah, serius,
gua penah tengok sijil bapak gua.
bapak gua lulus ujian renang beb.
ini bukan kecik-kecik anak bilis punya kes renang ni!
ini kes berenang dari pulau natuna ke pulau layang-layang tu!
lu orang google la sendirik kalau lu orang nak tau jarak antara dua tempat tu.




ok.
berbalik kepada asal-usul kejadian gua, menurut pak ramli tu, suatu hari, mereka sekapal belayar ke area-area great britain tu.
senang cerita, gua pendekkan la.


usai je long-side kat pelabuhan liverpool tu,
satu telegram masuk.
lebih kurang berbunyik begini la;


"gua mengandung. anak kedua."

telegram dari bini bapak gua.
mak gua la tu maknanya. kalau itu pun lu orang tak boleh pikir, meh sini beratur depan gua.
senang gua nak lempang sekor-sekor. bingai!


so lu orang tak payah nak pikir lebih-lebih sangat.
sah-sah la gua ni boleh dikira sebagai scouser.
amacam?


16 hb julai ni, kalau ada makwe-makwe yang gatal sangat bijik nak ajak gua dating,
sila pergi jahanam.
tiket semua apa lancut gua dah genggam. carik tarikh lain.
gua nak tengok kelab tanah tumpah darah gua berkunjung.

No comments:

Post a Comment