Tuesday, 30 October 2012
klasik nasional
currency radar katanya.
since dia pun dah lama tak pergi, dia ajak la gua.
lagipun borang currency kami sama-sama dah habis.
kena la ambil yang baru.
yang buat currency - gua.
boss gua - macam biasa la main golf.
plus dia kata kalau gua ada baru boleh layan sembang-sembang.
maklum la hiway nak ke kuantan tu kiri kanan semuanya bukit-bukau.
lagi punya plus, komander memang tak bagi dia drive sorang-sorang. sebab baru keluar IJN katanya.
ok yang ini logik.
kalau ayat yang first tu, gua rasa macam tak percaya pun ada.
offer style-style macam tu memang tak wajar gua tolak.
sebab kereta gua pun masih bertapa lagi kat bengkel tanjung karang tu.
kalau nak tunggu sampai kereta gua keluar, huh memang berjanggut atas bawah la.
maka dengan lagak saling tak tumpah seperti seorang diktator, boss gua pun main bubuh je suka hati dia tarikh nak bertolak ke kuantan tu.
bila gua tengok je jadual kerja gua, pehh rasa nak menangis pun ada.
itu jam gua baru je balik daripada kerja malam.
boleh rabak mata gua ini macam.
sampai kuantan pula nanti, tak tau lagi apa nasib gua nak kena lanyak macam mana.
'laa apa masalahnya. kau habis kerja pukul 8 pagi, pukul 9 pagi kita gerak la.' amacam? tak cukup diktator lagi ke ayat macam tu dah keluar.
oleh kerana gua ni seorang yang well-trained soldier, maka tiada sedikit pun bantahan yang gua utarakan.
gua akur.
dalam hati, gua taknak cerita. itu hal lain.
tiba masa nak bertolak tu, gua rasa badan masih fit lagi ni.
setakat nak tempuh 4-5 jam punya jalan, takde hal punya.
gua rasa la.
tapi mata gua dah start rabak juga. merah sikit-sikit.
namun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, tetap gua singgah ke bomba untuk mengepow etong punya kopi al-ambiyak barang sesudu dua.
baru la tak pancit di pertengahan jalan.
15 minit selepas itu, tayar dah bergolek.
boss gua drive. sebab kereta dia.
gua agak excited juga la. sebab sepanjang hidup ni, gua tak penah pergi kuantan duduk kat sebelah penumpang.
selalu jadi drebar je. asyik main lap je fokusnya.
paling kuat pun dapat tengok side mirror je.
tapi ini kali gua dah berangan-angan nak habiskan masa gua dengan menikmati pemandangan belahan banjaran titiwangsa tu.
puas hati gua. gua tersengih sendiri. dalam hati.
sepanjang jalan, gua bersembang la sikit-sikit dengan boss.
sambil-sambil tu, sesekali telinga gua menangkap bunyi yang keluar daripada radio kereta.
memang pelik sound dia.
setelah beberapa kali bunyian tersebut ditapis, baru la gua dapat detect stesen radio mana.
tapi gua tak salahkan taste boss gua.
dia pun umur dah lebih 50 tahun dah. memang layak la kalau layan klasik nasional.
gabungan cuaca yang redup, awan yang tebal, air cond kereta yang sepoi-sepoi, berpadu pula dengan sound klasik nasional, telah menghadirkan sesuatu sangat mistik pada gua.
gua seolah-seolah berkhayal dan berada seperti di alam lain.
gua mencari di mana banjaran titiwangsa.
kerana apabila gua sedar je, terpampang depan mata gua signboard plaza tol gambang.
gua menyumpah sendirian.
di sebelah, gua punya boss membebel sebab dia terpaksa ikut nyanyi sorang-sorang lagu yang kat dalam klasik nasional tu sepanjang jalan.
Wednesday, 24 October 2012
kerana esok masih ada
kerana gua dapat rasakan nasib kurang baik atau malang gua datang bertingkat-tingkat.
tapi tahap mengeluh gua tu takde la sampai tahap gua nak pergi jumpa bomoh ke pawang ke nak mandi bunga.
benda biasa-biasa je tu.
gua saspek benda-benda malang ni bermula dengan episod tilam gua kena kencing dengan itu kucing parsi.
sampai sekarang gua portkan tilam tu kat luar bilik.
tunggu lepas deepavali nanti baru gua ingat nak bawa masuk balik.
sementara itu, nasib baik la gua ada beli tilam toto second hand kat kampong subang itu hari.
boleh la gua buat alas tido mana yang patut.
lepas tu disusuli pula dengan satu tohmahan yang ditujukan ke arah gua.
ok yang ni gua tak berani nak konfem.
tapi daripada gaya-gaya yang gua boleh tilik melalui makrifat gua yang jarang gua gunakan, memang macam tu la.
tapi gua buat-buat rilek je.
esoknya pula, datang satu lagi bencana.
'woi kau buat apa tu? kenapa tak masuk meeting?'
'eh saya ke yang kena masuk meeting tu, tuan? bukan saya tengok kat board, tuan ke yang akan masuk?'
'kepala hotak kau! kau pergi gerak sekarang!'
ye. kena masuk meeting tu gua dah kira bukan tahap malang lagi. tapi dah masuk tahap bencana dah. disaster.
dah boleh masuk dalam buku MKN 17 dah.
dek kerana meeting tu la yang membawa kepada satu lagi nasib malang ke atas gua.
tak pasal-pasal gua kena kensel gua punya dating dengan seorang makwe model baju pengantin tu.
kemonnn. ni bukan makwe gua ayat kat fesbuk punya.
ada la. mana boleh bagitau.
itu dah membawa ke petang dah tu.
time malam tu ada lagi. belum habis lagi dia punya tempias.
malam tu punya cerita, gua terpaksa angkut tilam queen size tu sorang-sorang la.
campak ke luar bilik. sebab bila dah sehari suntuk tilam tu maintain kat dalam bilik, bau hancing tu dah start menguasai ruang udara bilik gua.
cilake. itu pun dah kira malang juga tu.
****************************************
Allah kalau nak bagi rezeki, dengan cara yang tak masuk dek akal pun boleh.
tangah gua nak pecah kepala lepas main maybank2u, tiba-tiba gua terjumpa seikat not rm50. banyak juga tu.
dalam salah satu beg laptop gua.
last gua sentuh beg itu ialah time gua kat labuan dulu.
ye. 4 tahun yang lepas.
dan kehidupan malam gua juga kembali normal.
Monday, 22 October 2012
berlakon
kat blok gua ni ada seekor kucing. kaler oren.
ekor kembang cantek je. gua saspek kalau tak baka siam, paling koman pun mesti baka parsi.
gua tak tahu siapa tuannya. selalu merayau-rayau tak tentu hala.
dari jauh kalau tengok, memang comel. tapi kalau dari dekat, huh susah nak tengok dari dekat.
sebab dia ni jenis perangai yang haram tak jinak langsung.
kalau nampak gua, dari sebatu dia dah pecut.
tapi ada satu benda ajaib berlaku malam semalam. itu jam gua baru balik main bola.
tengah gua susun-susun kasut kat luar bilik, tiba-tiba dia datang.
melenggang macam takde apa-apa berlaku.
pintu bilik memang gua sengaja biarkan terbuka.
dia datang sandar kat kaki gua barang sesaat dua, lepas tu terus masuk bilik gua buat macam bilik sendiri.
itu jam gua dah start hairan dah. gua pikir kucing ni dah kena langgar ke apa sampai hilang akal macam ni sekali.
siap manja-manja lagi tu. selalu bukan main takut lagi binatang ni kalau nampak gua.
lari berterabur mengalahkan nampak syaitan lagi.
tapi gua biarkan je dia masuk melepak dalam bilik gua. alah sekali sekala. gua pun mood tengah baik time tu.
habis je susun kasut, gua terus masuk bilik.
melilau mata gua mencari mana duduknya kucing tu tadi.
tu dia!
dia boleh buat perangai like a boss selamber je melepak kat atas katil gua.
gua pun malas nak citer banyak, gua syoohh syoohh la dia.
suruh dia nyah dari atas katil tu. nak melepak, lepak kat bawah kerusi.
kalau nak lepak atas katil, tunggu gua mati dulu. paling tidak pun tunggu gua melepak atas katil hospital dulu.
gua tengok dia pun dengan stail malas-malas manja turun dari katil gua sambil buat muka protes.
sempat gesel-gesel badan kat kaki gua sebelum melangkah keluar dari bilik.
selepas melupakan segala apa yg telah terjadi antara gua dan kucing tersebut, gua lepak layan cerita betol ke bohong.
lepas tu layan tv sampai pukul 2 pagi.
time tu gua melepak kat sofa je.
tiba gua nak landing atas katil, gua terkejut.
terkejut sampai tahap gua bangun melompat ke bawah.
cilake.
apa benda yang basah ni?
nak kata hujan lebat, memang la petang tadi ada hujan lebat. tapi mustahil tempias sampai membawa ke atas katil.
kalau nak kata gua kencing malam, lagi la mustahil.
teragak-agak, gua membau kebasahan itu.
ptuuiihhh!
nokhorom punya kucing.
patut la sikit punya baik dia punya perangai hari tu.
rupa-rupanya dia dah simbah katil gua. ini memang cilake.
memang.
nasib baik la gua baru perasan. itu kalau la ditakdirkan dia kantoi dengan gua time tengah merenjis tu, memang gua tak pikir panjang punya.
gua pam dia dalam lubang jamban.
sial! kucing zaman sekarang ni pun dah pandai berlakon.
Friday, 19 October 2012
menyesal gua
tapi rasa malas pulak.
tiba-tiba mana punya setan entah yang bagi idea kat gua.
plingg.
'apa kata lu printscreen je notes tu. lagi senang.'
'ye tak ye jugak. rasanya lagi senang kot.' gua tanya sendiri, gua jawab sendiri.
lalu gua pun mulakan kerja-kerja printscreen gua tu.
tik. tik. tik. traaaaa.
tik. tik. tik. traaaaaaaaaaa.
cilake!
gua ingatkan senang.
rupanya lagi lahanat dia punya proses daripada copy paste.
dah la gua ni pun beginner dalam perihal printscreen ni.
kalau gua tau macam ni punya leceh dia punya kerja, baik gua main copy paste je tadi.
tapi sebab gua dah alang-alang start buat, maka gua habiskan je la kerja tu.
kalau ikutkan nafsu kuda gua ni, memang awal-awal lagi gua dah shut down dah laptop ni.
ptuih.
Thursday, 18 October 2012
ujian
nampaknya hidup gua ni belum habis-habis lagi diuji.
gua pasrah je.
tapi kali ni dalam bentuk soalan airfield driving permit.
cilake.
mangkok mana la yang nak menjatuhkan air muka gua dengan cara bagi soalan objektif ni.
ingat gua ni tahap cikai ke.
Monday, 15 October 2012
emak gua yang versatile
dan sepupu tu pula bukan la calang-calang orangnya.
berasal daripada sebelah ayah gua kat kelantan tu.
area-area tumpat dan narathiwat.
senang cerita memang dah masuk area siam la.
emak memang beria-ia nak jumpa mereka sebab mengikut ceritanya, makan belas tahun juga la.
dan sejak ayah meninggal, memang tak pernah nampak muka la.
gua saja ni pun dah lebih 15 tahun tak jejak kaki kat kampong ayah tu.
emak ada juga ajak balik kelantan jumpa sedara-mara. tapi gua je yang asyik selalu berdolak-dalih.
bukan apa, gua cuma tak berapa konfiden je yang sedara belah sana tu masih kenal atau ingat lagi ke tak tentang kewujudan gua.
sepupu gua tu pula duduknya kat seksyen 35 shah alam tu.
ok yang part seksyen 35 ni takjub sikit.
sebab selama gua hidup ni, mati-mati gua ingat shah alam ni ada 32 seksyen je.
bila masa mbsa buka seksyen 35 ni, gua pun tak tau.
sampai je kat sana, rupa-rupanya mereka masih kenal dan ingat lagi dengan kami.
masa sepupu gua tu pelok-pelok dengan emak, gua tengok masing-masing menangis.
bergoyang-goyang badan mereka.
sebak sangat barangkali.
time tu memang tipu la kalau gua cakap yang gua tak rasa apa-apa.
ada juga sedih dan sebak sikit.
tapi sebagai seorang jantan yang ada mengalir darah pahlawan ayothaya dalam diri gua ni - gua menten gua punya rilek.
lepas tu tak pasal-pasal pula gua tengok anak sedara gua yang baru berumur setahun setengah tu turut tumpang sekaki menangis sekali.
mungkin dia pun kena berjangkit menangis walaupun dia tak tau apa-apa.
dan gua memang yakin yang dia memang tak tau apa-apa punya la.
usai terlerai pelukan yang bertaut antara mereka, sepupu gua tu memberitahu yang mak long ada kat dalam rumah tu.
mak long tu ialah kakak sulung kepada ayah.
dengar ceritanya pulak, time ayah nak meminang emak dulu, semuanya bekas air tangan mak long.
mak long la yang memainkan peranan selaku godmother untuk menyetelkan semua urusan.
so cerita antara mak long dengan emak kira bukan calang-calang sedikitnya.
lepas habis pelok semua adik beradik gua termasuk la kakak dan adik gua, gua tengok sepupu gua tu macam ada gaya-gaya nak pelok gua pulak.
nasib baik itu jam gua pakai songkok.
mungkin itu sebab la dia tak jadi nak pelok gua.
haiisshh takkan la kami nak berpeluk pulak kat situ. umur dia pun dah baya-baya gua dah. perempuan pulak tu.
kalau lelaki pun belum tentu gua pelok lagi.
setel je semua urusan kat luar rumah, gua menyusul langkah emak ke dalam.
jumpa mak long la. muka mak long pun gua dah lupa macam mana.
kalau jumpa kat tepi jalan atau pun kat pasar malam konfem-konfem la gua buat tak tahu je sebab tak cam.
masuk je dalam rumah, seperti yang dijangka, satu lagi drama bersiri berlaku.
lu orang dulu time kecik-kecik pernah tengok tak rancangan 'jejak kasih' dalam malaysia hari ini kat tv3 tu?
haaaa macam tu la gayanya kalau orang dah lama terpisah berjumpa kembali.
memang sebijik. tak lari langsung scene dia.
gua punya sebak yang sedari tadi rasanya dah semakin menurun, kembali bercambah.
tapi dalam sebak-sebak gua tu, rasa nak tergelak pun ada jugak.
memang pelik betul rasanya kalau dengar orang jawa cakap kelantan ni.
dah berbelas-belas tahun, gua memang konfiden yang ini adalah first time gua dengar emak cakap kelantan.
boleh tahan juga sound dia tu.
selalu dengar emak cakap jawa je dengan emak-emak sedara gua kat johor tu.
dan sebagai tanda menghormati majlis, gua simpan je gelak gua tu dalam hati.
on the way balik dalam kereta nanti baru gua zahirkan.
gua pula, seperti yang gua nyatakan kat atas tu, sebagai menghormati majlis, dengan gua-gua sekali terjebak cakap kelantan.
ptuih.
sia-sia je macam cilake tergeliat-geliat lidah gua.
Sunday, 14 October 2012
cincai kira
pernah ke selama gua hidup ni, gua membanggakan dia?
................................
cilake cun jugak adira af ni.
fap! fap! fap!
Thursday, 4 October 2012
KL hamster
member time gua sekolah teknik dulu.
firdaus faizullah namanya. aus panggilannya.
kutu ni juga merupakan antara bekas kepala-kepala hamster kat sekolah dulu.
hamster yang gua maksudkan kat sini bukanlah macam hamster-hamster comel yang orang dok bela tu.
ia merujuk kepada individu-individu yang bakal dipanggil untuk menyelesaikan masalah antara geng sekiranya berlaku.
dan yang paling kerap sekali ialah menyetelkan hal-hal pergaduhan sesama puak mahupun membelasah junior sesuka rasa.
setiap kelas mempunyai geng-geng dan kepala hamster tersendiri.
gua juga pernah memegang gelaran tersebut.
tapi sayang tak lama.
gua lepaskan posisi tersebut kepada orang lain secara sukarela.
sebab kelas gua tu memang macam puaka.
sepanjang dua tahun, lebih daripada lima orang telah bertukar-tukar posisi tersebut.
kelas lain paling teruk pun tiga orang. tak lebih daripada itu.
ceritanya yang membuatkan gua boleh maintain perhubungan dengan aus ni memang tak lain dan tak bukan la - mark zuckerberg punya jasa.
selalu chatting dalam fesbuk je.
nak harap talipon atau pun sms, memang jangan harap la.
buang masa dengan kredit je.
lain la kalau dengan makwe-makwe. ada juga hasilnya.
dan kemuncak kepada perhubungan tersebut, aus talipon gua kata dia turun shah alam.
sebab dia kata nak lepak rumah kakak dia yang dia sendiri pun tak tau kat seksyen mana kakak dia punya rumah.
jadi nak senang cerita, gua suruh dia turun stadium shah alam je.
cari giant kat area situ.
pendek cerita, gua suruh dia melepak kat giant je.
gua pun senang nak cari dia jugak.
setelah melepak dan bersembang lebih kurang kat satu restoran dalam giant tu, baru la kami start buka cerita-cerita lama.
dan di antara gelak ketawa secara serius antara kami tu, tiba-tiba terpacul satu statement daripada aus yang menyebabkan gua rasa yang diri gua ni masih ada karisma lagi.
"huh masih dasat lagi aura lu sekarang ye. sampai sekarang ni pun gua rasa goyang lagi bila duduk depan lu."
gua hanya tersenyum je bila aus mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. gua buat gaya biasa-biasa je.
kalau tahap bekas kepala hamster yang berpengalaman macam aus tu pun tak hilang lagi dia punya goyang kat gua, lu orang boleh bayangkan la macam mana gaya budak-budak yang takde kena-mengena dengan hamster tu nanti bila berhadapan dengan gua.
bila gua ingat-ingat balik, cilake!
patut la ada seekor kutu berambut afro dulu beria-ia mengelak bila gua nak ajak jumpa.
rupa-rupanya pada suatu hari tu dia mengaku kat gua yang dia pernah ternampak gua dari jauh tengah bersembang serius dengan awek gua kat parking bawah blok awek gua tinggal masa stadi dulu.
rupa-rupanya si afro sedang merasa apa yang aus pernah rasa terhadap gua.
riaknya gua.
Wednesday, 3 October 2012
cendol revisited
itu jam pais ada lagi. makanya tiap-tiap hari melepak kat situ pun kira tak menjadi hal langsung.
sekarang pais dah pindah ke butterworth.
sekarang bila gua pergi kuantan lagi, dah takde kaki dah nak melepak kat situ.
ada satu petang tu, macam biasa la tengah melepak dengan pais pekena cendol, tiba-tiba henpon dia berbunyi.
nyaring macam cilake dia punya ringtone the killers tu.
"oi cepat la angkat talipon tu! berbulu telinga gua mendengarnya!"
gua yang baru je menyalakan rokok surya, separa bengang mensound pais.
pais pulak memang jenis yang perangai tengok dulu skrin henpon tu sambil berkerut dahi sebelum mengambil keputusan untuk menjawab.
barangkali si mangkuk hayun ni memang jenis yang tak nak jawab kalau hanya sekadar no fon saje yang terpapar di skrin tanpa nama.
"helo. oo ok. hah? bila? sekarang? cantek. gua gerak sekarang." laju je pais jawab. itupun lepas kena sound dengan gua.
kalau tak, boleh jadi sampai habis bateri henpon tu sebab main lagu the killers je.
"jom gerak. budak-budak arijan gegar kita main futsal sekarang. tak insaf lagi agaknya si arijan tu lepas kena titik kelmarin" pais menerangkan serba sedikit perihal perbualannya dengan brader yang kat dalam talipon tu tanpa gua bertanya.
"haram jadah ni memang tak pernah kenal erti putus asa agaknya. masuk yang kelmarin punya, gua rasa ada la dalam 44 kali main futsal tak pernah menang-menang, masih lagi tak serik-serik." sambung pais. masih juga tanpa gua tanya.
gua berlagak tenang gaya superstar.
tarik surya dalam sikit, lepas asap slow-slow sambil buat bulat-bulat.
lantas gua angkat kening, dan buat isyarat menggunakan kepala yang bermaksud 'lets go!'.
tanpa banyak cerita, beberapa detik lepas tu pais dah tekan pedal minyak kereta. lebih deras sikit daripada biasa.
semata-mata nak kejar masa untuk mengajar arijan dan konco-konconya erti penyesalan.
"berapa ringgit tadi makan minum semua sekali?" ayat pertama gua tujukan selepas beberapa ketika masing-masing senyap sejak masuk dalam kereta.
"apa yang berapa ringgit?" pais soal gua balik.
"benda yang kita makan tu la tadi. eh bukan lu yang bayar ke?" gua dah bangun daripada bersandar. terus gua tancapkan pandangan gua tepat ke muka pais yang sedang memandu cuak.
"mana gua tau berapa ringgit. mana ada gua bayar sesen pun. lu tak bayar ke?"
"cibai lu la. bila masa pulak gua yang bayar. gua ingatkan lu dah bayar tadi!"
selepas 44 kali menempuh perlawanan tanpa kalah, petang tu dalam sejarah team kami kena lauk dengan team arijan.
gua letakkan separuh punca kekalahan tu di bahu pais. sebab biarkan gua makan benda haram.
separuh lagi gua letakkan di apron makcik yang jaga kedai tu.
dah tau kami nak blah time tu, kenapa tak panggil suruh bayar.



