time gua buat currency radar kat kuantan dulu, aktiviti wajib gua buat lepas kerja ialah melepak pekena cendol bersulam mee kari kat pekan jaya gading tu.
itu jam pais ada lagi. makanya tiap-tiap hari melepak kat situ pun kira tak menjadi hal langsung.
sekarang pais dah pindah ke butterworth.
sekarang bila gua pergi kuantan lagi, dah takde kaki dah nak melepak kat situ.
ada satu petang tu, macam biasa la tengah melepak dengan pais pekena cendol, tiba-tiba henpon dia berbunyi.
nyaring macam cilake dia punya ringtone the killers tu.
"oi cepat la angkat talipon tu! berbulu telinga gua mendengarnya!"
gua yang baru je menyalakan rokok surya, separa bengang mensound pais.
pais pulak memang jenis yang perangai tengok dulu skrin henpon tu sambil berkerut dahi sebelum mengambil keputusan untuk menjawab.
barangkali si mangkuk hayun ni memang jenis yang tak nak jawab kalau hanya sekadar no fon saje yang terpapar di skrin tanpa nama.
"helo. oo ok. hah? bila? sekarang? cantek. gua gerak sekarang." laju je pais jawab. itupun lepas kena sound dengan gua.
kalau tak, boleh jadi sampai habis bateri henpon tu sebab main lagu the killers je.
"jom gerak. budak-budak arijan gegar kita main futsal sekarang. tak insaf lagi agaknya si arijan tu lepas kena titik kelmarin" pais menerangkan serba sedikit perihal perbualannya dengan brader yang kat dalam talipon tu tanpa gua bertanya.
"haram jadah ni memang tak pernah kenal erti putus asa agaknya. masuk yang kelmarin punya, gua rasa ada la dalam 44 kali main futsal tak pernah menang-menang, masih lagi tak serik-serik." sambung pais. masih juga tanpa gua tanya.
gua berlagak tenang gaya superstar.
tarik surya dalam sikit, lepas asap slow-slow sambil buat bulat-bulat.
lantas gua angkat kening, dan buat isyarat menggunakan kepala yang bermaksud 'lets go!'.
tanpa banyak cerita, beberapa detik lepas tu pais dah tekan pedal minyak kereta. lebih deras sikit daripada biasa.
semata-mata nak kejar masa untuk mengajar arijan dan konco-konconya erti penyesalan.
"berapa ringgit tadi makan minum semua sekali?" ayat pertama gua tujukan selepas beberapa ketika masing-masing senyap sejak masuk dalam kereta.
"apa yang berapa ringgit?" pais soal gua balik.
"benda yang kita makan tu la tadi. eh bukan lu yang bayar ke?" gua dah bangun daripada bersandar. terus gua tancapkan pandangan gua tepat ke muka pais yang sedang memandu cuak.
"mana gua tau berapa ringgit. mana ada gua bayar sesen pun. lu tak bayar ke?"
"cibai lu la. bila masa pulak gua yang bayar. gua ingatkan lu dah bayar tadi!"
selepas 44 kali menempuh perlawanan tanpa kalah, petang tu dalam sejarah team kami kena lauk dengan team arijan.
gua letakkan separuh punca kekalahan tu di bahu pais. sebab biarkan gua makan benda haram.
separuh lagi gua letakkan di apron makcik yang jaga kedai tu.
dah tau kami nak blah time tu, kenapa tak panggil suruh bayar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment