kat blok gua ni ada seekor kucing. kaler oren.
ekor kembang cantek je. gua saspek kalau tak baka siam, paling koman pun mesti baka parsi.
gua tak tahu siapa tuannya. selalu merayau-rayau tak tentu hala.
dari jauh kalau tengok, memang comel. tapi kalau dari dekat, huh susah nak tengok dari dekat.
sebab dia ni jenis perangai yang haram tak jinak langsung.
kalau nampak gua, dari sebatu dia dah pecut.
tapi ada satu benda ajaib berlaku malam semalam. itu jam gua baru balik main bola.
tengah gua susun-susun kasut kat luar bilik, tiba-tiba dia datang.
melenggang macam takde apa-apa berlaku.
pintu bilik memang gua sengaja biarkan terbuka.
dia datang sandar kat kaki gua barang sesaat dua, lepas tu terus masuk bilik gua buat macam bilik sendiri.
itu jam gua dah start hairan dah. gua pikir kucing ni dah kena langgar ke apa sampai hilang akal macam ni sekali.
siap manja-manja lagi tu. selalu bukan main takut lagi binatang ni kalau nampak gua.
lari berterabur mengalahkan nampak syaitan lagi.
tapi gua biarkan je dia masuk melepak dalam bilik gua. alah sekali sekala. gua pun mood tengah baik time tu.
habis je susun kasut, gua terus masuk bilik.
melilau mata gua mencari mana duduknya kucing tu tadi.
tu dia!
dia boleh buat perangai like a boss selamber je melepak kat atas katil gua.
gua pun malas nak citer banyak, gua syoohh syoohh la dia.
suruh dia nyah dari atas katil tu. nak melepak, lepak kat bawah kerusi.
kalau nak lepak atas katil, tunggu gua mati dulu. paling tidak pun tunggu gua melepak atas katil hospital dulu.
gua tengok dia pun dengan stail malas-malas manja turun dari katil gua sambil buat muka protes.
sempat gesel-gesel badan kat kaki gua sebelum melangkah keluar dari bilik.
selepas melupakan segala apa yg telah terjadi antara gua dan kucing tersebut, gua lepak layan cerita betol ke bohong.
lepas tu layan tv sampai pukul 2 pagi.
time tu gua melepak kat sofa je.
tiba gua nak landing atas katil, gua terkejut.
terkejut sampai tahap gua bangun melompat ke bawah.
cilake.
apa benda yang basah ni?
nak kata hujan lebat, memang la petang tadi ada hujan lebat. tapi mustahil tempias sampai membawa ke atas katil.
kalau nak kata gua kencing malam, lagi la mustahil.
teragak-agak, gua membau kebasahan itu.
ptuuiihhh!
nokhorom punya kucing.
patut la sikit punya baik dia punya perangai hari tu.
rupa-rupanya dia dah simbah katil gua. ini memang cilake.
memang.
nasib baik la gua baru perasan. itu kalau la ditakdirkan dia kantoi dengan gua time tengah merenjis tu, memang gua tak pikir panjang punya.
gua pam dia dalam lubang jamban.
sial! kucing zaman sekarang ni pun dah pandai berlakon.

No comments:
Post a Comment