Wednesday, 24 October 2012

kerana esok masih ada

dua tiga hari kebelakangan ni, gua selalu mengeluh.
kerana gua dapat rasakan nasib kurang baik atau malang gua datang bertingkat-tingkat.
tapi tahap mengeluh gua tu takde la sampai tahap gua nak pergi jumpa bomoh ke pawang ke nak mandi bunga.
benda biasa-biasa je tu.

gua saspek benda-benda malang ni bermula dengan episod tilam gua kena kencing dengan itu kucing parsi.
sampai sekarang gua portkan tilam tu kat luar bilik.
tunggu lepas deepavali nanti baru gua ingat nak bawa masuk balik.
sementara itu, nasib baik la gua ada beli tilam toto second hand kat kampong subang itu hari.
boleh la gua buat alas tido mana yang patut.

lepas tu disusuli pula dengan satu tohmahan yang ditujukan ke arah gua.
ok yang ni gua tak berani nak konfem.
tapi daripada gaya-gaya yang gua boleh tilik melalui makrifat gua yang jarang gua gunakan, memang macam tu la.
tapi gua buat-buat rilek je.

esoknya pula, datang satu lagi bencana.

'woi kau buat apa tu? kenapa tak masuk meeting?'

'eh saya ke yang kena masuk meeting tu, tuan? bukan saya tengok kat board, tuan ke yang akan masuk?'

'kepala hotak kau! kau pergi gerak sekarang!'

ye. kena masuk meeting tu gua dah kira bukan tahap malang lagi. tapi dah masuk tahap bencana dah. disaster. 
dah boleh masuk dalam buku MKN 17 dah.

dek kerana meeting tu la yang membawa kepada satu lagi nasib  malang ke atas gua.
tak pasal-pasal gua kena kensel gua punya dating dengan seorang makwe model baju pengantin tu.
kemonnn. ni bukan makwe gua ayat kat fesbuk punya.
ada la. mana boleh bagitau.

itu dah membawa ke petang dah tu.
time malam tu ada lagi. belum habis lagi dia punya tempias.
malam tu punya cerita, gua terpaksa angkut tilam queen size tu sorang-sorang la.
campak ke luar bilik. sebab bila dah sehari suntuk tilam tu maintain kat dalam bilik, bau hancing tu dah start menguasai ruang udara bilik gua.
cilake. itu pun dah kira malang juga tu.

****************************************

Allah kalau nak bagi rezeki, dengan cara yang tak masuk dek akal pun boleh.
tangah gua nak pecah kepala lepas main maybank2u, tiba-tiba gua terjumpa seikat not rm50. banyak juga tu.
dalam salah satu beg laptop gua.
last gua sentuh beg itu ialah time gua kat labuan dulu.
ye. 4 tahun yang lepas.
dan kehidupan malam gua juga kembali normal.

No comments:

Post a Comment