Tuesday, 30 October 2012

klasik nasional

minggu lepas secara tergesa-gesa boss gua ajak pegi kuantan.
currency radar katanya.
since dia pun dah lama tak pergi, dia ajak la gua.
lagipun borang currency kami sama-sama dah habis.
kena la ambil yang baru.
yang buat currency - gua.
boss gua - macam biasa la main golf.

plus dia kata kalau gua ada baru boleh layan sembang-sembang.
maklum la hiway nak ke kuantan tu kiri kanan semuanya bukit-bukau.
lagi punya plus, komander memang tak bagi dia drive sorang-sorang. sebab baru keluar IJN katanya.
ok yang ini logik.
kalau ayat yang first tu, gua rasa macam tak percaya pun ada.

offer style-style macam tu memang tak wajar gua tolak.
sebab kereta gua pun masih bertapa lagi kat bengkel tanjung karang tu.
kalau nak tunggu sampai kereta gua keluar, huh memang berjanggut atas bawah la.

maka dengan lagak saling tak tumpah seperti seorang diktator, boss gua pun main bubuh je suka hati dia tarikh nak bertolak ke kuantan tu.
bila gua tengok je jadual kerja gua, pehh rasa nak menangis pun ada.
itu jam gua baru je balik daripada kerja malam.
boleh rabak mata gua ini macam.
sampai kuantan pula nanti, tak tau lagi apa nasib gua nak kena lanyak macam mana.

'laa apa masalahnya. kau habis kerja pukul 8 pagi, pukul 9 pagi kita gerak la.' amacam? tak cukup diktator lagi ke ayat macam tu dah keluar.

oleh kerana gua ni seorang yang well-trained soldier, maka tiada sedikit pun bantahan yang gua utarakan.
gua akur.
dalam hati, gua taknak cerita. itu hal lain.

tiba masa nak bertolak tu, gua rasa badan masih fit lagi ni.
setakat nak tempuh 4-5 jam punya jalan, takde hal punya.
gua rasa la.
tapi mata gua dah start rabak juga. merah sikit-sikit.
namun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, tetap gua singgah ke bomba untuk mengepow etong punya kopi al-ambiyak barang sesudu dua.
baru la tak pancit di pertengahan jalan.

15 minit selepas itu, tayar dah bergolek.
boss gua drive. sebab kereta dia.
gua agak excited juga la. sebab sepanjang hidup ni, gua tak penah pergi kuantan duduk kat sebelah penumpang.
selalu jadi drebar je. asyik main lap je fokusnya.
paling kuat pun dapat tengok side mirror je.

tapi ini kali gua dah berangan-angan nak habiskan masa gua dengan menikmati pemandangan belahan banjaran titiwangsa tu.
puas hati gua. gua tersengih sendiri. dalam hati.

sepanjang jalan, gua bersembang la sikit-sikit dengan boss.
sambil-sambil tu, sesekali telinga gua menangkap bunyi yang keluar daripada radio kereta.
memang pelik sound dia.
setelah beberapa kali bunyian tersebut ditapis, baru la gua dapat detect stesen radio mana.
tapi gua tak salahkan taste boss gua.
dia pun umur dah lebih 50 tahun dah. memang layak la kalau layan klasik nasional.

gabungan cuaca yang redup, awan yang tebal, air cond kereta yang sepoi-sepoi, berpadu pula dengan sound klasik nasional, telah menghadirkan sesuatu sangat mistik pada gua.
gua seolah-seolah berkhayal dan berada seperti di alam lain.

gua mencari di mana banjaran titiwangsa.
kerana apabila gua sedar je, terpampang depan mata gua signboard plaza tol gambang.
gua menyumpah sendirian.

di sebelah, gua punya boss membebel sebab dia terpaksa ikut nyanyi sorang-sorang lagu yang kat dalam klasik nasional tu sepanjang jalan.

No comments:

Post a Comment