Thursday, 4 October 2012

KL hamster

pagi tadi, setelah 13 tahun, ya, time gua last jejak kaki kat sekolah, gua melepak dengan member kelas gua buat pertama kalinya.
member time gua sekolah teknik dulu.
firdaus faizullah namanya. aus panggilannya.

kutu ni juga merupakan antara bekas kepala-kepala hamster kat sekolah dulu.
hamster yang gua maksudkan kat sini bukanlah macam hamster-hamster comel yang orang dok bela tu.
ia merujuk kepada individu-individu yang bakal dipanggil untuk menyelesaikan masalah antara geng sekiranya berlaku.
dan yang paling kerap sekali ialah menyetelkan hal-hal pergaduhan sesama puak mahupun membelasah junior sesuka rasa.

setiap kelas mempunyai geng-geng dan kepala hamster tersendiri.
gua juga pernah memegang gelaran tersebut.
tapi sayang tak lama.
gua lepaskan posisi tersebut kepada orang lain secara sukarela.

sebab kelas gua tu memang macam puaka.
sepanjang dua tahun, lebih daripada lima orang telah bertukar-tukar posisi tersebut.
kelas lain paling teruk pun tiga orang. tak lebih daripada itu.

ceritanya yang membuatkan gua boleh maintain perhubungan dengan aus ni memang tak lain dan tak bukan la - mark zuckerberg punya jasa.
selalu chatting dalam fesbuk je.
nak harap talipon atau pun sms, memang jangan harap la.
buang masa dengan kredit je.
lain la kalau dengan makwe-makwe. ada juga hasilnya.

dan kemuncak kepada perhubungan tersebut, aus talipon gua kata dia turun shah alam.
sebab dia kata nak lepak rumah kakak dia yang dia sendiri pun tak tau kat seksyen mana kakak dia punya rumah.
jadi nak senang cerita, gua suruh dia turun stadium shah alam je.
cari giant kat area situ.
pendek cerita, gua suruh dia melepak kat giant je.
gua pun senang nak cari dia jugak.

setelah melepak dan bersembang lebih kurang kat satu restoran dalam giant tu, baru la kami start buka cerita-cerita lama.
dan di antara gelak ketawa secara serius antara kami tu, tiba-tiba terpacul satu statement daripada aus yang menyebabkan gua rasa yang diri gua ni masih ada karisma lagi.

"huh masih dasat lagi aura lu sekarang ye. sampai sekarang ni pun gua rasa goyang lagi bila duduk depan lu."

gua hanya tersenyum je bila aus mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. gua buat gaya biasa-biasa je.
kalau tahap bekas kepala hamster yang berpengalaman macam aus tu pun tak hilang lagi dia punya goyang kat gua, lu orang boleh bayangkan la macam mana gaya budak-budak yang takde kena-mengena dengan hamster tu nanti bila berhadapan dengan gua.

bila gua ingat-ingat balik, cilake!
patut la ada seekor kutu berambut afro dulu beria-ia mengelak bila gua nak ajak jumpa.
rupa-rupanya pada suatu hari tu dia mengaku kat gua yang dia pernah ternampak gua dari jauh tengah bersembang serius dengan awek gua kat parking bawah blok awek gua tinggal masa stadi dulu.

rupa-rupanya si afro sedang merasa apa yang aus pernah rasa terhadap gua.
riaknya gua. 

1 comment: