masuk je cerita pasal blog-blog ni, lu orang tak guna la nak sembang dengan gua.
gua ni nampak je macam baru buat blog. tapi sebenarnya kalau nak cerita, gua ni dah macam tahap abang-abang dah dalam arena blog-memblog ni tau.
lama dahulu masa gua mula-mula datang labuan, lebih kurang tahun 2001 dulu, gua dah berkecimpung dalam dunia blog ni.
sekarang dah tahun 2011.
ya!dah 10 tahuh dah! gua tak tipu.
masuk minggu ke-tiga gua orientasi kat labuan, gua dah rasa macam neraka.
setiap kali terbenam matahari, seluruh tubuh gua akan menggigil macam nak kena sampuk.
bukan gua seorang je, tapi nik, asan dan badak pun macam tu sekali.
sebab kami berempat orientasi bersama.
itu jam orientasi memang macam sundal la dia punya kehidupan. takdenya ada jadual macam sekarang ni.
ikut suka je senior nak lanyak macam-macam. habis orientasi je dah membawa ke pukul 2-3 pagi.
esok pulak pukul 6 pagi dah nak kena open tower.
memang lahanat la!
jadi, untuk meredakan kegampangan hati dan tubuh badan yang menguasai tubuh gua, gua pun buat la blog satu.
setiap malam selepas habis je orientasi, gua akan update blog gua.
so lu orang pun boleh pikir sendirik la otai ke tak gua dalam arena pemblogan ni.
itu jam lu orang baru je nak membangga diri dengan chatting kampong la, mirc la, kelancau apa la,
gua dah beberapa step advance dah layan blog-blog ni.
ada la lebih kurang dalam 5 bulan gua blogging, pastu dah suam-suam kuku.
update pun ikut suka bulu ketiak gua je.
sehinggalah tahun 2005 bila gua pegi labuan balik, gua rasa macam nak start balik blog-blog ni.
tapi sayangnya, blog gua semua dah hilang.
gua rasa masa gua blah dulu, gua tinggalkan blog tu bawah tilam bilik lama gua.
bila gua datang balik je, dah jahanam semua. hilang entah ke mana.
mana punya jibauk entah yang rembat blog gua tu.
tapi salah gua jugak.
gua blog guna buku log saiz A4 je.
bukan internet.
sebab itu jam sah-sah la gua ni buta tuli pasal komputer.
surat lapor unit pun gua suruh makwe si asan tu yang buatkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment