Thursday, 26 May 2011

jus tok guru - perangai ke apa?

lepas je gua sound aiman suruh carik juhama tu sampai dapat, esoknya dia dah terpacak kat bilik gua dengan juhama tu.
walaupun masa gua belek-belek tu gua rasa macam juhama versi baru,
tapi praktikal la kot.

bila dua-dua dah ready, gua suruh dia start alif ba ta.
haa kat sini la part yang buat gua rasa nak mengamuk tu.

cilake!

kutu ni tak kenal huruf!
apa ke haram tau baca je tapi tak kenal huruf?
ni mana punya malaun jakim pulak yang ngajar style-style macam ni?

tapi gua tak salahkan dia ni.
gua terus point stret ke iqra'.
ni mesti cara pembelajaran iqra' yang tak berapa nak suit dengan dia ni.

bagi gua, orang gaya-gaya mualaf ni, lain style ngajarnya.
sebab bagi mana-mana jibauk yang penah layan iqra', mesti tau cara pembelajarannya.
main senyoh je sebut bunyik.
tapi gua tak berapa nak pasti kalau ada diajar cara-cara bagaimana nak mendapatkan sebutan tu.

tapi tengok daripada gaya si aiman ni, macam takde belajar je.
sebab dia ni tau buat bunyi je.
aa ba ta sa ja kha kho je.
tapi macam mana boleh dapat bunyik tu, huruf apa yang dia pakai tu,
gua pulak yang dia bantai tanya balik!

dah satu keja pulak gua nak kena ajar kutu ni satu-satu huruf apa.

tapi takpe, gua ajar dia ni sampai dia pandai.
sekali dengan makhraj sebutannya.
pasni bila dia ajar anak dia, dapat la gua saham sikit.

tajwid gua hold dulu.
tajwid jadah apanya setakat baru belajar nak kenal huruf.

balik kampong nanti gua nak test adik-adik gua punya skill.
kalau bersepah jugak, memang juhama la sekor-sekor gua bagi!

No comments:

Post a Comment