Wednesday, 25 May 2011

jus tok guru

malam tadi gua dah start mengajar seekor kutu ni mengaji.
gua mula dengan benda paling fundamental sekali sebelum layan Quran.
belajar juhama dulu.

pada mana-mana mangkuk yang tak tau apa itu juhama, baik lu orang tanya mak bapak lu orang.
gua saspek lu orang ni mesti puak-puak belajar iqra' ni.
sebab kalau tak silap gua, iqra' ni start naik masa gua darjah empat kot.
gua umur empat tahun bapak gua dah sebat-sebat dah kalau salah baca juhama.

kutu ni nama aiman.
budak mualaf dari sarawak.
sebenarnya gua dah lama dah jadik tok guru si aiman ni.
sejak masa gua advance course kat kuantan tu ha.
aiman ni dah lama dah nak masuk islam.

masa tu gua dah siap-siap sound dia direct.
lu nak jadikan gua guru lu, gua memang takde hal.
setakat ilmu gua yang sikit ni, boleh la jugak layan mualaf macam lu ni.
lu hanya perlu ikut apa yang gua suruh dan apa yang gua cakap je.
tapi lu jangan ikut apa yang gua buat.

benda-benda tu memang wajib gua sound dia tu.
jangan jadikan gua role model untuk muslimin.
kalau jadikan gua role model, alamat melingkupla amalan dia.
semayang puasa gua pun dah lama dah entah ke mana hala bersepahnya.
perangai style-style cilake macam gua ni memang tak patut lu ikut.

lima tahun sejak kali terakhir gua ajar dia tu,
baru minggu lepas gua test knowledge dia pasal islam.

benda-benda basic macam mengucap semayang tu memang dia lepas.
bacaan berterabur tu memang tak boleh nak cakap apa la kan.
itu gua dah setelkan semalam dah.
JAKIM pun ada ajar.

tapi ada satu benda ni yang bila gua tanya, terus gua menyirap bila dengar jawapan dia.
ini tak boleh jadik ni!
kutu ni tak boleh hanya menjadi burung kakak tua seumur hidup.
kerja nak menghafal dan mengikut tanpa ada kefahaman di sanubari.

terus gua sound firmly;

"esok gua tak tau macam mana, lu pergi jalan mana-mana, beli juhama!"

"kalau tokey kedai tu tak tau juhama tu apa, lu tempeleng muka dia barang sedas dua dulu. pastu mintak muqaddam."

"gua taknak lu layan benda-benda iqra' ni. sebab iqra' la lu jadik macam ni, paham?"

 

No comments:

Post a Comment